Malaysia Berdoa mengajak rakyat untuk menjalankan tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang berintergriti dengan berpandukan al-Quran dan Hadis pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 15 pada 19 November 2022.
Program tersebut dianjurkan bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Sinar Harian dan Rasuah Busters dengan kerjasama Astro Awani dan bersiaran di semua platform digital masing – masing pada pukul 9 malam, 18 November 2022, Sabtu.
Bermula dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 dan penamaan calon (5 November), rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang akan mentadbir negara selama lima tahun pada 19 November ini.
Manakala, pengundian awal dijalankan bagi anggota dan pasangan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat undi pada 15 November lalu.
Selepas penamaan calon, semua parti politik bertungkus lumus berkempen memenangi hati rakyat secara turun padang mahupun di pelbagai platform media untuk mengundi calon masing-masing sehingga pukul 11.59 malam, 18 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, sudah tiba masanya semua urusan kita kembalikan kepada ALLAH SWT dan memohon campur tangan ALLAH (Divine Intervention) agar negara Malaysia dianugerahkan pemimpin yang berintegriti, berilmu, kuat dan bertakwa.

“Malaysia Berdoa menjadi solusi spiritual buat semua pengundi berkeadaan bertenang agar berfikiran jelas dalam membuat keputusan yang betul untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang mentadbir negara mengikut syariat ALLAH SWT.
Pengisian program menampilkan Pentadabbur Al-Quran, Fazrul Ismail, Pentadabbur Hadith, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Qari oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M, Ustaz Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/WorldQuranHour