QURAN CORNER DI MAAHAD TAHFIZ MANDARIN, PULAU KETAM

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) meneruskan usaha menyampaikan amanah para pewakaf dan penginfak al-Quran dengan menyampaikan set al-Quran Wakaf untuk Ummah kepada Maahad Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam pada 29 Jun 2022.

Wakil WUIF, Hashim Anang menyampaikan sumbangan tersebut kepada Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Mandarin, Ustaz Najahul Imam Haji Muhib di Balai Islam, Pulau Ketam.

Delegasi kariah Surau Al-Ikhlas, Bandar Baru Sg Buloh, team Yayasan Warisan Ummah Ikhlas /Kumpulan Karangkraf dan pelajar dari Maahad Tahfiz Mandarin Pulau Ketam menunjukkan sokongan program Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijah 1443H bersamaan 9 Julai 2022.

 

Turut sama delegasi kariah dari Surah Al-Ikhlas, Bandar Baru Sg Buloh yang diketuai oleh Encik Noordin Kimi, Ustaz Suhairi Jairi, Imam Masjid Jamek, Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam, sebagai pentadabbur untuk pengisian lawatan tersebut dan Penolong Pengurus WUIF, Rozalina Mohamad.

Menurut Ustaz Najahul Imam, seramai 45 pelajar tahfiz termasuk 9 pelajar perempuan mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz Mandarin. Pakaian pelajar lelaki dengan seluar dan baju T agar lebih dekat dengan penduduk tempatan yang majoritinya berbangsa Cina.

Hashim (tiga, kiri) memberi ucapan pengenalan kepada pelajar Maahad Tahfiz Mandarin di Balai Islam, Pulau Ketam.

“Pelajar kami memberi pendekatan dakwah bil hal dengan menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik. Mereka boleh bergaul dalam bahasa Mandarin dengan masyarakat di situ.

“Keluasan Pulau Ketam lebih besar daripada pulau Singapura. Kini seramai 5 ribu penduduk yang tinggal di sini, dan kebanyakan terdiri daripada generasi ketiga.

“Maahad Tahfiz Mandarin ditubuhkan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim atau dikenali Ustaz Mad Cina pada 2017. Kini kita mempunyai 30 penghafaz al-Quran lepasan maahad di sini,” katanya.

Sebahagian pelajar dan delegasi yang hadir pada sesi pertemuan di Balai Islam.

Encik Noordin bersama delegasi turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz. Dengan adanya Maahad Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam, ia menjadi tumpuan untuk membawa syiar Islam.

Sementara itu, Ustaz Suhairi dalam perkongsian ilmu berkata, ucapan Subhanallah apabila melihat keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan ke Pulau Ketam. Bertambah bersyukur apabila kita dipilih menjadi Muslim. Beriman kepada ALLAH merupakan nikmat besar yang perlu dijaga.

Dari kiri: Ustaz Suhairi dan Ustaz Najahul Imam dalam sesi perkongsian ilmu. 

“Kita perlu melakukan dakwah bil hal untuk memberi contoh terbaik kepada masyarakat bukan Islam. Sebenarnya bukan mudah bagi orang yang baru memeluk Islam untuk diterima oleh keluarga mereka. Ada yang kena dibuang dan dipulaukan keluarga.

“Melalui tadabbur Surah Al-Kautsar, ia merupakan berita gembira kepada Rasulullah SAW. Surah tersebut diturunkan ketika Baginda SAW berduka akibat cercaan orang kafir Quraisy atas kematian anak lelakinya yang dikaitkan dengan terputus keturunan. Nama Muhammad paling banyak digunakan di seluruh dunia untuk diberikan kepada nama anak sehingga hari ini.

“ALLAH SWT menjanjikan nikmat Telaga Kautsar kepada Rasulullah SAW dan umatnya yang bertakwa di hari akhirat. Sesiapa meminum air dari telaga tersebut, tidak akan rasa dahaga.

“Kita perlu dirikan solat tanda kesyukuran. Semakin bersyukur, semakin ditambah nikmat oleh ALLAH SWT. Selain itu, kita perlu melakukan korban haiwan sebagai tanda syukur dan mendekati diri kepada ALLAH SWT.

“Dalam melaksanakan ibadah korban, kita perlu berhati-hati agar tidak timbul niat di hati untuk menunjuk-nunjuk atau berlumba-lumba bilangan korban paling banyak.   Semoga ALLAH memberi keberkatan hidup kepada kita semua,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Maahad Tahfiz Mandarin, boleh salurkan kepada Akademi Islam Tahfiz Mandarin @ AITM Resources melalui akaun Maybank 5624 7816 3674.

Untuk menyumbang ke Tabung Gerakan Al-Quran, boleh masukkan ke akaun Maybank Islamic  Nombor Akaun 5642 7653 8528 atas nama Warisan Ummah Ikhlas Foundation.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.