May 2022 Menjadi sejarah bagi semua Penggerak Rumah Ngaji Negeri yang akhirnya berjaya dikumpulkan serta bergabung dalam memberi idea di Cheringin Hills & Spa Resorts, Janda Baik, Pahang pada 27 hingga 29 Jun 2022 (Jumaat hingga Ahad) lalu. Setelah beberapa kali retreat ini ditangguhkan, akhirnya kami dapat berkumpul bersama penyelaras dan penggerak Rumah Ngaji Malaysia & WUIF yang disertai oleh 31 orang terdiri daripada Negeri Johor, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu.
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada penggerak rumah ngaji yang hadir pada kali ini:
RN Johor: Pn. Maznah bt Abas, Tn Hj Md Yusof bin Jamar, Pn. Roziah bt Kamal, Pn Wan Norashekin binti Wan Ismail dan Dr Norkhairolizah bt Hamzah
RN Pahang : En. Maseri Salleh dan En. Md Abdu Bin Sahak
RN Pulau Pinang : Tn. Hj. Mohd Taufek bin Hj Abd Rahman, Pn. Norijah bt Yahaya dan Pn. Zaiton @ Zariyah Abdullah
RN Negeri Sembilan : Pn. Maryamah, Pn. Gharizah Hashim dan Pn. Nadhrah Mohd Kassim
RN Melaka : Pn. Rohana bt Sulaiman
RN Kelantan : Datin Hajah Norhani bt Affandi, Hajah Aziah bt Zawawi dan Raja Mazlan bin Raja Muda
RN Kuala Terengganu : En. M Al-Azahary, Ustaz Amir Syakirin dan Ustaz Mahmud Jamaluddin
Pelbagai isu dan masalah yang berjaya dikupas dan dirancang bagi memastikan setiap penggerak Rumah Ngaji yang hadir berjiwa dan berminda Al-Quran. Kepentingan dan keunggulan Al-Quran serta perlaksanaan dari segi amalan dan juga karakter setiap penggerak Rumah Ngaji harus dibina utuh, disemat dalam hati dalam mencari keredaan Allah SWT. Setiap bengkel dan aktiviti yang disediakan semuanya berpandukan surah-surah yang terpilih dan juga memberi makna disebalik setiap pemberian hadiah yang telah diterima.
Gambar kenang-kenangan bagi semua peserta Retreat Rumah Ngaji Malaysia May 2022, seusai selesai bengkel yang terakhir.
Kupasan lanjut boleh dibaca di link yang diberikan : https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/berita-semasa/rumah-ngaji-malaysia-bina-legasi-perjuangan-al-quran-di-seluruh-negara/
Muslimin dijemput menyertai Rumah Ngaji sebagai peserta dan penggerak. Layari https://quranhour.org/rumahngaji/ untuk info.
Comments on Verse