Taklimat pagi @ Morning Briefing Edisi Khas : Minda Pejuang

MB EDISI KHAS

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui Visinya Legasi Ummah Berakhlak Al-Quran dan Misi Interaksi Dengan Al-Quran Secara Total Melalui Baca, Faham & Amal. WUIF sedaya upaya menyediakan program-program yang memberi solusi melalui Al- Quran (Kalam Allah) yang jelas memberi penyelesaian dalam hidup masyarakat dunia. Tidak perlu mencari kaedah atau formula barat melainkan mendalami Al- Quran dengan Baca, Faham dan Amal.

Salah satu program dibawah anjuran WUIF ini adalah Taklimat pagi @ Morning Briefing Edisi Khas: Minda Pejuang yang dijalankan secara langsung setiap hari Selasa, di setiap hujung bulan ini menampilkan panel-panel jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing yang menyampaikan serta berkongsi pengalaman dengan mengaitkan surah-surah di dalam Al-Quran. Program ini juga merupakan salah satu medium bagi memahami dan mendalami ayat-ayat dan juga pesanan serta peringatan yang diberikan di dalam pengajaran dan juga kelas-kelas bacaan Al-Quran yang telah dibuka oleh semua Penggerak Rumah Ngaji secara percuma di seluruh negara.  Oleh itu ianya terbuka untuk semua Penggerak Rumah Ngaji Malaysia, kakitangan WUIF, Kumpulan Media Karangkraf dan juga boleh disertai oleh orang awam. Tahniah kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa mengikuti program ini bersama-sama dalam MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah dalam membentuk masyarakat yang berbudi dan penyayang. 

Berikut disenaraikan link video yang telah dipaparkan secara live di FB Quran Hour, moga ianya memberi manfaat kepada anda semua yang mahu mengamalkannya segala tips dan juga solusi yang telah diberikan.

Morning Briefing Edisi Khas

MB 1 : https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/225843329597353

MB 2: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/398668215241824

MB 3: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/4834658633264203

MB 4: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/3179042375755070

MB 5: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/735545810752869

MB 6: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/715936226238636

MB 7: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/1615211938859795

MB 8: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/769347697346554

MB 9 : https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/1366981167157136

Semoga program seperti ini dan banyak lagi program WUIF mendapat sokongan dari masyarakat Malaysia dan akhirnya terus ke arah mengajak masyarakat dunia bersujud. Tema Surah pada tahun ini iaitu Surah Al Sajdah, yang mana WUIF ingin mengajak masyarakat mengamalkan salah satu sunnah Nabi ini dengan membaca surah ini sebelum tidur. Kempen yang dibawakan khas bagi mengerakkan kempen utama Berinteraksi Melalui Al-Quran iaitu World#QuranHour, Malaysia#QuranHour dan World#QuranConvention bagi tahun 2022. WUIF bersiap siaga meneruskan amanah mencari gali ayat-ayat Al-Quran dengan mencari solusi melalui Al-Quran (Kalam Allah) kerana WUIF yakin tiada lain yang dapat mengatasi “Mukjizat” yang diberikan Allah SWT ini. Moga usaha yang dijalankan oleh semua Penggerak Rumah Ngaji dan juga WUIF ini diberkati dan diredai Allah SWT.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ngaji, sila layari https://quranhour.org/rumahngaji/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.