- 03-5101 3635
- [email protected]
- Isnin - Jumaat: 8:30am - 05:00pm
SAQ merupakan grup sukarelawan, kumpulan serta individu yang menyokong kempen-kempen yang dianjurkan oleh WUIF. Ia terdiri daripada kalangan badan kerajaan, badan korporat, sekolah, pusat komuniti, institut pengajian tinggi awam dan swasta, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO), selebriti serta individu.
SAQ turut bersama-sama WUIF dalam pengamalan dan pembudayaan al-Quran di lingkungan dan organisasi masing-masing. SAQ turut berperanan menyumbangkan tenaga, kepakaran dan idea dalam menggerakkan kempen, serta inisiatif-inisiatif yang dianjurkan oleh WUIF.
Hasil daripada menjalankan pelbagai bentuk aktiviti, WUIF membentuk rangkaian Sahabah al-Quran daripada pelbagai kluster terdiri dari golongan profesional, pelajar, guru al-Quran, rakan media, para penyumbang, sukarelawan, pakar-pakar, pemimpin, organisasi, badan kerajaan dan bukan kerajaan, NGO-NGO, individu dan lain-lain pihak yang berminat menjadi ejen perubahan kepada masyarakat berteraskan al-Quran.
Jalinan strategik antara kesemua pihak ini menjadi suatu bentuk kolaborasi yang bergabung menyumbang kepada idea, tenaga dan kepakaran pada bidang masing-masing yang turut bernaung di bawah satu misi yang sama. Kini ramai yang bergabung menjadi Sahabah al-Quran tanpa mengira latar belakang mereka asalkan mereka dalam kalangan pencinta al-Quran.
World Quran Hour © 2025 All rights reserved