KISAH MYQT0006
Saya menghidap pelbagai komplikasi sejak sekolah. Ketika kawan-kawan lain seronok bermain di padang, saya hanya mampu melihat dari tepi padang. Saya hanya tumpang keseronokan mereka, tapi tak boleh gelak lebih-lebih, boleh sesak nafas.
Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan peluang untuk hidup berumah tangga, walaupun saya tidak dapat melahirkankan zuriat akibat komplikasi yang dihadapi.
Saya pernah bekerja, tapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang dihadapi yang memerlukan saya berulang-alik ke hospital. Suami juga tinggalkan saya begitu saja tanpa sebarang berita, mungkin kerana dia tak larat nak menjaga dan melayan karenah saya.
Alhamdulillah, saya masih mempunyai adik-beradik dan ramai kawan yang banyak membantu.
Doa saya saban hari, “Ya ALLAH, jika inilah ketentuan-Mu, aku reda. Datangkanlah sahabat yang dapat memberi sokongan dan membantu aku untuk terus bertahan.
Saya yakin jika kita sering berkongsi rezeki walaupun dengan seekor kucing, urusan kita akan dipermudahkan. Itulah yang saya rasai selama ini.
Alhamdulillah, ALLAH menjawab doa saya. Salah seorang rakan yang aktif dalam sebuah NGO mengajak saya membantunya promosikan pelbagai program wakaf terutama di luar negara. Katanya, saya cuma perlu sebarkan dan kongsi kempennya menggunakan aplikasi WhatsApp dan facebook.
Inilah ketentuan ALLAH memberi ruang untuk saya mendapat pendapatan cukup untuk diri sendiri.
Walaupun saya bantu promosi wakaf-wakaf lain, saya tertarik apabila temui Wakaf al-Quran ini.
Alhamdulillah, saya sudah mewakafkan beberapa naskhah al-Quran. Semoga sumbangan yang tak seberapa ini mendapat ganjaran dari-Nya.
Saya bersyukur ALLAH masih memberi peluang berinfak dan berwakaf walaupun saya sendiri menerima bantuan kawan-kawan.
ZN
Perak
*************************************
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sahabahalquran@gmail.com WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah