SEMINAR SOUL FITNESS & WELLNESS BREAKAWAY: RESET, RECHARGE, RE-ENFORCE BAWA MISI MENGQURANKAN KESIHATAN

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) julung kali menganjurkan Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway  “Reset, Recharge, Re-Enforce” di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang pada 28 September 2023.

 

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program tersebut terbuka kepada orang ramai, dan khususnya golongan yang diuji dengan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan kanser.

“Selain pesakit, ahli keluarga, penjaga pesakit dan orang awam juga dialu-alukan menyertai program tersebut bagi meningkatkan kesedaran dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam penjagaan kesihatan.

“Penyakit kronik memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, psikologi, emosi serta beban kewangan Kebanyakan individu yang menghidap penyakit kronik berisiko tinggi mengalami gangguan emosi, mengganggu keupayaan seseorang untuk berfungsi dengan baik malah boleh menjadi pencetus utama kemurungan.”

Seminar Soul Fitness & Wellness Breakaway menjadi platform perkongsian ilmu dan panduan cara menangani gangguan emosi serta kupasan bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Antaranya:

a) Cara membina kekuatan dalaman sebagai individu pesakit kronik.

b) Panduan al-Quran dalam menghadapi ujian hidup

c) Membina kerangka fikir syukur

d) Panduan dan nasihat pakar mengenai pemakanan dan pengamalan gaya hidup sihat.

e) Reset, Recharge & Re-enforce kehidupan.

Antara panelis jemputan bagi pengisian program sehari tersebut ialah Jurulatih Pemulihan Penjagaan Kanser Bersepadu dan Pengasas Wellness Quranic Valley, Dr Yasmeen Mohamad; Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Alizi Alias; Ketua Pegawai Penyelidik WUIF dan Pentadabbur My #QuranTime, Fazrul Ismail,  serta Ketua Penyelidikan dan Pembangunan WUIF, Ustaz Safri Muhammad Zein.

Program tersebut dianjurkan bersama Wellness Quranic Valley, Soul Fitness, Releaf Global Sdn Bhd, Cherengin Hills Spa & Resort dan AQMA – Al-Quran Marriage Academy.

WUIF yang memasuki 10 tahun kedua sejak penubuhan pada 2013, kini memfokuskan kebangkitan ummah melalui kerjasama pelbagai pihak yang pakar dalam bidang masing-masing dengan membumikan al-Quran.

Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujuan untuk meningkatkan jati diri secara holistik dari segi aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial. Daripada kekuatan dalam yang terbina inilah akan wujud individu merdeka jiwanya dan berupaya membangunkan tamadun bangsa dan negara.

Tahun ini, kempen #QuranHour anjuran WUIF iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, World #QuranHour membawa Surah Al-Insan sebagai panduan untuk memanusiakan manusia. Terdapat 11 karakter Abrar (Amanah, Takwa, Infak, Ikhlas, Berorientasikan Akhirat, Teguh, Sabar, Kawalan Diri, Taat, Bina Jiwa, dan Syukur) daripada surah tersebut yang boleh mengubah kerangka fikir daripada kufur kepada syukur.

Kesinambungan daripada misi Surah Al-Insan, WUIF mengambil inisiatif melaksanakan projek kebaikan yang pertama, Wellness Quranic Valley iaitu membina legasi mengQurankan kesihatan dengan kerjasama oleh Jurulatih Pemulihan Penjagaan Kanser Bersepadu, Dr Yasmeen Mohamad sebagai Pengasasnya, team penyelidikan dan pembangunan WUIF yang diketuai Fazrul dan Ustaz Safri dan Dr Alizi yang berpengalaman luas dalam bidang psikologi organisasi.

Dr Yasmeen yang terlibat dalam kajian sains, tumbuhan and perubatan di peringkat global. Beliau juga merupakan pengasas kumpulan sokongan pesakit kanser, Fuel for Love for Fighters.

Marhaini berkata, Wellness Quranic Valley akan mempunyai kalendar sendiri dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun berkaitan mengQurankan kesihatan dengan pendekatan tiga perkara iaitu, Reset, Recharge dan Re-enforce.

“Program tersebut diharapkan dapat sambutan negara-negara luar seperti Indonesia dan Turkiye dalam menggelombangkan gerakan Wellness #QuranicValley dalam misi al-Quran dan Sains sebagai solusi untuk reset Kesihatan melalui Pola Pemakanan, Gaya Hidup, Pemikiran & Spiritual berlandaskan al-Quran.

“WUIF mempunyai harapan besar untuk menjayakan Wellness Quranic Valley dalam misi MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah pada 1500H,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di https://www.facebook.com/BySoulFitness

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.