PELAJAR SMKA PUTRAJAYA SERONOK MELAKAR MINDA BERSAMA SOUL FITNESS FOR TEENS

Oleh SITI SARAH AMBOK DALEK

Tanggal 9 Oktober 2021, TickTalk TV dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya menganjurkan Program Soul Fitness For Teens Edisi Khas bertajuk “Remaja Minda Sejahtera Melakar Impian Mencapai Kejayaan”.

Program ini dilaksanakan bertujuan mengembalikan semula semangat dan membantu peserta dalam menguruskan cabaran emosi akibat norma pembelajaran dalam talian.

Seramai 179 pelajar tingkatan 1 dan 2 dari SMKA Putrajaya menyertai program ini secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM dan disiarkan secara langsung di Facebook TickTalk TV. Program ini telah berlangsung selama 3 jam, bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari.

Program Soul Fitness For Teens dikendalikan oleh moderator, Muhamad Halim Zainudin yang juga merupakan Qari dan Host TickTalk TV bersama dua tetamu jemputan bagi mengisi dua sesi berbeza.

Di sesi pertama, Perunding Motivasi Aura Imtiyaz, Ustazah Hanisah Afandi memberi panduan dan bimbingan dalam menguruskan emosi berpandukan Surah Al-Kahf. Selain itu, beliau berkongsi formula kejayaan dan ibrah daripada surah yang sama.

Sementara itu, Kaunselor Berdaftar, Dr Rafidah Kastawi dalam sesi kedua mengendalikan Terapi Seni atau dikenali sebagai “Terapi Nurani REST Seni Ekspresif”. Sesi tersebut memfokuskan aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Modul dan terapi yang diperkenalkan dalam sesi ini adalah untuk membantu peserta mengenali kaedah atau teknik untuk mengawal emosi negatif. Terapi ini juga menjurus kepada alternatif yang sihat, iaitu melalui melakukan aktiviti melukis dan mewarna dalam menguruskan emosi.

Peserta, Muhammad Adam Haris, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya berkongsi hasil seni dan menggambarkan emosi, impian dan harapan beliau.

“Saya memilih warna merah, biru, dan hijau bagi menggambarkan emosi saya. Merah adalah hobi saya, biru melambangkan tahap sosial dan warna hijau melambangkan ketenangan saya.

“Sesi ini membantu saya untuk menenangkan dan mengawal emosi saya. Dengan melakukan aktitiviti seni ini, saya seorang sahaja memahaminya.

“Saya telah menetapkan beberapa tugasan kebaikan yang perlu dilakukan ke hadapan bagi mencapai impian saya.”

Di penghujung program tersebut, para peserta dihidangkan dengan permainan dalam talian melalui aplikasi Kahoot bagi menceriakan lagi suasana.

Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SMKA Putrajaya, Suffian Abdul Karim dalam ucapannya berkata, pendekatan yang diperkenalkan dalam Soul Fitness For Teens amat bagu untuk diaplikasikan oleh peserta.

“Tajuk yang dibawa bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar sekolah. Ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan hala tuju yang lebih jelas dengan pendekatan yang menyeronokkan,” katanya.

Yang Dipertua PIBG SMKA Putrajaya, Prof Madya Dr Nur Azwadi Che Sidek telah merasmikan penutupan program yang julung kali diadakan ini. Beliau melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih kepada pihak penganjur atas kejayaan program ini.

“Program tersebut mampu merangsang minda peserta untuk menjadi lebih aktif terhadap emosi semasa yang dirasai. Semoga pengajaran dan motivasi dalam Surah Al-Kahf dan sesi Terapi Seni dapat membantu pelajar melihat potensi diri dan menempuh cabaran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR),” katanya.

Bagi pihak sekolah atau sebarang organisasi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut program Soul Fitness, sila layari Facebook dan Instagram TickTalk TV. Jika anda berminat untuk berkolaborasi dalam program Soul Fitness, sila hubungi Muhammad (+6011-11828208), http://wa.me/601111828208 dan Syafira (+6019-4241780), http://wa.me/60194241780.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.