WORLD #QURANCONVENTION 3.0 FOKUS 4 CABARAN KEHIDUPAN DAN SOLUSI AL-QURAN & SUNNAH

World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk “Coping With Challenges Surah Al-Sajdah” memfokuskan empat cabaran iaitu kewangan, kerjaya, keluarga, dan sosial/spiritual dengan memberi solusi berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Seramai 1,200 peserta dari dalam dan luar negara mengikuti konvensyen bertaraf antarabangsa anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui pengurus acara, TickTalk TV di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur pada 3 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World #QuranConvention merupakan program besar terakhir di bawah kempen #QuranHour tahun ini untuk membawa misi Surah Al-Sajdah dalam memberi solusi dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

“Surah Al-Sajdah mengajak umat manusia bersujud kepada ALLAH SWT untuk mencapai kejayaan dan kemenangan. Formula bersujud dapat menghancurkan kesombongan manusia  dengan solat, infak dan sabar.

Peserta World #QuranConvention 3.0 bersujud pada bacaan Surah Al-Sajdah.

“Ia bukan sekadar konvensyen, tetapi membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H. Usaha berterusan dalam mengajak manusia berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini bertujuan membina kerangka fikir dan transformasi potensi diri berlandaskan nilai-nilai al-Quran.”

Program sehari ini menjadi platform pencerahan dan resolusi yang diperincikan oleh para penceramah yang terkenal dengan kepakaran masing-masing dan dalam kajian al-Quran. Penceramah dan qari datang dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Palestin, Mesir dan Amerika Syarikat.

Shaykh Mizanur
Dr Ahsin Sakho
Tan Sri Mohd Daud
Tan Sri Syed Zainal Abidin

Menurut beliau, negara yang berhadapan dengan ramalan ekonomi dan bencana alam pada tahun hadapan boleh mengundang pelbagai masalah kepada diri, keluarga, dan rakyat. Ini termasuk cabaran kewangan, kerjaya, keluarga dan sosial/spiritual yang perlu ditangani dengan Divine Intervention (campur tangan ALLAH).

“Konvensyen tersebut diharapkan membantu masyarakat untuk mengambil formula daripada ALLAH SWT iaitu al-Quran sebagai solusi dalam menghadapi pelbagai cabaran tersebut. Kita perlukan kekuatan dalaman dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

“Pihak WUIF berharap World #QuranConvention dapat diteruskan dalam siri jelajah ke seluruh dunia. Sehingga kini, Iran, India, Singapura dan Brunei berminat untuk menjadi penganjur bersama bagi program tersebut.”

Seramai 1,200 peserta ikuti World #QuranConvention 3.0.

Antara penceramah jemputan ialah Penasihat Global Shariah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Pengasas Bayyinah, Insitute for Arabic & Qur’anic Studies, Ustadh Nouman Ali Khan; pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari; Tokoh Huffaz Nusantara, Dr Ahsin Sakho Muhammad Asyrofuddin dan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Manakala barisan qari ialah Qari My #QuranTime, Ustaz Tirmizi Amir; Imam dari Palestin, Sheikh Rami As-Sousi; Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 61, Ustaz Abdul Khair Jalil; dan Imam Mesir, Syakh Abdullah Sobhi Marei.

Ustaz Ahmad Tirmizi membimbing bacaan ayat al-Quran pilihan di World #QuranConvention 3.0.

Sepanjang program tersebut dihoskan oleh seleberiti Indonesia, Erik Syam Pratama dan Daie Muda Antarabangsa dari Malaysia, Hifdzi Zaim Zamri.

World #QuranConvention 3.0 dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan kerjasama rakan sinergi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), PUSPANITA Cawangan MITI, Surau Ar-Rahman MITI, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd,  Rumah Ngaji, Akademi Cordoba, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Paragon Corporation melalui jenama kecantikan Wardah dan dandanan lelaki, Kahf menjadi penaja utama, selain Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari Sdn Bhd, NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, dan Islamic Tourism Centre. Manakala Sinar Harian dan TV AlHijrah menjadi rakan media pada konvensyen sehari ini.

Peserta dari luar negara seperti Bangladesh (16), India (3), Singapura (8), Brunei (2), Indonesia (13), Iran (1) dan Turki (2) turut berpeluang antara untuk melawat gerai jualan yang sertai oleh 30 usahawan di sepanjang konvensyen tersebut.

Tetamu dan peserta merakamkan gambar bersama seusai World #QuranConvention 3.0 di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur.

World #QuranConvention 1.0  bertemakan Surah Al-Kahfi di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2019.

Manakala World #QuranConvention 2.0 membawa Surah Al-Mulk yang diadakan secara atas talian ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan Covid-19 pada 2021.

Program tersebut didanai oleh Tabung Gerakan Al-Quran di bawah WUIF. Ia merupakan sumbangan orang ramai melalui program My #QuranTime.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.