KISAH MYQT0013
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020, saya sebagai isteri dan ibu tidak berpisah dengan dapur. Semua ahli keluarga berkumpul menyebabkan saya perlu selalu ke dapur untuk sediakan makanan.
Namun, program Malaysia #QuranTime sehinggalah My #QuranTime membuatkan saya jatuh cinta untuk menghadap TV. Program tadabbur al-Quran di TV AlHijrah membuatkan saya tertarik dengan bacaan al-Quran oleh para qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Saya juga dapat memahami isi kandungan al-Quran melalui sesi tadabbur bersama Ustaz Fazrul Ismail.
Disebabkan program #QuranTime bermula jam 12 tengah hari setiap hari, saya perlu memasak lebih awal. Jadi saya boleh tumpukan menonton My #QuranTime dalam masa sejam setiap hari. Saya dapat belajar mengaji serta tajwid. Saya juga mempelajari perkataan bahasa Arab daripada ayat al-Quran.
Saya sudah berpesan kepada adik-beradik saya jangan telefon pada waktu tersebut, melainkan jika ada perkara penting. Saya juga sebarkan info My #QuranTime melalui WhatsApp kepada mereka serta jemaah masjid untuk ikuti program yang sangat bermanfaat tersebut.
Alhamdulillah, saya berpeluang untuk mengikuti pengajian al-Quran dan tadabbur di rumah di waktu sepanjang PKP. Saya sediakan buku nota untuk mencatatkan tarikh, surah dan ayat al-Quran, sinopsis dan resolusi di setiap kali My # QuranTime bersiaran.
Melalui My #QuranTime, saya juga tertarik untuk memberi sumbangan wakaf al-Quran untuk mengajak lebih ramai mendekati al-Quran, kerana ALLAH Taala.
Doakan saya semoga terus konsisten untuk menimba ilmu al-Quran dan menambahkan pahala dalam amal ibadah saya.
Daripada
Puan Zue
Gombak
—————————————————————————————————————–
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sah[email protected] dan WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah