Taklimat Ringkas Pagi @ Morning Briefing Edisi Khas 4.0 bertajuk “Minda Pejuang : The Amazing You” menampilkan tetamu khas, Dr HC Ary Ginanjar Agustian, Pengasas ESQ Group dari Indonesia pada 28 Disember 2021.
Aktiviti perkongsian anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diadakan pada setiap Selasa dan Khamis untuk disertai oleh warga kerja. Manakala Morning Briefing Edisi Khas diadakan sebulan sekali dengan menjemput tetamu untuk berkongsi ilmu.

Dalam perkongsian secara dalam talian, Pak Ary berkata bicara ALLAH SWT kepada hamba-Nya melalui empat perkara iaitu:
1. Ayat al-Quran
- Nabi dan rasul
- Alam semesta
- Kejadian menimpa kita
Menurut beliau, segala nikmat dan musibah, datang daripada ALLAH. Contohnya, banjir di Selangor, Malaysia, Indonesia mahupun di mana-mana negara pun, ia bukanlah fenomena alam semesta biasa, tetapi pesan dan pengajran yang besar daripada ALLAH SWT, Penjaga alam sejagat.
“Oleh itu, kita perlu membaca dan menghayati ayat pertama diturunkan oleh ALLAH ialah Iqra’ dalam Surah Al-’Alaq. Iqra’ bermaksud baca dengan kombinasi sains dan spiritual. Ada orang membaca tanpa dikaitkan dengan ALLAH. Ada juga yang melihat spiritual tanpa sains.
“Iqra’ sebenarnya adalah baca daripada kombinasi antara sains dan spiritual. Itulah yang membangunkan tamadun baharu dan hebat oleh Nabi Muhammad SAW sehingga di Andalusia, Cordoba, Granada, Toleda dan Damascus selama 100 tahun.
“Rasulullah SAW menangis ketika membaca Surah Al-’Alaq. Baginda SAW mengenangkan umat akan datang tidak faham ayat al-Quran tersebut.
“Untuk mengajar al-Quran kepada ummah, maka ALLAH menguji. Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, menyatakan jangan kau jangka beriman tapi tidak diuji. Rasulullah SAW diuji selama 13 tahun di Makkah, kemudian energi berkembang 10 tahun di Madinah, terus ke Tunisia, Morocco, Sepanyol hingga ke seluruh dunia.
“Ketika ujian berupa banjir di Malaysia, itu sebenarnya berkah, rahmat, atau musibah? Bagi orang yang mencintai dunia, itu adalah musibah besar. Bagi orang cintakan ALLAH, menangis, bersujud tersungkur sambil berkata “laa haula wa laa quwwata illa billah”
Tambah beliau, Nabi Ibrahim AS melalui saat indah dalam kehidupannya ketika dibakar kerana dekat dengan ALLAH SWT. Ketika diuji, apa motivasi kita untuk berjuang? Ada tiga energi spiritual iaitu Strong why; Biq why; dan Grand why.
Rakyat perlukan bantuan dari segi solusi al-Quran. Jika kita mempunyai energi Grand why, kita mempunyai kekuatan spiritual. Ini digunakan oleh Bilal bin Rabah yang menyebut “Ahad” ketika ditimpa batu.
“Kebanyakan orang yang berjuang dengan jiwa dari bawah, ia jadi penat. Jika kita hendak berjaya dalam perjuangan, perlu bermula dari atas dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah,” katanya.
ALLAH SWT berfirman: “Kebaikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat, tetapi kebaikan itu ialah (kebaikan) orang yang beriman kepada ALLAH, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang yang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 177)
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti video tersebut di https://www.facebook.com/savingfamilies2017/videos/3179042399088401