PELAJAR SMAP KAJANG RAIH ILMU PANDUAN KEJAYAAN MELALUI SOUL FITNESS FOR TEENS
|

PELAJAR SMAP KAJANG RAIH ILMU PANDUAN KEJAYAAN MELALUI SOUL FITNESS FOR TEENS

Oleh: FIKRATUL JAHRIYYAH ANUAR Norma baharu menuntut komitmen pelajar untuk mengadaptasi pelbagai kaedah pembelajaran baharu selaras dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa. Motivasi dan semangat belajar yang konsisten sangat diperlukan agar pelajar serta guru dapat meningkatkan kesan  pengajaran dan pemudahcaraan secara hibrid demi kecemerlangan masa pendidikan negara. Tanggal 14 Oktober 2021, TickTalk TV di bawah…

PELAJAR SMKA PUTRAJAYA SERONOK MELAKAR MINDA BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS
|

PELAJAR SMKA PUTRAJAYA SERONOK MELAKAR MINDA BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS

Oleh SITI SARAH AMBOK DALEK Tanggal 9 Oktober 2021, TickTalk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya menganjurkan Program Soul Fitness For Teens Edisi Khas bertajuk “Remaja Minda Sejahtera Melakar Impian Mencapai Kejayaan”. Program ini dilaksanakan bertujuan mengembalikan semula semangat dan membantu peserta dalam menguruskan cabaran emosi akibat…

SFC 2: DILEMA TUKANG JAHIT MUSIM COVID-19
|

SFC 2: DILEMA TUKANG JAHIT MUSIM COVID-19

“Hampir dua tahun, pendapatan saya semakin menurun hinggalah tiada lagi pendapatan atau keuntungan yang masuk. Semua duit simpanan yang ada habis buat bayar hutang dan perbelanjaan harian.” Demikian luahan tukang jahit, Sarimah Ismail, 56, ketika ditemu bual dalam program Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform utama Facebook Soul Fitness pada 28 Julai 2021. Setiap…

SFC 1: UJIAN WARGA EMAS JAGA ANAK ISTIMEWA
|

SFC 1: UJIAN WARGA EMAS JAGA ANAK ISTIMEWA

PANDEMIK Covid-19 yang sudah menular lebih setahun dalam negara, sememangnya memberi kesan kepada semua pihak terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ibu tunggal. Begitu juga, antara yang terkesan ialah Rokiah Othman, 72, dari Puchong Selangor. Beliau menjaga dan tinggal bersama 5 orang anak lelaki termasuk anak kurang upaya. Tiga daripada lima orang adalah anak kurang upaya…

PENGUKUHAN TAJWID JADI TERAPI WANITA DALAM HADAPI CABARAN KEHIDUPAN
|

PENGUKUHAN TAJWID JADI TERAPI WANITA DALAM HADAPI CABARAN KEHIDUPAN

Oleh: FIFFY NUR ADILA BINTI MOHAMED FEROZ Al-Quran adalah kitab panduan buat seluruh umat manusia yang mengandungi pelbagai solusi terhadap permasalahan hidup. Kalam ALLAH juga menjadi penyembuh kepada penyakit hati dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat. TickTalk TV mengambil inisiatif untuk mewujudkan platform untuk wanita berinteraksi dengan al-Quran melalui program Terapi al-Quran bermula 25 Julai 2021….

TALIAN JIWA EPISOD 7: BERNIAGA SELEPAS HILANG PEKERJAAN
|

TALIAN JIWA EPISOD 7: BERNIAGA SELEPAS HILANG PEKERJAAN

“LEBIH 25 tahun berkerja di sebuah syarikat insuran, saya diberhentikan kerja pada Januari 2021. Hilang sumber pendapatan lebih RM5 ribu ringgit sebulan. Namun saya perlu bangkit untuk memulakan fasa baru dengan berniaga.” Faizah Hussin, 47,  yang tiada ilmu perniagaan mengambil langkah berani dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pau di tepi jalan. Namun beliau…

SOUL FITNESS FOR YOUTH TERAPI SURAH AD-DHUHA
|

SOUL FITNESS FOR YOUTH TERAPI SURAH AD-DHUHA

MUHAMAD HALIM ZAINUDIN Yayasan Warisan Ummah Ikhlas melalui TickTalk TV berkerjasama dengan Persatuan Counselling & Career Services Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan program Soul Fitness For Youth secara online pada 8.30 malam, 5 Oktober 2021. Aktiviti yang bersiaran langsung di Facebook Counselling & Career Services Centre IIUM  sebagai platform utama, diadakan sempena program…

MPIK, SMAN BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS EDISI KHAS BINA SEMANGAT PELAJAR SPM
|

MPIK, SMAN BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS EDISI KHAS BINA SEMANGAT PELAJAR SPM

Oleh: NURUL AUNI NADHIRAH BINTI MOHD RASHIDI Sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sudah menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat Malaysia akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Bagaimanapun, sistem ini juga menjadi punca kelesuan para pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka di rumah. Tanggal 30 September 2021, TickTalk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah…

TALIAN JIWA 6: ANAK PENGUAT SEMANGAT TERUSKAN KEHIDUPAN
|

TALIAN JIWA 6: ANAK PENGUAT SEMANGAT TERUSKAN KEHIDUPAN

“Duit sumbangan yang saya terima terus digunakan untuk membeli keperluan anak seperti susu, lampin pakai buang dan pakaian. Selain itu, saya gunakan untuk bayar sewa bilik dan simpan sedikit untuk kecemasan. Demikian kata Nor Hadila Abu Hassan, 29, yang merupakan ibu kepada dua anak yang berusia 1 tahun 8 bulan dan 4 bulan. Beliau menjadi…

TALIAN JIWA EPISOD 2: BERTAHAN UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN WARGA KERJA PUSAT JAGAAN AL HAFIZ
|

TALIAN JIWA EPISOD 2: BERTAHAN UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN WARGA KERJA PUSAT JAGAAN AL HAFIZ

Tidak rela rebah dek penangan pandemik Covid-19, pemilik Pusat Jagaan Al-Hafiz, Junaidah Mat Amin dan suaminya, Burhanuddin Adnan terus bertahan dengan pelbagai cara untuk teruskan tiga pusat jagaan di Seksyen 24, Shah Alam. Sejak Mac 2021, ramai ibu bapa bekerja dari rumah dan tidak menghantar anak ke pusat jagaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan…