ARAFAH #QURANHOUR 1444H” : SYUKUR MEMBINA TAKWA DI LOKASI PERDANA MASJID TELIPOT, KELANTAN

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Arafah #QuranHour ke 6 bertemakan “Syukur Membina Takwa” sempena Hari Arafah di lokasi perdana, Masjid Sultan Muhammad II  (Masjid Telipot), Kota Bharu, Kelantan, pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi 9 Zulhijah 1444H bersamaan 28 Jun 2023.

Seramai 500 peserta ikuti Arafah #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Telipot, Kelantan pada 9 Zulhijah 1444H bersamaan 28 Jun 2023.

Arafah #QuranHour turut diadakan di beberapa lokasi berdaftar di Tanah Suci, dan 18 lokasi di lapan negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan, dan Pulau Pinang pada hari tersebut.

Antara operator haji yang mendaftar bagi penganjuran Arafah #QuranHour di padang Arafah adalah MKM Marketing Travel & Tours, Andalusia  Travels & Tours Sdn Bhd, dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif  WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Arafah #QuranHour adalah sempena perjumpaan terbesar umat Islam  di padang Arafah, untuk melahirkan ejen perubahan dalam kalangan ummah. Golongan sasaran ialah jemaah haji di Tanah Suci, alumni dan bakal haji.

Ketua Pegawai Eksektif WUIF, Marhaini Yusoff

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama WUIF dengan penganjur bersama Masjid Sultan Muhammad II (Masjid Telipot), Yayasan Ummi Malaysia (YUM), Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) dan MengajiOnline.com. Manakala Wardah Beauty dan Mydin menjadi rakan penaja.

Antara rakan sinergi media yang bergabung adalah Sinar Harian, Utusan Malaysia, RTM, Media Prima, TV AlHijrah, Bernama TV, Radio Gegar (Astro), Astro Oasis, Radio IKIM, Astro Awani, Utusan TV, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Time, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, TV9 dan Denaihati.com.

Program berinteraksi al-Quran melalui baca, faham dan amal ini memfokuskan kepada Surah Al-Insan dan Surah Al-Hajj sebagai panduan untuk mengajak manusia untuk sujud, bersyukur dan bertakwa kepada ALLAH SWT.

Surah Al-Insan merupakan surah tema yang dipilih pada kempen #QuranHour tahun ini. Surah ke 76 ini membawa mesej 11 karakter Insan Al-Abrar yang mesti dipupuk dalam diri setiap individu dalam melahirkan Ummah Berbudi dan Penyayang.

11 Karakter Al-Abrar (Surah Al-Insan)

  1. Amanah (76:7) – Menunaikan nazar / janji kepada Allah SWT
  2. Takwa (76:7) – Takut azab Allah SWT
  3. Infak (76:8)- Memberikan makan
  4. Ikhlas (76:9) – Tulus hati
  5. Berorientasikan akhirat (76:10) – Beriman pada hari akhirat
  6. Teguh (76:23) – Berpegang kepada Al-Quran
  7. Sabar (76:24)- Kegigihan
  8. Kawalan Diri (76:24) – Menjauhkan diri daripada melakukan dosa
  9. Taat (76:25) – Menunaikan solat fardu
  10. Bina Jiwa (76:26) – Solat tahajjud
  11. Syukur (76:26) – Bertasbih

Manakala Surah Al-Hajj sebagai surah utama menerangkan tentang ibadah haji yang merupakan Rehlatul ‘Ubudiah iaitu perjalanan seorang hamba menuju takwa. Ibadah haji ialah contoh ibadah yang menuntut seorang hamba melakukan penyerahan dan pengabdian secara total (Total Action) dari segi fizikal, emosi, intelektual dan spiritual.

Tambah beliau, ibadah haji mendidik pelakunya untuk melaksanakan perubahan kerangka fikir dan pembinaan karakter Al-Abrar terutamanya syukur agar al-Quran menjadi asas pembangunan dan sistem operasi yang berdiri atas panduan al-Quran (Quranic Based Value) agar manfaat tersebut dapat tersebar ke semesta alam.

Arafah #QuranHour di Kelantan sebagai lokasi perdana di Malaysia tahun ini diharapkan menjadi titik permulaan dan menjadi projek berterusan Rumah Ngaji di negeri-negeri lain.

Tetamu Kehormat, Mufti Kelantan, YB Sahibus Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyampaikan Pesan Ulama pada Arafah #QuranHour di Kelantan. Beliau sebagai ulama yang disegani ramai merupakan figura penting dalam menyebarkan pesan kepada masyarakat terutama alumni haji agar bergerak menyebarkan kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat, organisasi, dan negeri.

Arafah #QuranHour merupakan momentum berterusan yang dimulakan dari World #QuranHour  dalam memasakkan karakter Al-Abrar dalam diri, keluarga, masyarakat dan Organisasi. Arafah #QuranHour menekankan mesej  peri pentingnya merujuk Al-Quran dalam menjayakan projek dan legasi masing-masing.

Al-Quran bukan sekadar nilai yang tertulis di dalam Al-Quran, tetapi kita mahu bumikan nilai tersebut agar menjadi karakter dalam diri setiap insan.

Pelaksanaan Arafah #QuranHour di pelbagai peringkat tahun ini diharapkan menjadi satu kebangkitan untuk pelaksanaannya dari Malaysia ke seluruh dunia. Bukan sekadar negeri ke negeri yang bermula dari Kelantan tahun ini, bahkan dari negara ke negara.

Arafah #QuranHour ini dilihat dapat dijadikan bekalan dan pegangan buat para jemaah haji sekembali ke tanah air agar sentiasa mengekalkan mabrur sekaligus meneruskan pelaksanaan mabrur dalam kehidupan seharian.

“Kelantan yang dikenali sebagai Negeri Serambi Makkah menjadi makmal dan titik permulaan serta model kepada negeri-negeri lain dalam menjayakan Arafah #QuranHour. Penganjuran Arafah #QuranHour pada masa hadapan diharapkan menjadi agenda besar semua rumah ngaji di seluruh negara. Diharapkan setiap tahun ada rumah ngaji yang menjadi penganjur lokasi utama di peringkat pelaksanaan secara fizikal.

“Kami berharap kempen Arafah #QuranHour menjadi program wajib setiap tahun oleh badan-badan perlaksanaan haji seperti Tabung Haji dan pihak operator haji. Ia mampu menjadi pencetus kebangkitan dalam mengerakkan pelbagai projek membina umat,” katanya.

Sempena Hari Wukuf, orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti siaran Arafah #QuranHour anjuran WUIF di platform Facebook Quran Hour, Sinar Harian dan Sinar Islam Plus pada pukul 9 hingga 10 pagi ini (28 Jun 2023).

Arafah #QuranHour anjuran WUIF disiarkan secara atas talian di platform digital Quran Hour, Sinar Harian dan Sinar Islam Plus.

Sesi bacaan surah pilihan dibimbing oleh Qari Shaykh Rami As-Sousi dan Ustaz Faris Hadi Taufik. Manakala Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail dan Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi sebagai Pentadabbur Surah Al-Insan dan Surah Al-Hajj. Sesi Pesan Tokoh disampaikan oleh Pengasas WUI, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu, pihak Tabung Haji dengan kerjasama wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria menganjurkan Arafah #QuranHour di Ibu Pejabat Tabung Haji, Abraj Janadriyah, Makkah, selepas solat Maghrib pada 23 Jun 2023.

Pihak Tabung Haji dan jemaah haji sertai Arafah #QuranHour di Ibu Pejabat Tabung Haji, Abraj Janadriyah, Makkah pada 23 Jun 2023.

Seramai 500 jemaah menyertai program tersebut dengan bimbingan bacaan al-Quran yang diketuai oleh Pembimbing Ibadat Haji, Ustaz Khairul Basri Osman. Sesi tadabbur Surah Al-Insan disampaikan oleh Pembimbing Ibadat Haji, Ustaz Osman Mat Zin dan diikuti dengan perkongsian oleh Pengurus Bimbingan Makkah, Shahrin Awaludin.

Siaran rakaman Arafah #QuranHour @Tabung Haji boleh diikuti di platform digital Quran Hour, Sinar Harian dan Sinar Islam Plus pada pukul 5.30 petang, 28 Jun 2023.

Penganjuran Arafah #QuranHour menjadi sebuah lapangan pendidikan al-Quran bagi membentuk satu formula melahirkan pelan tindakan Duyufurrahman agar kembali kepada fitrah di sisi ALLAH SWT dan rahmat kepada sekalian alam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.