KISAH MYQT0016
Syukur alhamduillah saya diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menimba ilmu al-Quran melalui program My #QuranTime yang bersiaran di TV AlHijrah. Bagi saya, ia merupakan rezeki dan hadiah ALLAH kepada saya untuk mendekati al-Quran.
Saya berdoa kepada ALLAH semoga umur saya yang kini berusia 60an dipanjangkan usia untuk bersama mengikuti program tadabbur al-Quran sehingga khatam 30 juzuk.
Sebenarnya saya telah mengikuti Malaysia #QuranTime sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan dan kini bersama My #QuranTime. Ia menjadi wadah ilmiah yang sangat bermanfaat bagi mengisi masa sepanjang di rumah.
Sebagai ahli jawatankuasa masjid di Labuan, saya turut mengajak rakan untuk mengikuti My #QuranTime, sementara kelas al-Quran dibuka semula seperti biasa. Saya juga kongsikan maklumat tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan lain melalui WhatsApp atau sewaktu bersembang dengan mereka.
Siapa sangka ujian wabak Covid-19 yang melanda di negara kita dan seluruh dunia telah membuka jalan kepada kita untuk mendekati al-Quran melalui My #QuranTime. Ia memberi kesan kepada saya untuk mengkoreksi dri dan menghargai al-Quran dan mengamalkannya.
Mempelajari juzuk pertama dalam al-Quran, ia mengandungi terlalu banyak pengajaran diperolehi. Al-Quran yang sekadar dibaca dan terkadang menjadi hiasan kini menjadi teman sejati saya.
Sebelum ini, saya sibuk dengan urusan dunia. Alhamdulillah, ALLAH memberi saya kesihatan dan peluang untuk mempelajari ilmu al-Quran. Jika saya tidak ambil peluang tersebut sebaik mungkin, saya bimbang tidak dapat menjawab apabila ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.
Saya juga terpanggil untuk berwakaf al-Quran sebagaimana yang diuar-uarkan oleh ustaz di My #QuranTime. Semoga dengan berwakaf al-Quran, rahmat Kalam ALLAH SWT itu dapat disebarluaskan kepada seluruh umat di negara ini.
Daripada
Puan Hajah Rokiah Haji Ibrahim
Wilayah Persekutuan Labuan
—————————————————————————————————————–
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sah[email protected] dan WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah