- 03-5101 3635
- [email protected]
- Isnin - Jumaat: 8:30am - 05:00pm
Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar AI-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan aI-Quran kepada orang ramai agar masyarakat Iebih dekat dan cintakan aI-Quran, dalam masa yang sama menjadikan aI-Quran sebagai Iandasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar. Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga Iahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandun-gan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha Allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui Iatihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.
Rumah, Bangunan Persendirian, Tahfiz, Sekolah / Universiti, Pejabat
Guru Yang Berkelayakan Untuk Mengajar Al-quran. Pelajar Dari Kalangan Komuniti Setempat
Antaranya Kos Ubahsuai Ruang Pengajian, Kos Operasi Seperti Utiliti, Pentadbiran, Gaji / Elaun Dan Lain-lain
Hubungi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar AI-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan aI-Quran kepada orang ramai agar masyarakat Iebih dekat dan cintakan aI-Quran, dalam masa yang sama menjadikan aI-Quran sebagai Iandasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar.
Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga Iahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandun-gan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha Allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui Iatihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.
Rumah Ngaji terbuka untuk sesiapa sahaja. Kami mensasarkan masyarakat yang berumur 6 hingga 70 tahun untuk mengikuti kelas-kelas yang kami jalankan. Namun, bergantung kepada setiap Rumah Ngaji untuk menentukan had umur.
Program-program yang ditawarkan oleh Rumah Ngaji adalah percuma. Namun, ada beberapa kos yang biasanya perlu ditanggung oleh peserta seperti buku untuk sesi pembelajaran kerana buku disediakan oleh pihak Iuar.
Rumah Ngaji boleh dibuka sama ada di pejabat, Iot kedai, rumah persendirian, masjid atau surau.
Rumah Ngaji menggunakan dua kaedah yang dirasakan mudah untuk peserta. Kaedah biasa yang digunakan setiap Rumah Ngaji ialah kaedah al-Badar di mana menggunakan konsep selawat Badar dalam sesi pembelajaran. Dengan kaedah al-Badar ini, pelajar dapat menguasai asas aI-Quran dalam masa 3 hari. Insha Allah.
Salah satu Iagi kaedah yang digunakan ialah teknik Cordobana. Namun, teknik yang digunakan adalah bergantung kepada setiap Rumah Ngaji. Ini kerana,
setiap guru yang dilantik mempunyai cara dan kreativiti sendiri untuk mengajar.
Untuk mendaftar sebagai peserta, boleh berhubung terus dengan Rumah Ngaji terdekat dengan kawasan tempat tinggal. (Serahkan info / contact number tentang Rumah Ngaji yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal).
Jika berminat untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan anda, anda hanya perlu pastikan bahawa anda punya tempat dan guru ngaji. Anda juga perlu mengisi borang permohonan untuk membuka Rumah Ngaji bagi rekod dan perhatian dari pihak kami. Sila layari ke ruang DAFTAR dalam laman web www.rumahngaji.my
Kami mencadangkan agar guru ngaji adalah daripada pihak tuan/puan sendiri. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pihak tuan/puan yang ingin membuka Rumah Ngaji.
Penggunaan logo “Rumah Ngaji” sebagai misi bersama.
Kami akan berkongsi kaedah mudah Baca Quran, Fahami al-Quran yang kami gunakan tetapi tiada paksaan. Asatizah yang mendapat tauliah boleh menggunakan cara mereka, asalkan matlamat sampai dan seiring dengan visi dan misi Rumah Ngaji.
Yayasan WUI melaksanakan latihan Train The Trainer melalui kos minima bagi melatih kaedah pandai al-Quran dalam tempoh 3 hari. Sekiranya terdapat tajaan tempat, kit pengajar dan makan minum, Yayasan mengadakan secara percuma kepada para asatizah.
Kepada semua yang ingin membuka Rumah Ngaji, boleh emelkan permohonan kepada Sekretariat Rumah Ngaji di: [email protected]
World Quran Hour © 2024 All rights reserved