Hantaran di Facebook mengenai mencari rumah untuk diwakafkan di Shah Alam oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail, telah mendapat sambutan baik oleh netizen dalam masa 48 jam.
Pewakaf, Mohd Musa Sotiri, 42, pereka aplikasi segera menghubungi pihak WUIF dengan menawarkan rumah dua tingkatnya di U12 untuk diwakafkan kepada empat pelajar latihan industri (WUIF) sehingga Disember 2021.
“Sebenarnya saya mendapat mesej yang dipanjangkan oleh kakak ipar yang menjadi follower Tuan Fazrul. Selepas berbincang dengan isteri, Honey Irmawati Hamzah, 43, kami bersetuju untuk berwakaf kediaman kami kepada WUIF sejak September lalu.

“Saya berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusuf dan menyatakan hasrat kami. Kami sebenarnya perlu pulang segera ke kampung di Segamat, Johor,
“Kami sangat gembira dapat memberi sumbangan wakaf rumah demi kebaikan ummah. Hikmah di sebalik membantu orang lain, ALLAH mempermudahkan hidup kita.”
Beliau sekeluarga tinggal di rumah tersebut sejak 2012. Antara perkara yang dirindukan adalah jiran yang baik dan prihati serta aktiviti surau yang aktif.

“Kita mungkin pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan. Diharapkan dengan berbuat baik dan beramal ibadah, ALLAH memberi ganjaran kepada kami,” katanya yang kembali berulang-alik ke rumahnya pada awal tahun hadapan.
Pelajar Latihan Industri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fiffy Nur Adila Mohamed Feroz, 23, berkata beliau rasa terharu dapat kemudahan rumah wakaf yang selesa untuk didiami bersama tiga lagi rakan seuniversiti.
“Kami masih belajar, jadi memang sukar untuk mencari rumah sewa. Tambahan pula, kos kehidupan di sini tinggi. Walaupun kami dapat tinggal sehingga Disember ini, tapi ia banyak meringankan beban kehidupan kami.
“Doa kami, semoga pewakaf sekeluarga dimurahkan rezeki dan apa yang diwakafkan menjadi saham di akhirat. Kami sebenarnya ingin mengadakan program bersama masyarakat setempat tetapi belum berkesempatan,” ujar anak kelahiran Kedah ini.
Sementara itu, perunding teknologi maklumat, Khairiyatun Azlina Akhiruddin, 56, dan suaminya, Rashidi Ahmad Norizan dari Seksyen 12 terpanggil untuk menawarkan galeri untuk dan diwakafkan kepada WUI.

“Setelah mendapat maklumat, saya menghubungi Fazrul untuk menyatakan hasrat kami untuk mewakafkan galeri. Setelah bertemu dengan wakil WUIF, mereka bersetuju untuk memanfaat galeri tersebut kepada pihak WUIF.
“Kami mempunyai empat anak. Apabila masing-masing sudah besar dan tinggal berasingan, maka hanya kami bertiga termasuk anak bongsi duduk di banglo ini. Kami sebenarnya merancang untuk tinggal di Petaling Jaya di mana anak-anak telah menetap di sana.
“Sebelum ini, galeri tersebut yang digunakan untuk menyimpan lukisan, merupakan ruang tambahan bersebelahan kediaman kami. Sementara kami masih tinggal di Shah Alam, pihak WUIF boleh memanfaatkan galeri tersebut kepada pelajar latihan industri dari UIAM, yang perlukan tempat tinggal sementara.
“Saya harap dengan memberi wakaf tersebut, ia menjadi jariah kami dan ibu bapa di akhirat,” katanya yang penuh bersemangat.

Pelajar UIAM, Muhamad Halim Zainudin yang kini memanfaat ruang galeri sebagai tempat tinggal melahirkan rasa gembira atas kemudahan yang selesa, disediakan oleh tuan rumah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang memberi keperluan yang baik di sini. Semoga ALLAH memberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki kepada beliau dan keluarga.
“Harapan saya agar lebih ramai pewakaf yang boleh memudahkan dan membantu golongan yang membawa misi yang baik,” katanya.
Semoga ALLAH SWT memberi ganjaran terbaik di sisi-Nya kepada pewakaf. Amalan berwakaf ini dapat membantu membangunkan ummah ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Orang ramai yang ingin menyalur sumbangan kepada Tabung Gerakan Al-Quran, sila salurkan kepada Warisan Ummah Ikhlas Foundation ke akaun Maybank Islamic 564276538528.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari di https://www.facebook.com/WorldQuranHour
INFO
DARI WAKAF AL-QURAN UNTUK UMMAH KE TABUNG GERAKAN AL-QURAN: QuranicValley.Com
Sejak tahun 2013 hingga saat ini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif dari kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia sehingga terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanafaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan kepada banyak aspek kehidupan, sama ada di dalam mahupun luar negara. Kesulitan kewangan, ketakutan terhadap wabak dan tekanan menghadapi suasana luar jangka ini mencetuskan gejala kemurungan yang berpotensi membunuh jiwa ummah.
QuranicValley.Com adalah Lembah Al-Quran yang berusaha membawakan isi dari Al-Quran untuk menjawab masalah ummah. Di sini, tempat berkumpul para hafiz dan hafizah, para Qari dan penyelidik Al-Quran, As-Sunnah dan Sirah, bergabung dengan pengamal media dan para subject matter expert di dalam bidang ekonomi, sosial, psikologi dan politik bagi membongkar solusi dari Al-Quran untuk kehidupan. Biidznillah.
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Jenis wakaf yang diperlukan ialah untuk menghasilkan program TV dan Digital melalui Wakaf Media, Infak dan Wakaf meliputi wakaf tunai, profesionalisme, wakaf Al-Quran dan aset.
Lembah Al-Quran (QuranicValley.Com) akan menjadi platform untuk mengangkat isi Al-Quran melalui R&D di kalangan asatizah, Qari & Pentadabbur, pakar-pakar Al-Quran dan Hadith, cendekiawan, pemimpin dan ummah.
Matlamat QuranicValley. Com juga adalah bagi membina Khazanah Untuk Ummah dari Pengkajian al-Quran melalui:
▪Buku-buku
▪Wacana Ilmiah
▪Pengukuhan isi kandungan al-Quran di saluran media, TV dan Platform Digital
▪Bina Ekosistem Islam
▪Pemberdayaan Sahabah al-Quran dari pelbagai lingkungan masyarakat
▪Pelaksanaan Kempen #SavingFamilies, #SavingLegacy, #SavingTheNation
Comments on Verse