MALAYSIA #QURANHOUR 30 OGOS 2021 : “3 MOTIVASI DARI SURAH AL-MULK & 7 FORMULA KEJAYAAN AKHIR ZAMAN DARI SURAH AL-MUSABBIHAT”

ALLAH SWT berfirman: “ Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Terjemahan Surah Al-Mulk, 67:2)

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas melangkah ke tahun ke-7 dalam penganjuran Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2021 bersamaan 22 Muharam 1443H. Ia diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke 64 pada 31 Ogos 2021 nanti.

Penganjuran Malaysia #QuranHour merupakan sebuah kempen “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah” dengan mengajak rakyat Malaysia yang berada di dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan al Quran melalui Baca, Faham dan Amal sebagai kerangka fikir bangsa yang merdeka.

Pada tahun ini, Surah Al-Mulk berserta 7 Surah Al-Musabbihat dipilih sebagai formula kejayaan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni, progresif dan utuh berdasarkan prinsip yang diformulasi daripada al-Quran. Panduan al-Quran dirujuk agar keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan memaknai jiwa merdeka yang sebenar serta berusaha membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, saling bertolak ansur dan bebas dari gejala negatif yang mampu menggugat ketenteraman negara.

Surah Al-Mulk dilihat dapat memberi 3 motivasi terbaik dalam pembentukan negara yang dirahmati dan diberkati sekaligus menjadi asas kepada formula pembentukan Malaysia Berbudi & Penyayang melalui 7 Surah Al-Musabbihat. 3 motivasi dari surah Al-Mulk (67:1-3) : Keberkatan, Ingat Mati & Ahsanu ‘Amala; merupakan satu motivasi terbaik yang perlu dihayati bersama.

Dalam membentuk negara yang berbudi dan penyayang, keberkatan dalam aspek kehidupan rakyat Malaysia amat  dititikberatkan. Motivasi sentiasa mengingati kematian akan membuatkan seluruh rakyat Malaysia sentiasa akan melakukan yang terbaik tidak kira masa sekaligus akan menjana ekonomi serta persekitaran yang baik untuk semua rakyat Malaysia.

Motivasi ketiga iaitu Ahsanu ‘Amala atau sentiasa berbuat kebaikan ini sebenarnya mampu memupuk kasih saying, budaya memaafkan dan perasaan menghormati sesama sendiri di kalangan rakyat Malaysia. Terdapat 7 surah di dalam al-Quran yang di mulai dengan suruhan bertasbih atau memuji Allah SWT.

Jika di perhatikan dan ditadabbur, jelas ayat-ayat ini mempunyai satu formula yang baik untuk kita ambil sebagai satu formula untuk membentuk negara Malaysia yang harmoni dan diberkati. Menariknya, surah Al-Musabbihat yang terakhir iaitu Surah Al-A’la (87:1-19) menyimpulkan bahawa untuk mewujudkan Malaysia yang diberkati dan kunci untuk menyelesaikan setiap masalah adalah dengan membina karakter diri dan peribadi melalui perbanyakkan zikir dan memperbaiki solat sebagai solusi pelbagai cabaran dalam saat ini.

Terdapat tiga program yang diadakan untuk orang ramai agar dapat memahami surah Al-Mulk dan 7 surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan iaitu program Lockdown : Hidupkan Mihrab di Rumah (HMDR), World #QuranHour (WQH) dan Malaysia #QuranHour (MQH).

Usaha ini diharapkan dapat membawa masyarakat agar menjadikan al-Quran dan nilai yang diperolehi daripadanya sebagai solusi dan cara hidup seterusnya menjadi teras kepada kesepaduan ummah di Malaysia secara khususnya dan di seluruh dunia secara umumnya.

Kemerdekaan yang dikemudi berpandukan nilai dengan petunjuk dari al-Quran akan berupaya memperkasa dan menggilap potensi setiap individu dalam masyarakat yang akhirnya, akan mewujudkan sebuah Negara yang Berbudi dan Penyayang, InshaAllah.

Malaysia #QuranHour kali ini menyaksikan TV al-Hijrah sebagai media rasmi bersama rakan-rakan sinergi yang lain terdiri daripada media elektronik, media cetak, media digital, selebriti, badan kerajaan dan bukan kerajaan, sektor korporat, institusi pengajian, organisasi dan individu bersolidariti bersama al Quran tanpa mengira status politik, ekonomi dan sosial.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang merupakan pelopor kepada gerakkan #QuranHour juga dalam usaha menggerakkan QuranicValley atau Lembah Al-Quran sebagai matlamat jangka panjang menuju 1500H di mana pelbagai program Baca, Faham & Amal al-Quran telah disusunbagi membentuk generasi yang berpegang teguh, berfikir dan berakhlak al-Quran.

Semua program QuranicValley dibangunkan daripada hasil Tabung Gerakan Al-Quran dan Wakaf Al-Quran. Pelbagai program disusun dan diterbitkan di bawah Quranic Valley untuk di sampaikan kepada semua lapisan masyarakat. Antara program di bawah QuranicValley adalah My #Qurantime, My #HadithTime, Wacana al-Quran, Talian Jiwa, Soul Fitness, Tick Talk TV Premiere (Malaysia) dan Tick Talk International, Moms’ Coffee Talk, Mengopi Bersama Ayah, Majlis Ayah, Jom Mengaji Sebelum Tidur, Lockdown: Hidukan Mihrab di Rumah dan beberapa program lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pelbagai inisiatif ini adalah bertujuan untuk Islah (perubahan) diri dengan berpandukan ilmu al-Quran hingga terbentuk sikap dan tingkahlaku yang mulia hingga mewujudkan karakter bersama (kumpulan) selari dengan al-Quran dan as-Sunnah.

ALLAH SWT berfirman: “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada ALLAH jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.” (Surah Hud ayat 88 (QS 11:88)

INFO: YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS

Bermula 2013, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menjalankan inisiatif untuk menjadikan al-Quran sebagai manual kehidupan.

WUIF memberi pendekatan melalui:

  1. Rumah Ngaji sebagai pusat pembelajaran al-Quran secara percuma
  2. Kempen #QuranHour (World #QuranHour, Malaysia #QuranHour,Haramain #QuranHour, My Family #QuranHour)
  3. Sahabah al-Quran iaitu individu,keluarga atau organisasi sebagai ejen perubahan bersama visi membangun legasi akhlak al -Quran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/WorldQuranHour/. 

Daftar penyertaan Malaysia #QuranHour di : http://bit.ly/MQH1443H

Bahan-bahan hebahan boleh dapatkan di : https://bit.ly/PROMOMQH2021

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.