RUMAH NGAJI AL JAUHARAH MARTABATKAN AL-QURAN DI MAJLIS KHATAM AL-QURAN KE-7

Rumah Ngaji Al-Jauharah (RNAJ) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Qiraat Imam ‘Asim Riwayat Syubah & Hafs Syatibiah Kali Ke-7 anjuran Rumah Ngaji bagi meraikan asatizah dan pelajar di Dewan Grand Inara, Sg Udang, Klang pada 26 November 2022.

Penggerak RNAJ, Ustazah Norizan Md Nata atau lebih dikenali Ustazah Ita berkata seramai 11 pelajar yang khatam al-Quran diraikan dengan dihadiri hampir 200 tetamu daripada para asatizah, ahli RNAJ, penggerak Rumah Ngaji dan keluarga.

“Menjadi hasrat saya untuk memartabatkan majlis al-Quran seperti taman syurga. Syukur kerana impian saya tercapai hari ini kerana penganjuran majlis ini seperti menyambut menantu.

“Program hari ini didanai oleh Tabung Kesalahan Membaca daripada kalangan peserta Rumah Ngaji dan Tabung Lambaian Kaabah. Tahun lepas, acara sedemikian dilakukan secara atas talian ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi pencegahan penularan Covid-19.

Kumpulan Marhaban Nurul Huda yang dipimpin oleh Aseriani Silong Ahmad (kanan).

“Pihak RNAJ turut menjemput penghuni orang kurang upaya (OKU) dari Bengkel Daya Klang (BDK). Ia bertujuan untuk menyantuni golongan tersebut dalam program al-Quran.”

Beliau menambah, majlis al-Quran dapat menyatukan semua golongan dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan mereka.

“Saya berharap kita semua terus beristiqamah dengan al-Quran dan Sunnah agar terus mendapat manfaat dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”

Dari kiri, Ustaz Ita, Syeikh Mustafa, Syeikh Mustafa, Datin Raja Hanaliza.

Majlis khatam tersebut dimulakan dengan alunan marhaban oleh Kumpulan Marhaban Nurul Huda yang dipimpin oleh ibunda Ustazah Ita, Aseriani Silong Ahmad. Ia diikuti dengan acara Tahnik bayi Umar ‘Aqib bin Amsyar Ahnaf yang berusia 58 hari yang dilakukan oleh Yang Dihormati Syeikh Mustafa Al-Cheikh Youssef AlHafiz, Pengasas SMSY Quranic Centre.

Syeikh Mustafa Al-Cheikh Youssef AlHafiz mentahnik bayi Umar ‘Aqib bin Amsyar Ahnaf yang berusia 58 hari.

Syeikh Mustafa yang merupakan pemegang Sanad 10 Qiraat mengetuai dengan Qasidah 10. Aktiviti seterusnya program #QuranHour yang mengangkat Surah Ar-Rahman sebagai surah pilihan. Bacaan surah tersebut dibawakan oleh qariah, Fatin Alwani dari Group Diamond dan Zafiera Nabila dari Group Amethyst yang merupa pelajar terbaik RNAJ bagi tahun 2021/2022.

Ringkasan huraian Surah Ar-Rahman disampaikan oleh adik Muhammad Soleh Rosli, penghuni kurang upaya BDK. Antara pengisiannya adalah mengajak kita mentauhidkan ALLAH dengan melihat ciptaan langit dan bumi; ganjaran syurga dan gambarannya; dan perlu mensyukuri segala nikmat ALLAH.

Dari kiri, Fatin Alwani, Zafiera Nabila dan Muhammad Soleh Rosli, memberi pengisian #QuranHour.

Kemuncak majlis khatam dengan menampilkan 11 pelajar yang telah khatam 30 juzuk  Qiraat Imam ‘Asim. Tenaga pengajar, Ustaz Nurzamir Zakaria, Guru Tajwid, Guru Al Quran & Qiraat dan Ustazah Ita berada di pentas yang sama untuk menyemak bacaan.

Tetamu diberi halwa telinga dengan alunan Qasidah Kalamunqodim oleh Kumpulan Marhaban Nurul Huda. Ia diikuti dengan sesi Tazkirah Ringkas oleh Ustaz Abdul Hadi Bakri  Abdullah yang bertajuk “Penghormatan Guru, Ilmu dan Tempat belajar dalam menuntut Ilmu Al-Quran”.

Menurut beliau, guru dan pelajar merupakan individu penting dalam proses pembelajaran.  Anak murid perlu ada inisiatif untuk mempelajari al-Quran dalam membina insan terbaik.

“Apa jua yang berkaitan dengan al-Quran, ALLAH memuliakannya. Contoh Malaikait Jibril sebagai Penghulu segala malaikat; Nabi Muhammad SAW, Penghulu segala nabi, dan Ramdan, Penghulu segala bulan.

Ustaz Abdul Hadi Bakri

“Mudah-mudah kita dimuliakan ALLAH SWT dengan mendekatkan diri kepada al-Quran. Belajar al-Quran mendapat empat nikmat iaitu doa malaikat, rahmat ALLAH SWT; hati yang tenang dan mukjizat al-Quran sebagai solusi kehidupan.”

Acara diteruskan dengan penyampaian sijil bersanad RH Qiraat Centre oleh Datin Raja Hanaliza Raja Ahmad Tajudin, Pengasas RH Qiraat Centre kepada 14 pelajar.

Datin Raja Hanaliza (tudung merah), Ustazah Ita bersama 14 pelajars selepas penyampaian sijil bersanad RHQC.

Sementara itu, seramai 9 sahabah RNAJ bakal mengerjakan ibadah umrah bersama Al-Mikayla Travel & Tours pada 24 Des 2022 sehingga 5 Jan 2023. Mereka menerima duit poket umrah dan cenderahati Lambaian Kaabah RNAJ pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Hj Zainuddin Abdul Rahim, Pengerusi, Pertubuhan Kebajikan Kasih Aishah.

Antara tetamu yang hadir, Al-Habib Dr Taher Muhammad AlAhdal, Ketua Ribat Ahlil Quran Yayasan Restu; Ustaz Ahmad Sabri Harun, Pengasas Pengajian As-Sobr; Dato’ Hj Mohammad Rahidin Sahar, CEO Al-Mikayla Travel & Tours Sdn Bhd bersama isteri, Datin Azlina Abdullah; Marawaty Abdul Haris, wakil Yayasan Warisan Ummah Ikhlas;  dan Khairul Faizal Hamzah dari Yayasan Adei Adzhar, Syarifah Yahya, Timbalan Pengurus BDK.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.