WORLD #QURANHOUR 1443H/2022 : MISI SURAH AL-SAJDAH

KUALA LUMPUR – World #QuranHour kali ke 7 membawa Misi Surah Al-Sajdah dengan tajuk Dunia Bersujud diadakan serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022 pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal yang bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke program World #QuranHour pada kali ini.

Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan ramai rakan sinergi untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, 26 April 2022; Malaysia #QuranHour, 30 Ogos 2022; dan World #QuranConvention, 17 hingga 18 Disember 2022.

Program tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karangkraf Medicare Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

Turut bersama rakan Sinergi Media Malaysia seperti TV AlHijrah, Sinar Harian,Nu Ideaktiv, Astro Oasis, Astro Awani, RTM, Bernama, IkimFM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.

TV AlHijrah sebagai penyiar utama menjemput semua rakan media untuk  mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari ini (26 April 2022). Orang ramai boleh ikuti ikuti siaran langsung di TV AlHIjrah, ASTRO Oasis dan di FB Sinar Harian, QuranHour, dan TV AlHIjrah.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata kelainan penganjuran World #QuranHour kali ini bersama penonton di studio Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah selepas dua tahun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan Covid-19 pada 2020.

“World #QuranHour membawa Misi Surah Al-Sajdah: Dunia Bersujud melalui 9 Keyakinan Membentuk Insan Bersujud iaitu Fungsi al-Quran; Kekuasaan & kebesaran ALLAH SWT; Proses penciptaan manusia; Keimanan pada hari kebangkitan; Azab akibat kelalaian; Tersungkur sujud dan beramal soleh; Ganjaran syurga & balasan neraka; Al-Quran petunjuk jalan kebenaran; dan Kekuasaan ALLAH SWT dan hari kemenangan.

“Kini kita mula fokus ke arah solusi ekonomi ummah, memandangkan keadaan rakyat yang ‘lemas dan lapar’ berpandukan Surah Al-Sajdah. Surah tersebut dipasakkan melalui World #QuranHour hari ini, menuju ke Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos ini. Seterusnya berakhir di World #QuranConvention pada hujung tahun ini  di mana kajian di sepanjang tahun untuk bawa solusi ekonomi ummah.

“Kita berharap dapat melihat solusi ekonomi ummah daripada al-Quran. Namun kita tidak menafikan pakar ekonomi dan usahawan yang boleh lakukan bersama. Jadi hasrat kita untuk menyatukan semua pakar ekonomi dan agamawan untuk membantu ummah

“Surah Al-Sajdah ayat 1 membina kerangka fikir iaitu walaupun kita ada ilmu ekonomi dan ilmu agama, tetapi masih ada perkara yang kita tidak tahu, dan hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.

“Paling penting ayat 15 dalam surah tersebut adalah mengajak kita semua tunduk dan sujud kepada ALLAH SWT. Itulah proses yang kita lakukan untuk mencapai tiga perkara iaitu yakin, sujud dan tidak sombong,” katanya.

World #QuranHour dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 7 yang dibimbing oleh Qari Ustaz Mohamad Husaini Mahmur. Sesi bacaan 30 ayat Surah Al-Sajdah secara bergilir oleh Qari Dr Anuar Hasin, Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Amirahman Abas; dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Sementara itu sesi tadabbur disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; dan Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

Sehingga semalam (25 April 2002, pukul 2 petang) sebanyak 15,693 lokasi di dalam negara dan 21 lokasi di 14 negara sertai World #QuranHour 1443H/2022.

Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar  di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.

Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara bersolidariti menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing.

MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY

Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.

Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.

Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.

Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah  untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.

Aktiviti utama Quranic Valley:

Wakaf dan infak al-Quran dalam bentuk mushaf dan pelbagai bahasa terjemahan.

Mewujudkan Quranic Valley (Lembah al-Quran) melalui Pembangunan dan Penyeleidikan (R&D) al-Quran, untuk tujuan Tadabbur dan Tazakkur di pelbagai peringkat ekosistem.

Infak & Wakaf Media bagi penyebaran kefahaman al-Quran melalui platform TV dan Digital.

Latihan pembangunan jurulatih tadabbur al-Quran untuk pelbagai golongan masyarakat.

Pemerkasaan kempen berteraskan interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Pemberdayaan Sahabah al-Quran yang menyumbang kepada misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah.

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.