Al-QURAN WAKAF, HADIAH TERINDAH BUAT WARGA HOSPITAL SUNGAI BULOH

Al-QURAN WAKAF, HADIAH TERINDAH BUAT WARGA HOSPITAL SUNGAI BULOH

“Saya menahan sebak dan terharu apabila kedatangan Ramadan kali ini diuji dengan wabak Covid-19 bukan sahaja di negara, malah di seluruh dunia. Semua surau dan masjid ditutup. Apabila mendapat al-Quran di tangan, perasaan saya menjadi sangat seronok.” “Al-Quran inilah yang sangat kami memerlukan dalam keadaan keletihan berkhidmat kepada masyarakat, dalam memberikan pengorbanan masa dan tenaga…

DAHULU PENAGIH DADAH, KINI KETAGIH MY #QURANTIME

DAHULU PENAGIH DADAH, KINI KETAGIH MY #QURANTIME

KISAH MYQT0018 Semenjak saya mengikuti Malaysia #QuranTime sehingga kini, My #QuranTime, ia banyak memberi kesan kepada diri saya. Jika sebelum ini saya penagih dadah yang tegar, kini menjadi ketagih #QuranTime. Saya mengambil dadah sejak 1996. Kini saya sudah berusia 56 tahun. Tipulah kalau saya kata tidak menagih langsung. Alhamdulillah, saya sudah kurangkan ketagihan dan mengubah untuk menjauhi dadah….

BACA AL-QURAN RASA LEBIH YAKIN SEJAK IKUTI MY #QURANTIME

BACA AL-QURAN RASA LEBIH YAKIN SEJAK IKUTI MY #QURANTIME

KISAH MYQT0017 Saya baru sahaja bersara. Inilah masa untuk diisi dengan ilmu agama. Jika sebelum ini, saya sentiasa mendahulukan kerja, kerja dan kerja. Sejak mengikuti Malaysia #QuranTime dan kini My #QuranTime, saya tertarik untuk mengikuti bacaan dan tadabbur yang disampaikan oleh Tuan Fazrul Ismail, Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta tetamu undangan. Sebelum…

UJIAN COVID-19 BUKA JALAN AL-QURAN UNTUK DEKATI AL-QURAN

UJIAN COVID-19 BUKA JALAN AL-QURAN UNTUK DEKATI AL-QURAN

KISAH MYQT0016 Syukur alhamduillah saya diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menimba ilmu al-Quran melalui program My #QuranTime yang bersiaran di TV AlHijrah. Bagi saya, ia merupakan rezeki dan hadiah ALLAH kepada saya untuk mendekati al-Quran. Saya berdoa kepada ALLAH semoga umur saya yang kini berusia 60an dipanjangkan usia untuk bersama mengikuti program tadabbur al-Quran…

BERI PELUANG BERWAKAF AL-QURAN SECARA ONLINE DI MUSIM PKP

BERI PELUANG BERWAKAF AL-QURAN SECARA ONLINE DI MUSIM PKP

KISAH MYQT0015 Pengalaman saya bersedekah di Tanah Suci memberi kesan mendalam kepada diri saya. Ketika itu saya menunaikan umrah pada tahun 1990an. Sebaik keluar dari Masjidil Haram, saya dapati ramai peminta sedekah mendekati saya, dan ada juga yang datang merangkak. Saya yang pertama kali menunaikan umrah sangat teruja untuk bersedekah. Mereka  berlumba-lumba menghulurkan tangan kepada…

MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA KAMU DUSTAKAN?

MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA KAMU DUSTAKAN?

KISAH MYQT0014 Setiap orang mempunyai impian yang belum terlaksana. Impian saya ialah untuk belajar mentadabbur Al Quran, tetapi saya selalu memikirkan untuk melakukannya selepas saya bersara. Dari zaman universiti lagi saya memang sentiasa membaca al-Quran tetapi tidak belajar mendalami isi al-Quran itu, hanya sekadar membaca terjemahan. Dulu, saya selalu fikir jika mahu pergi ke kelas…

MASAK AWAL UNTUK TUMPUKAN MY #QURANTIME

MASAK AWAL UNTUK TUMPUKAN MY #QURANTIME

KISAH MYQT0013 Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020, saya sebagai isteri dan ibu tidak berpisah dengan dapur. Semua ahli keluarga berkumpul menyebabkan saya perlu selalu ke dapur untuk sediakan makanan. Namun, program Malaysia #QuranTime sehinggalah My #QuranTime membuatkan saya jatuh cinta untuk menghadap TV. Program tadabbur al-Quran di TV AlHijrah membuatkan…

EMAK BERSIAP CANTIK-CANTIK UNTUK IKUTI MY #QURANTIME

EMAK BERSIAP CANTIK-CANTIK UNTUK IKUTI MY #QURANTIME

KISAH MYQT0012 Emak saya peminat tegar My #QuranTime. Inilah saya ingin kongsikan kepada Ustaz Tarmizi, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tirmizi, sebagai pentadabbur dan qari My #QuranTime. Ibu saya, Hajah Safiah bt Hj Mokhtar yang berusia 88 tahun menyampaikan salam kepada ketiga-tiga ustaz. Emak saya sangat suka rancangan ini. Beliau mula mengikuti siaran ini setiap hari sejak…

TUNAIKAN AMALAN ARWAH ANAK YANG SUKA BERWAKAF

TUNAIKAN AMALAN ARWAH ANAK YANG SUKA BERWAKAF

KISAH MYQT0011 Wakaf al-Quran sangat dekat arwah anak saya. Setiap kali ada peluang berwakaf, dia ambil bahagian tersebut. Dia rajin mengirim duit untuk saya beli al-Quran wakaf apabila saya mengerjakan umrah. My#QuranTime yang memaparkan poster Wakaf al-Quran untuk Ummah di TV AlHijrah menggamit kenangan kepada arwah anak saya yang suka berwakaf. Di sini, saya mengambil…

HARAP WAKAF AL-QURAN JADI SAHAM AKHIRAT

HARAP WAKAF AL-QURAN JADI SAHAM AKHIRAT

KISAH MYQT0010 Sejak rancangan Musaadah Covid-19 Malaysia #QuranTime di TV AlHijrah bersiaran, saya mula mengikutinya sehingga kini. Saya banyak belajar untuk memperbaiki bacaan al-Quran dengan bertajwid. Saya juga suka mendengar penjelasan Ustaz Fazrul mengenai kupasan ayat yang dibacakan oleh Qari. Saya mencatat nota mana yang sempat. Di rumah saya ada al-Quran terjemahan yang kecil. Tapi saya tidak…