SFC 9,10,11 :  BERDOA, KUATKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT

Oleh: SITI HAJAR HIDAYATI HAMID

“Cabaran semasa Covid-19 melanda ini sangat berat bagi saya dan keluarga. Pendapatan terjejas teruk sehingga tidak dapat menjelaskan bayaran rumah sewa, bil air dan elektrik.”

Demikian kata Asrul Rohimi Hamid dari Alor Setar, Kedah yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Beliau berkongsi kisah di program Soul Fitness Clinic, bersiaran di Digital Media Soul Fitness dan Sinar Harian pada 25 Ogos 2021.

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)pada Mac 2020, pendapatan beliau dan isteri yang mengusahakan perniagaan air balang di Pasar Malam Alor Setar sangat terjejas.

Kini, Asrul Rohimi mengambil upah dengan melaksanakan kerja kampung seperti memotong rumput dan menyembur racun, apabila perniagaannya tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Bapa tiga anak ini kemudian diuji apabila kanopi dan balang air rosak akibat ribut yang melanda di tapak perniagaan. Kini saya tiada modal untuk membeli perkakas untuk berniaga.

“Dengan berkongsi kisah dalam program Soul Fitness Clinic, saya berasa lapang  dapat meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Bagi saya, berdoa adalah cara untuk menguatkan hubungan dengan ALLAH terutama di situasi genting seperti ini”

Orang ramai boleh memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Asrul Rohimi ke akaun Bank Islam 02011020942713.

 

KELUARGA MENJADI SUMBER KEKUATAN DIRI

Berkerja bukan tetap menjadi cabaran bagi Rabiul Awal Arifin sebagai pemanggil  Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform digital Soul Fitness dan Sinar Harian pada 25 Ogos 2021.

Sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, beliau dari Kota Bharu, Kelantan bekerja di kedai perabot dan kedai makan. Semenjak PKP dilaksanakan, beliau diberhentikan kerja dan kini menjual makanan sejuk seperti beku karipap, sardin gulung, dan steambot.

“Saya pernah berniaga Laksa Penang, namun tergugat apabila penghantaran makanan tidak dapat dilakukan kerana tidak dibenarkan untuk rentas daerah. Suami saya yang turut diberhentikan kerja membantu perniagaan kecil-kecilan yang baru dijalankan.”

Walaupun apa pun ujian yang datang, kata Rabiul Awal, ia tidak melemahkan semangatnya. Kekuatan beliau adalah keluarganya. Beliau bersyukur kerana punya kawan yang baik dan sentiasa memberi semangat dan sokongan kepadanya untuk meneruskan perniagaan

Keluarga menjadi sumber kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan

“Impian saya ingin menunaikan haji dan umrah suatu hari nanti dengan izin Allah. Saya ingin membahagiakan orang yang disayangi dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu Rabiul Awal, boleh salurkan sumbangan ke akaun bank Maybank 153010786094 .

 

DIHALAU DARI RUMAH SEWA, TUMPANG TEDUH DI RUMAH AYAH

“Sebelum ini, suami saya bekerja sebagai nelayan. Kini beliau mengutip botol dan tin kosong untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.”

Demikian kata Intan Harnisyawati Musa dari Langkawi sebagai pemanggil Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform digital Soul Fitness pada 30 Ogos 2021.

“Pada masa sama, anak sulung saya yang berumur 3 tahun menderita penyakit kanser Talasemia. Saya tidak bekerja kerana perlu menjaga anak yang berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kerja nelayan mencari sumber laut tersekat akibat PKPD

“Keluarga kami terputus sumber pendapatan semenjak suami tidak dapat turun ke laut kerana kawasan tersebut dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Anak bongsu kami yang  berusia 1 tahun hanya minum susu pekat manis yang dibancuh kerana tidak mampu untuk membeli susu formula.

“Bayaran rumah tertunggak selama tiga bulan. Ini menyebabkan kami terpaksa menumpang di rumah ayah. Pengalaman hidup susah menyebabkan saya prihatin dengan golongan yang senasib dan ingin membantu mereka dengan apa yang termampu,” katanya.

Orang ramai yang membantu Intan Harnisyawati ke akaun Bank Hong Leong 37251030671

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.