#QuranHour

Berinteraksi Dengan Al-quran : Dunia Berbudi Dan Penyayang

Reboot Global Harmony

Tentang World #QuranHour

“… Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan

kepada-Nyalah aku kembali.”

(Surah Hud, 11:88)

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) membawa 3 (tiga) inisiatif utama dalam gerakan Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal iaitu Rumah Ngaji, #QuranHour dan Sahabah al-Quran.

#QuranHour, sebuah kempen berimpak tinggi dimulakan dengan objektif menggalakkan Interaksi dengan al-Quran, Baca, Faham, Amal. Ianya usaha bagi menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah di dalam al-Quran bagi membentuk cara hidup yang membawa kepada matlamat melahirkan legasi akhlak untuk membangun Negara & Dunia yang Berbudi dan Penyayang. Kempen ini merupakan inspirasi dan cetusan agar potensi setiap individu dapat dilonjakkan berlandaskan sistem operasi al-Quran serta penyelarasan kerangka fikir yang turut dipandu  Sunnah Rasullulah S.A.W.

Untuk tahun 2020, 3 (tiga) program utama akan diadakan dengan kerjasama Islamic Tourism Centre (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), JAKIM, badan kerajaan dan bukan kerajaan bersama sinergi media cetak dan elektronik. Setiap tahun satu surah akan dipilih untuk dijadikan fokus misi dan pada tahun ini Surah Ar-Rahman; Surah ke-55 ; 78 Ayat dihidangkan kepada masyarakat sebagai solusi ummah. Melalui pembacaan Quran, Tadabbur dan Tazakkur, Surah Ar-Rahman akan dibawakan kepada umum melalui World Quran Convention, World #QuranHour, Malaysia #QuranHour.

World Quran Convention (WQC) merupakan salah satu usaha membentuk platform perkongsian ilmiah dan medan perbincangan berteraskan al-Quran dengan surah dan tema yang dipilih. Perhimpunan di peringkat antarabangsa ini menggabungkan pihak berkepentingan, pakar bidang (subjek matter experts) dan awam bertujuan memupuk kesedaran, penjajaran kerangka fikir dan menyediakan ruang wacana al-Quran di peringkat dunia. Siri pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2019 membawakan Surah Al-Kahfi dengan Solusi Cabaran Sejagat sebagai tema tahun tersebut. Kaedah menangani cabaran global diketengahkan sebagai solusi kepada kumpulan sasaran terdiri daripada kalangan pemuda, ilmuwan, ahli akademik, dan pemimpin. World Quran Convention tahun 2020 mengumpulkan umat Islam serata dunia dalam melestarikan kefahaman Surah Ar-Rahman dan intipatinya.

World #QuranHour merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia. Menuju Dunia Berbudi dan Penyayang, World #QuranHour 2020 akan diadakan pada 20 Ramadan 1441H bersamaan 13 Mei 2020 dengan tema “Reboot Global Harmony”. Berpaksikan 4 Nikmat utama dari Surah Ar-Rahman iaitu Al-Quran (Agama), Al-Insaan (Kemanusiaan), Al-Bayaan (Komunikasi), dan Matahari dan Bulan (Alam/Fizikal), kandungan surah ini akan dikupas agar menjadi panduan umat untuk membentuk keharmonian sejagat dalam kepelbagaian ras etnik, budaya bangsa di Malaysia dan dunia. Tahun keenam perlaksanaan program berinteraksi dengan al-Quran, menyaksikan capaian di media sosial mencecah 1.46 bilion pada tahun 2019 dengan lokasi penganjuran yang berdaftar sebanyak 3,000 lokasi dalam negara dan 300 lokasi di 76 buah negara. Melalui World #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Malaysia #QuranHour diadakan menjelang kemerdekaan dalam usaha menghayati al-Quran dalam konteks pembangunan Negara yang Berbudi dan Penyayang. Malaysia #QuranHour pada tahun ini akan diadakan pada 30 Ogos 2020 bersamaan 11 Muharram 1442H. Program ini dianjurkan untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk bersama memahami intipati Surah Ar-Rahman demi membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran. Panduan al-Quran dirujuk agar keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan memaknai jiwa merdeka yang sebenar serta berusaha membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, saling bertolak ansur, bebas dari gejala negatif yang mampu menggugat ketenteraman negara.

World #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

Malaysia #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

No data was found

Haramain #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

Komuniti #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

No data was found

Family #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

No data was found

My #QuranHour

Senarai Galeri, Video & Keratan Akhbar

No data was found

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.