ANAK TERTARIK BACAAN QARI MALAYSIA #QURANTIME

ANAK TERTARIK BACAAN QARI MALAYSIA #QURANTIME

KISAH MYQT0009 Malaysia #QuranTime (MYQT) benar-benar memberi kesan kepada kami sekeluarga. Anak angkat saya, Muhammad Rahman berusia 9 tahun kini boleh membaca al-Quran dengan baik. Sebelum ini, dia baca setakat buku Iqra’. Dia sangat bersemangat untuk mengikuti bacaan daripada Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang bersiaran di TV…

DOAKAN SAYA KHATAM QURAN

DOAKAN SAYA KHATAM QURAN

KISAH MYQT0008 Pada mulanya saya agak keberatan untuk berkongsi kisah ini apabila menerima pesanan ringkas daripada salah seorang staf Warisan Ummah Ikhlas (WUI). Dia memujuk dan akhirnya saya bersetuju kerana ALLAH SWT. Ini bukanlah kali pertama saya turut sama dalam program Wakaf al-Quran anjuran WUI. Saya ajak semua adik-beradik, ibu dan ayah, dan juga rakan-rakan sekerja…

HAJAT BELAJAR BRAILLE UNTUK  PEGANG  DAN BACA AL-QURAN

HAJAT BELAJAR BRAILLE UNTUK PEGANG DAN BACA AL-QURAN

KISAH MYQT0007 Maaf, kisah saya ini bukan sebagai pewakaf. Tetapi saya ingin mencari al-Quran Braille untuk dibaca. Saya sebenarnya tidak pernah belajar tulisan Braille. Walaupun umur saya 72 tahun, saya hendak sangat belajar al-Quran Braille. Ya ALLAH… saya sangat rindu hendak pegang dan baca al-Quran. Masalah glukoma pada mata saya sejak 10 tahun telah menyebabkan…

MURAH REZEKI HASIL BERINFAK KERANA ALLAH TAALA

MURAH REZEKI HASIL BERINFAK KERANA ALLAH TAALA

KISAH MYQT0006 Saya menghidap pelbagai komplikasi sejak sekolah. Ketika kawan-kawan lain seronok bermain di padang, saya hanya mampu melihat dari tepi padang. Saya hanya tumpang keseronokan mereka, tapi tak boleh gelak lebih-lebih, boleh sesak nafas. Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan peluang untuk hidup berumah tangga, walaupun saya tidak dapat melahirkankan zuriat akibat komplikasi yang dihadapi. Saya…

“WAKAF INI UNTUK ARWAH IBU YANG SAYA TIDAK JAGA DENGAN BAIK SEMASA HAYATNYA”

“WAKAF INI UNTUK ARWAH IBU YANG SAYA TIDAK JAGA DENGAN BAIK SEMASA HAYATNYA”

KISAH MYQT 0005 Ibu, maafkan saya. Sewaktu ibu masih ada, saya tidak menunjukkan kasih sayang saya kepada ibu. Mungkin, saya bukan anak yang baik. Ketika ibu semakin tua dan uzur, saya pula sibuk dengan pekerjaan saya dan keluarga sendiri. Saya tidak sering pulang ke kampung dan hanya berbicara lewat telefon. Itupun saya kira jarang benar….

WAKAF AL-QURAN : BINGKISAN KASIH BONDA

WAKAF AL-QURAN : BINGKISAN KASIH BONDA

KISAH MYQT0004 Duhai anak-anak yang dikasihi, Aidilfitri kali ini emak mak berasa amat sayu dan pilu. Selalu anak-anak emak akan balik berhari raya bersama. Tapi tahun ini, mak hanya ditemani Comel yang setia di sisi mak saban hari. Anak-anak emak yang disayangi, hari-hari akhir emak hampir tiba. Namun emak tak punya harta yang boleh diwarisi atau dibanggakan…

AL-QURAN MENJADI TEMAN RAPAT KETIKA MENGANDUNG

AL-QURAN MENJADI TEMAN RAPAT KETIKA MENGANDUNG

KISAH MYQT0003 Menunggu saat melahirkan zuriat, adalah saat yang cukup membahagiakan bagi Seorang ibu, walaupun pengalaman itu sudah ditempuhi berkali-kali. Kedekatan dan rasa begitu disayangi ALLAH SWT, kerana setiap amal yang dilakukan diganda ganjarannya kerana lemahnya tubuh membawa amanah dan hadiah daripada-Nya. Pengalaman kali ke-7 hamil, pada usia yang sudah meningkat bukanlah sesuatu yang dijangka. Tambahan…

Malaysia #QuranHour 2019 di Masjidil Haram

Malaysia #QuranHour 2019 di Masjidil Haram

Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci turut berpeluang menyambut kempen Malaysia #QuranHour dengan mengadakan program berinteraksi dengan al-Quran di Dataran Masjidil Haram, Makkah pada 30 Ogos 2019. Seramai 200 jemaah kalangan rakyat Malaysia menyertai aktiviti selama sejam yang dikendalikan oleh Pembimbing Jemaah Haji ( PIHTAS ) yang juga merupakan Penasihat Rumah Ngaji dan Pengasas NGO…

PEWANA BUKA BANYAK RUMAH NGAJI UNTUK ORANG RAMAI DEKATI AL-QURAN

PEWANA BUKA BANYAK RUMAH NGAJI UNTUK ORANG RAMAI DEKATI AL-QURAN

Pengerusi Persatuan Pendukung Wawasan Negara (PEWANA), Zaini Ibrahim menyambut usaha Rumah Ngaji dengan membuka 10 lokasi di seluruh Malaysia. PEWANA adalah badan bukan kerajaan yang memfokuskan pendidikan, kebajikan dan ekonomi mensasarkan semua peringkat umur. Bagi beliau, Rumah Ngaji sebagai peluang kita untuk memberikan perkhidmatan mengaji secara percuma.       Antara Rumah Ngaji di bawah…

BELAJAR AL-QURAN BRAILLE DI RUMAH NGAJI @ IBNU UMMI MAKTUM

BELAJAR AL-QURAN BRAILLE DI RUMAH NGAJI @ IBNU UMMI MAKTUM

“Saya tidak mahu rumah sekadar tempat kediaman. Saya mahu hidupkan aktiviti al-Quran dengan membuka Rumah Ngaji di rumah sendiri di Desa Pinggiran Putra, Kajang.” Demikian kata penggerak Rumah Ngaji @ Ibnu Ummi Maktum, Sumairi Zainol, 45, ketika berkunjung ke pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Shah Alam bersama isterinya, Rahimah Muhammad Nor, 32. Beliau berkongsi inspirasi…