PERTEMUAN KHAS MENGHADAPI KRISIS EKSTREMISME DI MEDIA SOSIAL (TIKTOK)

Seramai 30 TikTokers sertai program Pertemuan Khas Menghadapi Krisis Extremisme di Media Sosial (TikTok) untuk mendapat pencerahan mengenai peranan mereka dalam membentuk kerangka fikir rakyat daripada kekeliruan atau sebarang bentuk ekstremisme.

Program yang julung dianjurkan bersama Akademi Jiwa Hamba, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Sinar Harian diadakan di pejabat WUIF @ Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam pada 24 November 2022.

Tuan Fazrul memberi pengisian program berpandukan ayat al-Quran sebagai solusi isu ekstremisme

Pengisian disampaikan oleh Tuan Fazrul Ismail, Ketua Pegawai Penyelidik MQT dan Pentadabbur My #QuranTime; Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengasas WUIF; Ustaz Hakim Mohd Nor, Content Creator Akademi Jiwa Hamba; Tuan Hafiz Roslan, Peguam Syariah; Tuan Firdaus Mohd Yusoff (Tetuan Firdaus Mohd Yusoff & co) Peguam Sivil; dan Tuan Fhais Salim (Tik toker, 245k follower).

Fazrul bertadabbur Surah Al-Hujurat yang menjadi panduan kepada peserta untuk sebarkan maklumat. Antaranya:

  1. Jangan tinggikan suara
  2. Tentukan fakta yang dikongsikan
  3. Jangan mengecam
  4. Jauhi spekulasi
  5. Jangan membelakangkan ALLAH dan Rasul-Nya
  6. Jangan menghina

Beliau menambah, kita perlu membawa mesej Islam kontemporari tetapi original. Surah Al-Ankabut mengajak kita untuk menunjukkan akhlak yang baik. Nabi Muhammad SAW pernah digelar orang gila kerana mengajak keadilan.

Datuk Hussamuddin berkongsi pengalaman dan panduan kepada peserta.

CABARAN EMOSI

Cabaran emosi berlaku apabila marah, dan hasad dengki. Apabila emosi bermasalah, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengeluarkan kenyataan yang ekstrem.

Fazrul berkata, orang yang selalu tadabbur al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya mempunyai penasihat terbaik 100 peratus. Sikap melabelkan boleh mengundang rasa benci. Al-Quran memjadi kunci kebebasan daripada perasaan negatif.

Ustaz Hakim menyatakan kepentingan influencer dalam menyampaikan mesej yang betul.

CABARAN INTELEK

Sumber maklumat yang bukan datang daripada ALLAH SWT boleh mengundang banyak konflik. Ini kerana tidak berasaskan kebenaran tetapi auta.

ALLAH SWT berfirman: “Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) al-Quran? Sekiranya (al-Quran) itu bukan daripada ALLAH, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.” (Surah Al-Nisa’: 82)

Antara peserta yang hadir pada program sehari tersebut di WUIF @ Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam.

Orang yang tidak bertadabbur al-Quran, cara berfikirnya tidak kemas. Tanpa panduan instrumen (al-Quran) daripada ALLAH, ia boleh membawa kepada ekstremisme. Ekstremis ke arah kanan atau kiri. Al-Quran mengajak kita kepada ketuhanan, negara dan bangsa.

Al-Quran mengangkat nilai universal iaitu adil. Influencer dan pengamal media perlu memperbanyakkan kisah kebaikan dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum seperti tolong-menolong dan saling menghormati.

Elakkan untuk membawa cerita yang membina dosa dan permusuhan. Surah Al-Maidah ayat 2 menjadi panduan kepada kita untuk menyantuni mendekati ALLAH dan menyantuni masyarakat.

Similar Posts

Leave a Reply