Persatuan Kebajikan Raudhah Al Jannah (RJ) dengan kerjasama Rumah Ngaji @ RJ, Reverts Community Club (RCC) dan Surau Al-Azim menganjurkan Majlis Silaturrahim Mahabbah Bersama Saudara Baru RCC : Together we expend & Grow bagi menyantuni golongan mualaf di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu.
Setiausaha RJ, Rosminah Kamsi berkata, seramai 35 tetamu termasuk mualaf dari dalam dan luar negara di bawah RCC serta sepuloh pelajar antarabangsa bukan beragama Islam dari Monash University yang berminat dengan isu dan budaya Islam.
“Sesi suai kenal RJ dengan RCC berterusan dengan menyantuni mereka dalam mengenal al-Quran, tajwid, dan tadabbur melalui platform Rumah Ngaji @ RJ. Kelas secara online turut disediakan kepada saudara baru untuk memudahkan saudara belajar dari jarah jauh.

“Rumah Ngaji @ RJ turut menyediakan kelas mengaji kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Selain itu, sesiapa sahaja boleh belajar mengaji al-Quran di Rumah Ngaji Ummi World diPPR , Taman Keramat dan Rumah Ngaji Rj@Rumah Pengerusi
Pensyarah Usul Fiqh & Maqasid Syariah, Tamadun dan Pengetahuan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Hasnan Kasan memberi pengisian bertajuk “Silaturrahim Our Priority : Together we expand & Grow”. Ia diikuti dengan sesi soal jawab berkaitan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Faid Khalifah.
Pihak RCC mencadangkan untuk mengadakan kelas mengaji al-Quran di Petaling Jaya secara Online. Sementara ini, seramai 50 orang di bawah RCC mengaji secara online dengan dibantu oleh asatizah di platform Zoom. Ahli RCC antarabangsa berasal dari pelbagai negara termasuk German,Filipinah, Amerika, China, India, Belanda dan Jepun.
Rumah Ngaji @ RJ mencari 10 asatizah secara sukarela untuk membantu saudara baru mendekati al-Quran. Sehingga kini, hanya tiga tenaga pengajar jemputan dan berkebolehan bertadabbur, iaitu dua dari Kelantan dan seorang dari Selangor.
Sebelum itu, peserta mendengar ucapan daripada Pengerusi RCC, Zulkifli Dylan Tan dan Penasihat RJ Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof. Turut hadir Pengerusi Surau Al-Azim, Dr Ahmad Fauzi; Pengerusi Persatuan Kebajikan Raudah Al-Jannah, Puan Hajah Rapiaah Ali
Comments on Verse