Ketika ujian pandemik Covid-19, ramai yang dahagakan hikmah al-Quran diberikan oleh ALLAH SWT untuk memberi ketenangan jiwa dan solusi kehidupan. Dengan sumbangan al-Quran wakaf, ia menjadi hadiah istimewa yang dapat mengisi keperluan rohani tersebut.
Tanggal 22 September 2021, wakil Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marawaty Abd Haris menyampaikan al-Quran wakaf kepada Zaiton @ Zariyah Abdullah sebagai Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam.
Al-Quran wakaf adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang dianjurkan WUIF. Kempen tabung tersebut diuar-uarkan di program My #QuranTime yang bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 tengah hari, setiap hari.
Al-Quran tersebut diagihkan kepada pengerak Rumah Ngaji terpilih bagi mewujudkan Quran Corner di lokasi masing-masing. Ia memberi kemudahan kepada peserta Rumah Ngaji untuk menggunakan al-Quran di kelas pengajian al-Quran, taddabur dan kelas usrah.
“Al-Quran wakaf diagihkan kepada Rumah Ngaji Bentara Aman, Rumah Ngaji Ummi di Bertam Perdana, Rumah Ngaji Inapan Seri Bertam Putra dan Rumah Ngaji Mak Teh di Tasik Gelugor.
“Peserta boleh memanfaatkan al-Quran wakaf di Quran Corner untuk kelas pengajian al-Quran termasuk Kelas Al-Quran Tahap Awal, dan Kelas Pembimbing. Pihak kami berterima kasih kepada semua pewakaf atas sumbangan tersebut dan memastikan al-Quran wakaf dimanfaatkan sebaiknya. InsyaAllah.”
WUIF menggerakkan kempen wakaf al-Quran bertajwid dan terjemahan kepada semua golongan bagi memastikan umat Islam di Malaysia bersama dalam misi Baca, Faham dan Amal al-Quran. Ia membawa agenda besar yang dapat MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah dalam menuju tahun 1500H.
Orang Ramai boleh menyumbang wakaf tunai menerusi Tabung Gerakan Al-Quran di akaun Maybank 564276538528 , untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi hotline : 019-3803635 atau layari website https: //www.facebook.com/WorldQuranHour atau https://quranhour.org