JOM SAKSIKAN TAYANGAN MY #QURANTIME 2.0 : SOLAT, QURAN & INFAK DI TV 9, MULAI AHAD 5 FEBRUARI 2023

TV9 di bawah Mediaprima menjadi stesen televisyen pertama yang menayangkan program My #QuranTime 2.0 (MQT) setiap hari dari jam 12 hingga 1 tengah hari mulai Ahad, 5 Februari 2023, terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bersiaran dari Studio My #QuranTime di Shah Alam.

Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub dalam kenyataan media pada 1 Januari 2023 berkata, sebanyak 2114 episod ini, membawa misi untuk meningkatkan penghayatan solat, memahami dan menghafal al-Quran serta membina tabiat Infak adalah program musim kedua setelah kejayaan MQT 1.0 yang telah bersiaran sebanyak 838 episod di digital media Youtube My #QuranTime Official dan TV Al-Hijrah.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub

Istimewa kali ini, dengan matlamat utama untuk menghayati al-Quran melalui hafalan dan pemahaman al-Quran melalui tadabbur serta bacaan yang mantap melalui tajwid serta tahsin, kajian yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk MQT kali ini dilakukan secara lebih mendalam untuk setiap satu pertiga dari 604 halaman al-Quran modul Quran Al-Hafiz yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Seramai lapan orang pengkaji tetap yayasan WUI bersama dengan para asatizah dan pakar al-Quran di Malaysia dan Indonesia, terlibat menasihati dan merujuk kepada 21 Kitab utama dalam menghasilkan setiap episod MQT.

Program MQT ini ditawarkan kepada TV9 dan semua stesen TV di dalam dan luar negara secara percuma hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Gerakan Al-Quran sejak tahun 2020 dalam misi wakaf konten, iaitu kajian serta menerbitkan pelbagai program pendidikan berlandaskan al-Quran untuk perubahan kerangka fikir dan karakter ummah yang tersimpan secara online untuk dimasuki secara mudah oleh ummah di seluruh dunia.

MQT 2.0 telah ditayangkan secara atas talian di FB dan YouTube: My #QuranTime Official, dari episod 1 hingga terkini, sejak 14 Disember 2022, setiap hari jam 12 hingga 1 tengah hari dan telah mengumpulkan sebanyak lebih 700 ribu pelayar melalui tayangan 48 episod setakat ini.

7. Tayangan secara live, mulai Ahad, 12 hingga 1 tengah hari, 5 Februari 2023 di TV9 ini akan bermula dengan episod 54, seiring dengan tayangan di platform digital My #QuranTime Official.

Orang ramai boleh ikuti My #QuranTime  di TV 9 bermula 5 Februari 2023.

Bagi episod ulangan iaitu episod 1 hingga akhir (2114) di TV9, ia akan bermula pada 6 Februari sebanyak 2 episod setiap hari dari jam 4.30 pagi hingga 6:30 pagi.

Stesen TV lain akan turut bersama menyebarluaskan program bersifat pendidikan MQT 2.0 ini. TV AlHijrah dan Astro Oasis sedang menyelesaikan sedikit isu teknikal sebelum mengumumkan tarikh tayangan mereka.

Untuk menonton episod sebelum ini, sila klik di pautan berikut:
YouTube: https://bit.ly/mqt2youtube
Facebook: https://bit.ly/mqt2facebook

Terima kasih & salam hormat,
Hussamuddin Hj Yaacub,
Pengasas, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.