LEBIH 500 PELAJAR TINGKATAN 3 DARI SELANGOR SERTAI SOUL FITNESS FOR TEENS

NUR SYAFIRA SHAMSUL AZWAN

Seramai 503 orang pelajar tingkatan tiga dari Selangor telah menyertai program Soul Fitness For Teens dengan tema “Pengurusan Emosi: Surah Al-Kahfi dan Terapi Emosi” melalui aplikasi Zoom pada 25 September 2021.

Program yang disiarkan secara langsung di Facebook Tick Talk TV dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dianjurkan oleh Tick Talk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Ia bertujuan membantu golongan pelajar yang telah lama ‘terkurung’ di rumah berikutan pelaksanaan empat fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tanpa disedari, ada kalangan pelajar telah mengalami ketidakstabilan emosi kerana tidak dapat melakukan rutin harian mereka seperti belajar di sekolah, bermain dan bersosial dengan rakan-rakan lain.

Penceramah jemputan yang juga merupakan Perunding Motivasi Aura Imtiyaz, Ustazah Hanisah Afandi telah memberikan panduan dan bimbingan berlandasan surah al-Kahfi kepada peserta untuk menguruskan emosi dengan lebih bijak bagi mengelakkan lebih banyak tekanan berlaku kepada mereka yang masih dalam peringkat “fragile”.

Turut sama, Kaunselor Berdaftar, Dr Rafidah Kastawi memperkenalkan Terapi Seni, iaitu “The Healing Art of Clay Therapy” sebagai medium untuk meluahkan emosi yang terpendam dalam diri setiap peserta program tersebut.

Dalam sesi tersebut, peserta berpeluang untuk melakukan terapi dengan menggunakan tanah liat dengan bimbingan penceramah jemputan dan berkongsi luahan perasaan mereka dengan para peserta yang lain.

Peserta dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Nurul Natasya Ahmad Zuhairil berkata, program ini memberi pendedahan kepada beliau untuk mengendalikan perasaan yang dialami dengan lebih efektif.

“Alhamdulillah, saya dapat belajar mengurus perasaan dengan cara lebih rasional dan efektif. Saya juga seronok dapat tadabbur Surah Al-Kahf dalam al-Quran. Barulah saya tahu betapa al-Quran ini berkait rapat dengan kita dari segi pelbagai aspek kehidupan.”

Turut berkongsi pengalaman, seorang pelajar dari SMK Damansara Utama menzahirkan rasa syukur kerana program ini telah membantu beliau melepaskan kisah silam yang dialami.

“Insya-ALLAH, motivasi yang saya dapat melalui Tick Talk adalah saya akan terus berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,” tambahnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor, Shopuan Anuar Ahmad.

Beliau dapat ucapan penutup mengingatkan kepada semua peserta agar sentiasa membaca al-Quran.

“Tanam dalam diri kita, tiada hari tanpa al-Quran. Jadikan satu moto hidup kita. Saya juga mengucap terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut.”

Menurut salah seorang peserta dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Nurul Natasya Ahmad Zuhairil, program ini telah membolehkannya untuk mengetahui cara untuk mengendalikan perasan yang dialami dengan lebih efektif dan melahirkan perasaan gembira kerana dapat sama-sama mentadabbur surah al-Kahfi.

“Alhamdulillah, daripada program ini saya dapat tahu bagaimana nak handle perasaan dengan cara yang lebih rasional dan efektif. Selain itu, rasa seronok dapat tadabbur surah dalam al-Quran. Barulah saya tahu betapa al-Quran ini berkait rapat dengan kita dari segi pelbagai aspek kehidupan”.

Malah, respons positif turut diterima daripada seorang pelajar SMK Damansara Utama yang menzahirkan rasa syukur kerana program ini telah membantu beliau melepaskan kisah silam yang dialami dengan rela hati.

“Insya-Allah dengan motivasi yang saya dapat ini saya akan terus berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,” tambahnya lagi.

Bagi pihak sekolah dan orang ramai ingin mendapatkan maklumat lanjut  program Soul Fitness, sila layari Facebook dan Instagram TickTalk TV. Jika anda berminat untuk berkolaborasi dalam program Soul Fitness, sila hubungi Muhammad (+6011-11828208), http://wa.me/601111828208 dan Syafira (+6019-4241780), http://wa.me/60194241780.

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.