Oleh: SITI HAJAR HIDAYATI HAMID
“Cabaran semasa Covid-19 melanda ini sangat berat bagi saya dan keluarga. Pendapatan terjejas teruk sehingga tidak dapat menjelaskan bayaran rumah sewa, bil air dan elektrik.”
Demikian kata Asrul Rohimi Hamid dari Alor Setar, Kedah yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Beliau berkongsi kisah di program Soul Fitness Clinic, bersiaran di Digital Media Soul Fitness dan Sinar Harian pada 25 Ogos 2021.
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)pada Mac 2020, pendapatan beliau dan isteri yang mengusahakan perniagaan air balang di Pasar Malam Alor Setar sangat terjejas.
Kini, Asrul Rohimi mengambil upah dengan melaksanakan kerja kampung seperti memotong rumput dan menyembur racun, apabila perniagaannya tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Bapa tiga anak ini kemudian diuji apabila kanopi dan balang air rosak akibat ribut yang melanda di tapak perniagaan. Kini saya tiada modal untuk membeli perkakas untuk berniaga.
“Dengan berkongsi kisah dalam program Soul Fitness Clinic, saya berasa lapang dapat meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Bagi saya, berdoa adalah cara untuk menguatkan hubungan dengan ALLAH terutama di situasi genting seperti ini”
Orang ramai boleh memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Asrul Rohimi ke akaun Bank Islam 02011020942713.
KELUARGA MENJADI SUMBER KEKUATAN DIRI
Berkerja bukan tetap menjadi cabaran bagi Rabiul Awal Arifin sebagai pemanggil Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform digital Soul Fitness dan Sinar Harian pada 25 Ogos 2021.
Sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, beliau dari Kota Bharu, Kelantan bekerja di kedai perabot dan kedai makan. Semenjak PKP dilaksanakan, beliau diberhentikan kerja dan kini menjual makanan sejuk seperti beku karipap, sardin gulung, dan steambot.
“Saya pernah berniaga Laksa Penang, namun tergugat apabila penghantaran makanan tidak dapat dilakukan kerana tidak dibenarkan untuk rentas daerah. Suami saya yang turut diberhentikan kerja membantu perniagaan kecil-kecilan yang baru dijalankan.”
Walaupun apa pun ujian yang datang, kata Rabiul Awal, ia tidak melemahkan semangatnya. Kekuatan beliau adalah keluarganya. Beliau bersyukur kerana punya kawan yang baik dan sentiasa memberi semangat dan sokongan kepadanya untuk meneruskan perniagaan

“Impian saya ingin menunaikan haji dan umrah suatu hari nanti dengan izin Allah. Saya ingin membahagiakan orang yang disayangi dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Sesiapa yang ingin membantu Rabiul Awal, boleh salurkan sumbangan ke akaun bank Maybank 153010786094 .
DIHALAU DARI RUMAH SEWA, TUMPANG TEDUH DI RUMAH AYAH
“Sebelum ini, suami saya bekerja sebagai nelayan. Kini beliau mengutip botol dan tin kosong untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.”
Demikian kata Intan Harnisyawati Musa dari Langkawi sebagai pemanggil Soul Fitness Clinic yang bersiaran di platform digital Soul Fitness pada 30 Ogos 2021.
“Pada masa sama, anak sulung saya yang berumur 3 tahun menderita penyakit kanser Talasemia. Saya tidak bekerja kerana perlu menjaga anak yang berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Keluarga kami terputus sumber pendapatan semenjak suami tidak dapat turun ke laut kerana kawasan tersebut dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Anak bongsu kami yang berusia 1 tahun hanya minum susu pekat manis yang dibancuh kerana tidak mampu untuk membeli susu formula.
“Bayaran rumah tertunggak selama tiga bulan. Ini menyebabkan kami terpaksa menumpang di rumah ayah. Pengalaman hidup susah menyebabkan saya prihatin dengan golongan yang senasib dan ingin membantu mereka dengan apa yang termampu,” katanya.
Orang ramai yang membantu Intan Harnisyawati ke akaun Bank Hong Leong 37251030671