Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui Visinya Legasi Ummah Berakhlak Al-Quran dan Misi Interaksi Dengan Al-Quran Secara Total Melalui Baca, Faham & Amal. WUIF sedaya upaya menyediakan program-program yang memberi solusi melalui Al- Quran (Kalam Allah) yang jelas memberi penyelesaian dalam hidup masyarakat dunia. Tidak perlu mencari kaedah atau formula barat melainkan mendalami Al- Quran dengan Baca, Faham dan Amal.
Salah satu program dibawah anjuran WUIF ini adalah Taklimat pagi @ Morning Briefing Edisi Khas: Minda Pejuang yang dijalankan secara langsung setiap hari Selasa, di setiap hujung bulan ini menampilkan panel-panel jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing yang menyampaikan serta berkongsi pengalaman dengan mengaitkan surah-surah di dalam Al-Quran. Program ini juga merupakan salah satu medium bagi memahami dan mendalami ayat-ayat dan juga pesanan serta peringatan yang diberikan di dalam pengajaran dan juga kelas-kelas bacaan Al-Quran yang telah dibuka oleh semua Penggerak Rumah Ngaji secara percuma di seluruh negara. Oleh itu ianya terbuka untuk semua Penggerak Rumah Ngaji Malaysia, kakitangan WUIF, Kumpulan Media Karangkraf dan juga boleh disertai oleh orang awam. Tahniah kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa mengikuti program ini bersama-sama dalam MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah dalam membentuk masyarakat yang berbudi dan penyayang.
Berikut disenaraikan link video yang telah dipaparkan secara live di FB Quran Hour, moga ianya memberi manfaat kepada anda semua yang mahu mengamalkannya segala tips dan juga solusi yang telah diberikan.
MB 1 : https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/225843329597353
MB 2: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/398668215241824
MB 3: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/4834658633264203
MB 4: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/3179042375755070
MB 5: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/735545810752869
MB 6: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/715936226238636
MB 7: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/1615211938859795
MB 8: https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/769347697346554
MB 9 : https://www.facebook.com/RumahNgajiOfficial/videos/1366981167157136
Semoga program seperti ini dan banyak lagi program WUIF mendapat sokongan dari masyarakat Malaysia dan akhirnya terus ke arah mengajak masyarakat dunia bersujud. Tema Surah pada tahun ini iaitu Surah Al Sajdah, yang mana WUIF ingin mengajak masyarakat mengamalkan salah satu sunnah Nabi ini dengan membaca surah ini sebelum tidur. Kempen yang dibawakan khas bagi mengerakkan kempen utama Berinteraksi Melalui Al-Quran iaitu World#QuranHour, Malaysia#QuranHour dan World#QuranConvention bagi tahun 2022. WUIF bersiap siaga meneruskan amanah mencari gali ayat-ayat Al-Quran dengan mencari solusi melalui Al-Quran (Kalam Allah) kerana WUIF yakin tiada lain yang dapat mengatasi “Mukjizat” yang diberikan Allah SWT ini. Moga usaha yang dijalankan oleh semua Penggerak Rumah Ngaji dan juga WUIF ini diberkati dan diredai Allah SWT.
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ngaji, sila layari https://quranhour.org/rumahngaji/
Comments on Verse