Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyambut baik penerimaan al-Quran wakaf untuk warga kerjanya untuk dimanfaatkan.
Penguasa SPRM Selangor, Mohamed Izzat Mohamed Mokhtar berkata sebanyak 15 set wakaf al-Quran telah diterima melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas daripada sumbangan orang ramai.
“Pihak kami telah mengagihkan set al-Quran wakaf tersebut di SPRM Selangor dan cawangan di Klang.
“Kami mewujudkan al-Quran Corner bagi di setiap aras, termasuk pejabat Pengarah, pejabat Timbalan Pengarah, surau, perpustakaan dan kaunter khidmat pelanggan.
“Setiap penyerahan kepada wakil yang menerima wakaf tersebut akan menandatangani surat Akuan Berjanji untuk menjaga kemaslahatan al-Quran wakaf tersebut.
“Ini secara langsung mereka yang diberi tanggungjawab tersebut akan menjaga kemaslahatan dan menjaga al-Quran dalam keadaan baik. Al-Quran bukan harta kerajaan tetapi menjadi wakaf SPRM untuk dimanfaatkan bersama.

“Dengan adanya Quran Corner di tempat kerja, ia memberi kemudahan kepada warga kerja dan pengunjung untuk mendekati al-Quran pada bila-bila masa.
“Saya tertarik dengan saranan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, setiap masalah ada solusi dengan membuka al-Quran sebagai panduan.
“Ada juga kalangan staf bukan Islam yang berminat untuk mengetahui apa itu al-Quran. Tiada masalah untuk mereka membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
“Tidak kurang juga yang bertanya pandangan kita mengenai ibadah seperti solat dan puasa. Terpaksa jadi Pencetus Ummah,” katanya sambil tersenyum.
Beliau menambah, aktiviti membaca Surah Yassin dan tazkirah diadakan setiap hari Jumaat. Ia menjadi pengisian rohani warga kerja SPRM Selangor. Namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berkumpul beramai-ramai dihentikan sementara waktu.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pewakaf yang sudi berkongsi keberkatan al-Quran. Semoga semua pihak yang dapat memanfaatkan al-Quran, sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT. Amin
Untuk maklumat lanjut mengenai Wakaf al-Quran untuk Ummah, sila layari: