MALAYSIA #QURANHOUR 2023 BAWA MISI MALAYSIA BERAKHLAK MULIA : PEMUDA MERDEKA , PEMIMPIN ABRAR

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour kali ke 9, bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr di lokasi perdana, Majid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos 2023.

Malaysia #QuranHour adalah kempen MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah dengan mengajak rakyat Malaysia di dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal. Ia bermula dengan penganjuran #MalaysiaNgaji dan telah dilaksanakan di seluruh negara semenjak 2015.

Pada tahun ini, Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dalam membentuk Malaysia Madani, negara yang sejahtera, harmoni, dan progresif. Dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia.

Pemuda menjadi tonggak dan aset penting dalam pembinaan negara. Tema “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dicetuskan daripada pepatah Arab, “Pemuda hari ini, pemimpin hari esok” mengenai pembinaan pemuda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Surah Al-Asr antara surah terpendek tetapi membawa nilai yang besar iaitu masa. Pemuda mempunyai banyak masa tetapi malangnya kebanyakan masa mereka tidak digunakan untuk mencambahkan projek-projek kebaikan. Surah ini mendidik pemuda untuk mengambil tindakan segera, “sense of urgency” dan menggunakan masa lebih produktif serta proaktif agar tidak rugi.

Surah Al-Insan membawa 11 karakter Abrar iaitu orang yang memimpin projek-projek pembangunan masyarakat. Dengan memiliki karakter tersebut, pemuda-pemuda ini bangkit dari tidur dan memanifestasikan pelbagai projek keinsanan, seterusnya melahirkan lebih ramai lagi generasi Abrar.

Surah Al-Fatihah (Pembukaan), surah pertama dalam al-Quran merupakan pembuka potensi manusia untuk menjadi individu yang mahir (mastery). Sebanyak 7 ayat dalam Surah Al-Fatihah ini yang diulang setiap hari paling kurang 17 kali membawa pendidikan untuk meningkatkan kemahiran setiap Muslim.

Malaysia #QuranHour memfokuskan tujuh formula berpandukan Surah Al-Fatihah untuk memupuk dalam diri setiap pemuda Islam yang bakal memimpin dan membawa Malaysia ke arah negara yang berintegriti dan berkemahiran tinggi.

Tiga surah tersebut menjadi panduan untuk membina berkemahiran (mastery) dalam membina pelbagai projek yang membina negara dan pastinya akan membina pemimpin yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Pemuda Merdeka, Pemuda Abrar!

#QuranHour merupakan sebuah gerakan yang diinisiatifkan oleh WUIF bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia adalah sebuah usaha untuk melakukan anjakan paradigma atau menukar kerangka fikir sehingga lahir karakter mulia.

Malaysia #QuranHour diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaaan setiap tahun untuk mengajak orang ramai untuk menghayati erti kemerdekaan dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Kempen-kempen utama yang dijalankan oleh pihak WUIF adalah World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention. Kempen yang dibawakan dari Malaysia ke seluruh dunia ini bermula sejak tahun 2015 hingga sekarang, diadakan secara tahunan dan telah memasuki di 70 negara serta mencapai 5.22 bilion capaian media sosial pada tahun ini.

Malaysia #QuranHour disambut baik oleh semua rakyat Malaysia di negara dan luar negara. Ia adalah kempen utama anjuran WUIF yang dibentuk melalui solidariti ummah, dengan penglibatan pelbagai rakan sinergi terdiri dari rangkaian media utama Negara, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, awam, agensi, serta individu dari pelbagai kluster masyarakat

WUIF sebagai pelopor gerakan kempen #QuranHour turut dalam usaha menggerakkan QuranicValley atau Lembah Al-Quran sebagai matlamat jangka panjang menuju 1500H di mana pelbagai program Baca, Faham & Amal al-Quran telah disusun bagi membentuk generasi yang berpegang teguh, berfikir dan berakhlak al-Quran. Semua program QuranicValley dibangunkan daripada hasil Tabung Gerakan Al-Quran dan Wakaf Al-Quran untuk Ummah.

Pelbagai program disusun dan diterbitkan di bawah Quranic Valley untuk di sampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Antara program-program di bawah QuranicValley adalah My #Qurantime, My #HadithTime, Wacana al-Quran, Quranic Solution, Talian Jiwa, Soul Fitness, Tick Talk TV Premiere (Malaysia) dan Tick Talk International, Moms’ Coffee Talk, Mengopi Bersama Ayah, Majlis Ayah, Jom Mengaji Sebelum Tidur, dan Lockdown: Hidupkan Mihrab di Rumah.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023, mari kita bersama mendoakan rakyat negara ini menjadi insan yang

terbaik dan berkualiti untuk membina keluarga, organisasi, masyarakat dan Negara Berbudi dan Penyayang.
Jom sertai Malaysia #QuranHour, program berinteraksi al-Quran melalui Surah Al-Insan, Al-‘Asr dan Al-Fatihah untuk mencapai misi “Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Untuk menjadi peserta di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos 2023, Rabu, sila daftar di: http://bit.ly/KEHADIRANMQH
Untuk menjadi penganjur di lokasi masing-masing, sila daftar di: https://bit.ly/HOTSPOTMQH2023
Muat turun bahan-bahan promosi: https://bit.ly/PromoMQH2023
Kongsikan video dan gambar-gambar penganjuran di media sosial dengan tanda pagar (World #QuranHour) semasa solidariti bersama al-Quran berlangsung. Kongsikankan juga ke pautan: http://www.wasap.my/60194443635/WQH2023

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.