TALIAN JIWA EPISOD 6 : JUAL BARANG RUMAH DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

Sesusah manapun, pasangan suami isteri dari Sabah ini tidak suka meminta. Mereka yang kini tinggal di Segamat, Johor, sanggup menjual perabot dan barang elektrik di rumah demi kelangsungan hidup sekeluarga.

Siti Zulaikha Abdullah, 24, berkongsi cerita kesukaran hidup sekeluarga akibat terkesan pandemik Covid-19 di Talian Jiwa Episod 6 yang bersiaran di Astro Oasis pada 19 Ogos lalu.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Astro Oasis dan Sinar Harian ini  menggabungkan solusi daripada al-Quran, bantuan tunai dan sokongan lain kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Ibu kepada enam anak yang berusia 10,8,6,5,2 dan 1 tahun tidak mempunyai kelulusan tinggi. Beliau hanya ada sedikit kemahiran dalam perkomputeran dan memasak ketika mengambil upah menyediakan juadah di masjid dan parti kecil.

Siti Zulaikha yakin dengan rezeki ALLAH.

“Sebelum ini saya menjadi dropship. Sebelum pandemik Covid-19, kami sekeluarga boleh teruskan kehidupan walaupun tidak mewah. Alhamdullilah, makanan tidak pernah putus, komitmen bulanan juga tidak pernah tertunggak.

“Cabaran hidup saya sekeluarga semakin terasa apabila duit simpanan telah habis digunakan. Ditambah  suami saya, Rizwan Mahali, 34, bekas buruh terpaksa berhenti kerja pada November 2020 untuk menjaga anak yang disyaki Covid-19 di hospital. Ketika itu beliau baru bersalin dalam pantang.

“Suami melakukan pelbagai usaha untuk mencari pekerjaan namun belum berhasil. Duit simpanan yang ada telah habis digunakan. Mereka terpaksa menjual barang yang ada rumah bagi menampung keperluan hidup. Kini, suami mencari pendapatan dengan bekerja bersama rakan untuk baiki rumah.

“Dalam keadaan kesempitan hidup, saya kasihankan anak-anak. Mereka hanya makan bubur kosong. Apabila beras habis, saya masak cucur untuk beri mereka makan.

“Suami pernah mencuri sebungkus mi segera dan sebiji telur di kedai runcit untuk kami sekeluarga makan. Saya pernah meminta bantuan melalui Facebook. Alhamdulillah, kami terima banyak bantuan makanan waktu itu.

“Saya tidak menjangka untuk dipilih sebagai pemanggil di Talian Jiwa dan menerima bantuan sebanyak RM2,500. Wang tersebut dapat dimanfaatkan untuk membayar sewa rumah yang tertunggak sebanyak RM800, peralatan sekolah anak dan keperluan bayi.

“Wang selebihnya saya gunakan sebagai modal untuk berniaga nasi lemak di hadapan rumah. Ini termasuk membeli payung, meja dan bekas plastik. Sebelum ini suami bantu buat penghantaran makanan, namun disaman kerana tiada lesen kenderaan.”

Gerai nasi lemak menjadi sumber rezeki bagi Siti Zulaikha sekeluarga di Taman Mewah , Kg Jawa, Segamat, Johor. 

Siti Zulaikha bersyukur kerana perniagaannya mendapat sambutan walaupun tidak banyak pada peringkat awal ini. Beliau mengambil tempahan sehari lebih awal untuk memenuhi kehendak pelanggan. Selain nasi lemak, beliau menjual nasi bajet berharga RM5.

“Hasil perniagaan makanan tersebut mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung. Cuma kami perlukan peti sejuk untuk simpan barang masakan. Pada masa kini, saya hanya membeli barang dan memasak mengikut tempahan yang diterima.”

Beliau yang berketurunan Kadazan memilih Islam sebagai agamanya berpegang kepada ayat al-Quran, iaitu ALLAH tidak menguji hamba-Nya melebihi yang dia mampu.

ALLAH SWT berfirman: “ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286)

“Berdasarkan ayat al-Quran tersebut, saya berserah kepada ALLAH SWT sepenuhnya.
Apabila kita berserah kepada ALLAH sepenuhnya, insya-ALLAH kita dapat hadiah besar. Oleh saya perlu lebih bersabar, syukur, reda dan tawakal.

“Niat saya adalah berniaga sambil bersedekah. Ada masanya saya berinfak nasi lemak kepada rumah anak yatim. Anak sulung saya juga tertarik berniaga seperti saya. Saya bercadang beri pendedahan kepada anak untuk berniaga,” ujarnya.

Orang ramai ingin menghulurkan bantuan kepada Siti Zulaikha, boleh salurkan melalui akaun Maybank 154110281947.

Program Talian jiwa bertujuan untuk membantu golongan B40, M40 dan T20 yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Rancangan ulangan ini boleh diikuti di platform media sosial FB dan Youtube Soul Fitness Clinic.

Sumbangan tunai yang diberikan kepada pemanggil Talian Jiwa adalah melalui sumbangan daripada orang ramai yang berterusan menderma di Tabung Gerakan Al Quran yang diuar-uarkan melalui My #QuranTime di TV AlHijrah.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.