“MINDA PEJUANG: THE AMAZING YOU” SANTUNI UJIAN ALLAH SWT

Taklimat Ringkas Pagi @ Morning Briefing Edisi Khas 4.0 bertajuk “Minda Pejuang : The Amazing You” menampilkan tetamu khas, Dr HC Ary Ginanjar Agustian, Pengasas ESQ Group dari Indonesia pada 28 Disember 2021.

Aktiviti perkongsian anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diadakan pada setiap Selasa dan Khamis untuk disertai oleh warga kerja. Manakala Morning Briefing Edisi Khas diadakan sebulan sekali dengan menjemput tetamu untuk berkongsi ilmu.

Dr HC Ary Ginanjar Agustian @ Pak Ary, Pengasas ESQ Group

Dalam perkongsian secara dalam talian, Pak Ary berkata bicara ALLAH SWT kepada hamba-Nya melalui empat perkara iaitu:
1. Ayat al-Quran

  1. Nabi dan rasul
  2. Alam semesta
  3. Kejadian menimpa kita

Menurut beliau, segala nikmat dan musibah, datang daripada ALLAH. Contohnya, banjir di Selangor, Malaysia, Indonesia mahupun di mana-mana negara pun,  ia bukanlah fenomena alam semesta biasa, tetapi pesan dan pengajran yang besar daripada ALLAH SWT, Penjaga alam sejagat.

“Oleh itu, kita perlu membaca dan menghayati ayat pertama diturunkan oleh ALLAH ialah Iqra’ dalam Surah Al-’Alaq. Iqra’ bermaksud baca dengan kombinasi sains dan spiritual. Ada orang membaca tanpa dikaitkan dengan ALLAH. Ada juga yang melihat spiritual tanpa sains.

“Iqra’ sebenarnya adalah baca daripada kombinasi antara sains dan spiritual. Itulah yang membangunkan tamadun baharu dan hebat oleh Nabi Muhammad SAW sehingga di Andalusia, Cordoba, Granada, Toleda dan Damascus selama 100 tahun.

“Rasulullah SAW menangis ketika membaca Surah Al-’Alaq. Baginda SAW mengenangkan umat akan datang tidak faham ayat al-Quran tersebut.

“Untuk mengajar al-Quran kepada ummah, maka ALLAH menguji. Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2, menyatakan jangan kau jangka beriman tapi tidak diuji. Rasulullah SAW diuji selama 13 tahun di Makkah, kemudian energi berkembang 10 tahun di Madinah,  terus ke Tunisia, Morocco, Sepanyol hingga ke seluruh dunia.

“Ketika ujian berupa banjir di Malaysia, itu sebenarnya berkah, rahmat, atau musibah? Bagi orang yang mencintai dunia, itu adalah musibah besar. Bagi orang cintakan ALLAH, menangis, bersujud tersungkur sambil berkata “laa haula wa laa quwwata illa billah”

Tambah beliau, Nabi Ibrahim AS  melalui saat indah dalam kehidupannya ketika dibakar kerana dekat dengan ALLAH  SWT. Ketika diuji, apa motivasi kita untuk berjuang? Ada tiga energi spiritual iaitu Strong why; Biq why; dan Grand why.

Rakyat perlukan bantuan dari segi solusi al-Quran. Jika kita mempunyai energi Grand why, kita mempunyai kekuatan spiritual. Ini digunakan oleh Bilal bin Rabah yang menyebut “Ahad” ketika ditimpa batu.

“Kebanyakan orang yang berjuang dengan jiwa dari bawah, ia jadi penat. Jika kita hendak berjaya dalam perjuangan, perlu bermula dari atas dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah,” katanya.

ALLAH SWT berfirman: “Kebaikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat, tetapi kebaikan itu ialah (kebaikan) orang yang beriman kepada ALLAH, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabat, anak yatim, orang-orang yang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat, dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kesusahan, penderitaan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 177)

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti video tersebut di https://www.facebook.com/savingfamilies2017/videos/3179042399088401

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.