#QURANHOUR FOR GAZA BAWA MISI KEMANUSIAAN SEJAGAT BERPANDUKAN SURAH AL-INSAN DAN TUJUH SURAH MUSABBIHAT

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak orang ramai untuk bermuhasabah diri dan merancang tindakan untuk formula kemenangan ummah pada program #QuranHour for Gaza “Kemanusiaan Sejagat”, di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, hari ini  (22 Oktober 2023).

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff  berkata program anjuran bersama MyAqsa Defenders ini mengangkat nilai kemanusiaan berpandukan solusi Surah Al-Insan dan tujuh Surah Musabbihat sebagai panduan perjuangan.

Peserta fokus dengan penyampaian tadabbur Surah Al-Insan yang membawa misi Kemanusiaan Sejagat.

“Kita perlu reset bahawa perjuangan di Gaza atau luar Gaza bukanlah bertujuan membalas dendam, tetapi ia mengenai janji kemenangan yang ada di dalam Surah Al-Isra’ ayat 4 hingga 6.  Apa yang berlaku hari ini, manusia terhakis nilai kemanusiaan kerana jiwanya gelap. Surah Al-Insan memberi panduan untuk kita reset sebagai seorang manusia sebenar.

Peserta bermuhasabah diri dengan perkongsian yang disampaikan oleh hos Coach Jamil Wahab.

“Dalam isu Palestin, kita yakin dengan janji ALLAH. Ia sebagai Qada’ dan Qadar di mana ketetapan ada dua kerosakan dan kemenangan dijanjikan oleh ALLAH SWT. Berpandukan Surah Ar-Rum, kunci kemenangan adalah sabar. Sabar tidak bererti diam. Kita di luar bumi Palestin perlu bersabar dalam membina kekuatan diri, keluarga, negara dan ummah seluruh dunia.”

Peserta khusyuk ketika bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Shamsul.

Tambah beliau #QuranHour for Gaza adalah cetusan, doa, kebersamaan untuk beriltizam dan berikrar untuk kita bersatu dan kembali meneguhkan diri dengan ilmu dan panduan al-Quran untuk kemenangan, sains dan teknologi, solat untuk peneguhan karakter dan infak sebagai tanda kesatuan ummah seluruh dunia. Inilah cara hidup Muslim.

Kita ingin menjadi sebahagian daripada kemenangan yang ALLAH janjikan dalam al-Quran.  Orang ramai diharapkan dapat memahami peranan mereka di luar Gaza untuk mendapatkan panduan dan kekuatan diri, keluarga, organisasi dan negara dalam menyantuni Qada’ dan Qadar dengan kembali memanusiakan manusia berpandukan Surah Al-Insan.

Ustaz Shamsul membaca doa untuk Palestin dan diri serta ummah Islam yang menyentuh hati.

Sebagai Muslim, kita perlu meyakini setiap janji ALLAH dalam al-Quran dan berterusan beramal dengannya menjadi tugas dan tindakan setiap hamba yang bersyukur. Tetap sabar dan bertahan dengan segala ketentuan ALLAH SWT, serta berterusan memperbaiki dan memperkuatkan jati diri dengan al-Quran, solat, infak serta doa  yang menjadi perjuangan hamba yang bersyukur.

Datuk Hussamuddin bersama isteri, Datin Jamilah dan peserta #QuranHour for Gaza.

Sementara itu, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata #QuranHour for Gaza memberi pendekatan emosi yang tinggi terhadap apa yang berlaku di Palestin. Kenapa ALLAH SWT membiarkan perkara tersebut berlaku? Ini menunjukkan jika tiada nilai kemanusiaan dalam hati manusia, maka berlaku kekejaman oleh pihak yang buta hati.

Apa berlaku di Palestin, penindasan umat Islam juga berlaku di negara lain seperti India, dan Myammar. Mereka membunuh sesama sendiri kerana tiada nilai kemanusiaan.  Banyak demonstrasi dan derma dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu rakyat Palestin namun ia tidak memberi impak jangka panjang. Palestin terus dihancurkan oleh rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan.

MyAqsa Defenders, Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan pihak WUIF di reruai #QuranHour for Gaza.

 

“Kita perlu gemakan Surah Al-Insan ke dalam hati dan mempersiapkan anak cucu untuk melawan Israel. Sebenarnya Gaza dan Israel wujud dalam diri, keluarga, organisasi dan negara. Israel melambangkan kemewahan, teknologi dan ketamakan.

“Isu untuk selamatkan Palestin bukan balas dendam tetapi mencapai kemenangan. Kita perlu selamatkan kemanusiaan dalam diri dan keluarga, terutamanya ketua keluarga dan pemimpin. Oleh itu, kita perlu kembali kepada al-Quran sebagai solusi kehidupan.

Peserta bersama keluarga turut sama mengimarahkan semangat perjuangan Palestin.

“Dengan bermuhasabah diri, kita bina rakyat yang kuat untuk membina kerajaan yang kuat. Kita perlu pastikan mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh orang mempunyai nilai abrar dan berpegang teguh dengan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

#QuranHour For Gaza menampilkan Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi; pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail , dan Timbalan Dekan Fakuti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Ahmad Sanusi Azmi; Pengerusi Serantau Muslim merangkap Ahli Gabungan MyAqsa Defenders, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor. Sesi diakhiri dengan bacaan doa oleh pensyarah USIM, Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.