Aktif #Quran Corner

PENGENALAN #QURANCORNER

#QuranCorner di aktifkan  apabila Malaysia dilanda dengan pelbagai tekanan ketika ujian pandemik melanda negara pada tahun 2020, masyarakat terpaksa berdepan dengan isu kewangan, psikologi, pendidikan dan lain-lain yang memberi impak kepada kehidupan. Pihak WUIF percaya bahawa pemulihan dalam menghadapi isu ini harus diberikan bantuan bukan sahaja dari sudut fizikal malah emosi dan spiritual.

Pengendali #QuranCorner boleh mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bagi menambah nilai menerusi baca , faham dan amal.

VISI Hasrat utama #QuranCorner adalah agar al-Quran dijadikan solusi dalam kehidupan, rujukan serta perkongsian ilmu Al-Quran dikalangan warga kerja. Al-Quran wakaf ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Gerakan Al-Quran, dari Ummah untuk Ummah.

APAKAH KONSEP #QURANCORNER #QuranCorner merupakan ruang rehat dan rawat dengan al-Quran, diletakkan di ruangan yang mudah diakses oleh kakitangan, dan orang awam seperti lobi, surau atau ruang menunggu di pejabat..

BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR? Untuk mendaftar #QuranCorner di organisasi, pengendali #QuranCorner perlu mengisi borang pendaftaran di https://bit.ly/DAFTARQURANCORNER atau berhubung terus dengan pegawai yang bertanggungjawab.

FUNGSI #QURANCORNER Dengan adanya #QuranCorner di Organisasi, Hospital, PDRM, Masjid, Sekolah serta Pusat Pengajian di seluruh Malaysia, diharapkan agar proses pembinaan ekosistem Baca, Faham dan Amal al-Quran dapat dipercepatkan. Quran wakaf ini di gunakan bagi mengikuti pelbagai program-program yang di anjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas #Quranhour, My#Qurantime, My#hadithtime, Soul Fitness, Majlis Ayah, Majlis Ibu, Ticktalk, RICH, Wacana al-Quran dan lain-lain lagi.

#QURANCORNER

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.