R&D WUIF TONGGAK PEMBANGUNAN KONTEN PELBAGAI PROGRAM #QURANHOUR

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menitikberatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membangunkan pelbagai modul dan produk berasaskan kajian al-Quran dan Sunnah. Ia sangat kritikal bagi mengkaji dan menghidangkan mesej kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Penyelidiknya, Fazrul Ismail berkata, keistimewaan Unit R&D WUIF adalah menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ilmu tertinggi. Pada masa sama, kita menggabungkan dengan pelbagai ilmu di bumi dengan kerjasama para asatizah, pakar kajian dari universiti, kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

Fazrul memberi taklimat dan pandangan kepada team R &D WUIF.

“Kita menggunakan pendekatan kerangka Heaven To Earth (HTE) di mana kita mengkaji sesuatu sumber daripada al-Quran dan Sunnah dengan merujuk pelbagai tafsir. Seterusnya kita keluarkan ilmu, nilai dan inovasi daripada setiap ayat yang dikaji.

“My #Qurantime adalah antara program harian yang berjaya menambat hati orang ramai selain program #QuranHour dibuat di peringkat negara dan antarabangsa.

“Bahagian R&D sentiasa berusaha dalam memantapkan kajian dan pelbagai program yang sedia ada, selain membangunkan kepada Akademi My #QuranTime, membekalkan konten, dan bekerjasama dengan penggerak Rumah Ngaji dan organisasi yang menjalankan kempen #QuranHour.”

Tambah beliau, platform media sosial amat penting berdasarkan pengalaman kita dalam membuat pemasaran dan promosi di internet. Kini, seramai 95 peratus rakyat Malaysia yang boleh mengakses maklumat daripada telefon pintar.

Quranic Valley atau dinamakan Akademi My #QuranTime mensasarkan untuk membina lebih ramai pengkaji, mengumpulkan pakar al-Quran dan Sunnah, menghasilkan inovasi dalam bentuk media dan produk untuk kajian sosial, melonjakkan lagi komitmen masyarakat dengan al-Quran, dan membina kejayaan ummah.

Tabung Gerakan al-Quran adalah amat penting untuk mendanai usaha tenaga kerja dan kajian tersebut yang boleh digunakan ke lapangan dalam pelbagai bentuk program secara online dan offline.

Sehingga kini, Unit R&D membuat kajian untuk My #QuranTime 1.0 dan 2.0, serta menghasilkan buku Nota My #QuranTime Juzuk ke 17 dengan kerjasama Karya Bestari. Beliau berharap lebih banyak inovasi modul produk berasaskan al-Quran dan Sunnah pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Unit R&D WUIF, Ustaz Safri Muhammad Zein berkata seramai tujuh penyelidik mengkaji al-Quran dan Sunnah, sesuai dengan tajuk dan tema yang diperlukan bagi setiap program di bawah WUIF.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi hala tuju kempen #QuranTime bersama team R&D, Produksi, Grafik dan Media Sosial.

“Cabaran sebagai penyelidik adalah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang al-Quran dan lebih 90 peratus kitab rujukan dalam bahasa Arab. Cabaran berikutnya adalah masa yang terhad untuk mencapai sesuatu matlamat yang diperlukan.

“WUIF mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kalangan asatizah dari Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di samping pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Nooh Gadut.”

Tambah beliau, pihak R&D bakal menghasilkan kitab yang dikaji iaitu Khazanah, dan Mu’jam My #QuranTime. Mu’jam dalam bentuk kamus yang menghimpunkan 604 perkataan al-Quran, terjemahan dan sedikit tadabbur berdasarkan program My #QuranTime 1.0.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu diminta untuk memberi ruang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya ALLAH melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalangan kamu. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah, 11)

Ayat al-Quran tersebut menjadi motivasi bagi kumpulan penyelidik di WUIF dalam menambahkan ilmu pengetahuan. Tugas mengkaji Kalam ALLAH perlu dilakukan dengan keikhlasan kepada ALLAH SWT.

Ustaz Safri berkata, dana Tabung Gerakan al-Quran melalui sumbangan orang ramai mampu memperkasakan Unit R&D dan menjayakan pelbagai program WUIF. Kita dalam sesuatu pekerjaan perlu ada dana. Dalam al-Quran menyebut mengenai infak. Infak membantu orang yang memerlukan agar dapat menunaikan sesuatu perbuatan yang baik.

Ustaz Safri Muhammad Zein, Ketua Unit R&D, WUIF

 

“Dana juga diperlukan bagi menyediakan kitab-kitab secara fizikal. Dari segi keduniaan, kita perlukan kewangan. Tetapi ALLAH pasti tidak melupakan hamba-hamba yang sentiasa berada di jalan-Nya.

“Kita sangat mengalu-alukan bagi umat Islam dalam memberi sokongan agar kami dapat melaksanakan sesuai dengan tuntutan oleh ALLAH SWT sebagai pengkaji al-Quran. Mudah-mudahan ALLAH memberi hidayah-Nya,” katanya.

Penyelidik WUIF ialah Marina Shahira Mohd Yusoff, Muhammad Iqbal Mohd Rosdi, Muhammad Nazmi ‘Azim Ishak, Nurul Akmal Ghazali, Siti Hajar Hidayati Hamid, Lutfil Hadi Rosmanirzam, dan Mohamad Haizan Mohd Rozi.

Selain itu mereka turut menjalankan program masing-masing seperti My #Qurantime, My #HadithTime, Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH), Wacana Al-Quran, Soul Fitness, TickTalk TV, Akademi My#Qurantime, Majlis Ibu dan Majlis Ayah.

Tabung Gerakan Al-Quran membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah dalam membina Khazanah untuk Ummah melalui pengkajian al-Quran. Ini termasuk buku, wacana ilmiah, pengukuhan isi kandungan al-Quran di saluran media, TV dan digital, bina ekosistem Islam, pemberdayaan Sahabah Al-Quran dan pelaksanaan kempen #QuranHour.

Sumbangan Tabung Gerakan al-Quran boleh disalurkan kepada Warisan Ummah Ikhlas Foundation di akaun Maybank: 5642 7653 8528, dengan rujukan Tabung Quran.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.