RAHMATAN LIL ALAMIN KEMBALIKAN KEHARMONIAN DUNIA

YAYASAN Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kini giat menjalankan kempen Uninstall Hatred, Reboot Malaysia & Global Politeness bagi World #QuranHour pada 20 Ramadan 1441H dan Malaysia #Quran Hour pada 30 Ogos 2020 dengan membawa Misi Ar-Rahmah pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, kempen tersebut bertujuan membuang kebencian dan mengembalikan semula keharmonian dalam diri, keluarga, komuniti negara dan dunia.

 

Tema #QuranHour tahun ini membawa Surah Ar-Rahman dan Surah Al-Kahf ayat 10 yang menunjukkan nilai kesantunan termasuk sifat lemah lembut, berbuat baik, belas kasihan dan berhemah.

“Keadaan masyarakat hari ini sangat mencabar sehingga hilang kepercayaan antara satu sama lain. Kita ingin mengQurankan bangsa, mengikhlaskan ummah dengan berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

“#QuranHour tahun ini membawa Misi Ar-Rahman dengan bertadabbur Surah Ar-Rahman dan Surah Al-Kahf ayat 19. Apabila kita bercakap mengenai al-Quran, ia tidak terlepas dengan merujuk kepada hadis”.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sebarkan salam di antara kalian, saling memberi makan, sambung silaturrahim dan solat tahajud di malam hari ketika manusia tidur, kalian semua akan masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Marhaini berkongsi misi kempen Uninstall Hatred, Reboot Malaysia & Global Harmony kepada Dekan Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shukran Abdul Rahman dan Timbalan Dekannya, Prof Madya Haslina Ibrahim merangkap pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM di pejabat Dekan IRKHS, UIAM pada 19 Disember 2019.

Pertemuan tersebut turut membawa harapan pihak WUI untuk bekerjasama dengan UIAM sebagai pusat ilmu bagi melahirkan golongan pentadabbur. Mereka akan mendekati masyarakat untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Shukran yang juga pensyarah di Jabatan Psikologi menyambut baik kempen Uninstall Hatred, Reboot Harmony dan kerjasama tersebut. Beliau turut memperkenalkan buku Rahmatan Lil Alamin: Dalam Konteks Masyarakat Kontemporari yang telah dilancarkan, pada 18 September 2019.

Inisiatif tersebut penting untuk memberi pemahaman mengenai keperluan mengamalkan sifat Rahmah sesama kita yang berbilang budaya, agama dan latar belakang. Ini juga selari dengan tema #QuranHour bertajuk “Dunia berbudi dan penyayang” dalam membina potensi diri yang berlandaskan sistem operasi dan kerangka fikir al-Quran.

Dari kiri Marhaini, Shukran dan Haslina bersama buku Rahmatan Lil ‘Alamin dalam Konteks Masyarakat Kontemporari.

Beliau berkata, dunia perlu didiami oleh manusia yang mempunyai perasaan dan hubungan muhibbah. Sifat ini penting untuk mewujudkan keharmonian di dalam masyarakat dan merapatkan perpaduan sesama individu.

“Islam membawa misi kesejahteraan untuk sekalian alam, dan mementingkan hubungan harmoni sesama manusia dan segala kejadian yang ada. Islam adalah suatu cara hidup yang mengandungi nilai dan panduan hidup yang merupakan satu rahmat kepada manusia.

“Ajaran Islam menekankan aspek kerohanian, aqidah, akhlak dan perundangan yang saling berkait, melengkapi dan seimbang. Ia menuntut manusia supaya membina hubungan positif dengan Pencipta dan segala kejadian ALLAH. Ini menjadi komponen penting dalam konsep Rahmatan lil Alamin.

“Konsep ini bertunjangkan amalan kasih sayang, perlakuan yang menghasilkan kebajikan, penyebaran manfaat untuk semua, termasuk pencegahan keganasan dan kebencian sesama manusia atau bersikap mesra dengan alam serta segala kejadian lain di atas muka bumi ini.”

Tambah beliau, Islam sebagai anugerah yang perlu disampaikan kepada semua makhluk di atas muka bumi ini. Untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berpegang dengan nilai Rahmatan lil ‘Alamin dan melakukan amalan yang bersandar kepada nilai tersebut, pendekatan tertentu perlu diambil untuk membina kefahaman, penghayatan, dan amalan konsep tersebut, seterusnya melahirkan masyarakat harmoni dan sejahtera.

Beliau tidak menafikan tersebut pelbagai salah faham dan tafsiran yang menyimpang tentang konsep Rahmatan lil Alamin ini. Oleh itu, UIAM dengan kerjasama MAIWP telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Rahmatan lil Alamin pada 19 September 2019, selain pelancaran buku Rahmatan Lil Alamin dalam Konteks Masyarakat Kontemporari.

Buku Rahmatan Lil Alamin dalam Kontek Masyarakat Kontemporari merupakan projek penulisan sekumpulan penulis yang terdiri daripada kalangan ahli akademik dari UIAM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Profesional Baitulmal, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.