NUR SYAFIRA SHAMSUL AZWAN
Seramai 503 orang pelajar tingkatan tiga dari Selangor telah menyertai program Soul Fitness For Teens dengan tema “Pengurusan Emosi: Surah Al-Kahfi dan Terapi Emosi” melalui aplikasi Zoom pada 25 September 2021.
Program yang disiarkan secara langsung di Facebook Tick Talk TV dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dianjurkan oleh Tick Talk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Ia bertujuan membantu golongan pelajar yang telah lama ‘terkurung’ di rumah berikutan pelaksanaan empat fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tanpa disedari, ada kalangan pelajar telah mengalami ketidakstabilan emosi kerana tidak dapat melakukan rutin harian mereka seperti belajar di sekolah, bermain dan bersosial dengan rakan-rakan lain.
Penceramah jemputan yang juga merupakan Perunding Motivasi Aura Imtiyaz, Ustazah Hanisah Afandi telah memberikan panduan dan bimbingan berlandasan surah al-Kahfi kepada peserta untuk menguruskan emosi dengan lebih bijak bagi mengelakkan lebih banyak tekanan berlaku kepada mereka yang masih dalam peringkat “fragile”.
Turut sama, Kaunselor Berdaftar, Dr Rafidah Kastawi memperkenalkan Terapi Seni, iaitu “The Healing Art of Clay Therapy” sebagai medium untuk meluahkan emosi yang terpendam dalam diri setiap peserta program tersebut.
Dalam sesi tersebut, peserta berpeluang untuk melakukan terapi dengan menggunakan tanah liat dengan bimbingan penceramah jemputan dan berkongsi luahan perasaan mereka dengan para peserta yang lain.
Peserta dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Nurul Natasya Ahmad Zuhairil berkata, program ini memberi pendedahan kepada beliau untuk mengendalikan perasaan yang dialami dengan lebih efektif.
“Alhamdulillah, saya dapat belajar mengurus perasaan dengan cara lebih rasional dan efektif. Saya juga seronok dapat tadabbur Surah Al-Kahf dalam al-Quran. Barulah saya tahu betapa al-Quran ini berkait rapat dengan kita dari segi pelbagai aspek kehidupan.”
Turut berkongsi pengalaman, seorang pelajar dari SMK Damansara Utama menzahirkan rasa syukur kerana program ini telah membantu beliau melepaskan kisah silam yang dialami.
“Insya-ALLAH, motivasi yang saya dapat melalui Tick Talk adalah saya akan terus berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,” tambahnya lagi.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor, Shopuan Anuar Ahmad.
Beliau dapat ucapan penutup mengingatkan kepada semua peserta agar sentiasa membaca al-Quran.
“Tanam dalam diri kita, tiada hari tanpa al-Quran. Jadikan satu moto hidup kita. Saya juga mengucap terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.”
Menurut salah seorang peserta dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Nurul Natasya Ahmad Zuhairil, program ini telah membolehkannya untuk mengetahui cara untuk mengendalikan perasan yang dialami dengan lebih efektif dan melahirkan perasaan gembira kerana dapat sama-sama mentadabbur surah al-Kahfi.
“Alhamdulillah, daripada program ini saya dapat tahu bagaimana nak handle perasaan dengan cara yang lebih rasional dan efektif. Selain itu, rasa seronok dapat tadabbur surah dalam al-Quran. Barulah saya tahu betapa al-Quran ini berkait rapat dengan kita dari segi pelbagai aspek kehidupan”.
Malah, respons positif turut diterima daripada seorang pelajar SMK Damansara Utama yang menzahirkan rasa syukur kerana program ini telah membantu beliau melepaskan kisah silam yang dialami dengan rela hati.
“Insya-Allah dengan motivasi yang saya dapat ini saya akan terus berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,” tambahnya lagi.
Bagi pihak sekolah dan orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut program Soul Fitness, sila layari Facebook dan Instagram TickTalk TV. Jika anda berminat untuk berkolaborasi dalam program Soul Fitness, sila hubungi Muhammad (+6011-11828208), http://wa.me/601111828208 dan Syafira (+6019-4241780), http://wa.me/60194241780.
Comments on Verse