MAKA NIKMAT TUHAN YANG MANA KAMU DUSTAKAN?

KISAH MYQT0014

Setiap orang mempunyai impian yang belum terlaksana. Impian saya ialah untuk belajar mentadabbur Al Quran, tetapi saya selalu memikirkan untuk melakukannya selepas saya bersara. Dari zaman universiti lagi saya memang sentiasa membaca al-Quran tetapi tidak belajar mendalami isi al-Quran itu, hanya sekadar membaca terjemahan.

Dulu, saya selalu fikir jika mahu pergi ke kelas tadabbur perlukan komitmen atau masa yang sesuai membuatkan saya asyik menangguhkan impian saya kerana masih berkerjaya. Alhamdulillah tahun 2020, ALLAH mengurniakan saya dan kita semua suatu nikmat yang amat besar iaitu belajar tadabbur di rumah melalui program MyQurantime.

Kalimah `Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?’ itu ALLAH ulangi sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar Rahman. Rupa-rupanya menjadi asbab untuk kita meneruskan sesi tadabbur kita sejak 20 Mac sehingga terhasilnya program My #Qurantime.

Bukankah itu suatu nikmat masa dan kelapangan yang kita dapat manfaatkan semasa PKP? Tambahan pula, nikmat itu ALLAH kurniakan lagi apabila program MQT ini diteruskan bermula dari 8 Jun yang akan membawa kita menyelami Kalam ALLAH di 604 halaman ini satu persatu dengan pentadabbur dan Qari yang hebat.

Nikmat ibadah dalam talian melalui Waqaf Al Quran itu adalah satu-satunya cara untuk kita menyuci diri dengan menyebarkan hadiah daripada ALLAH kepada yang memerlukan. Bermula dari hospital-hospital, pejabat-pejabat barisan hadapan kini ke seluruh pelusuk alam; InshaAllah. Saya harap Waqaf al-Quran ini juga dapat disebarkan ke Madrasah Tahfiz dan pondok Tahfiz agar kita dapat melahirkan generasi Tahfiz yang fasih mentadabbur dari kalangan mereka.

Mungkin suatu hari, kitab boleh edarkan kitab terjemahan al-Quran ini  ke hotel-hotel terkemuka kerana kadang-kadang bila kita ke luar negara hanya ada kitab Injil di dalam laci. Mungkin ini juga adalah salah satu uslub dakwah yang dapat kita sama-sama lakukan sebagai tanggungjawab kita untuk menyampaikan Kalam ALLAH.

Sentiasa mengamalkan wakaf AlQuran untuk diri dan keluarga kerana saya yakin dan percaya jika kita memelihara dan menjaga mukjizat ALLAH ini, ALLAH akan jaga kita. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Adil kerana Islam adalah cara hidup, dan al-Quran adalah SOP atau panduan untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Rezeki itu milik ALLAHh, maka berlumba-lumbalah kamu kepada kebaikan kerana dengan Waqaf Al Quran ia menjadi wasilah kamu bila berada di alam baqa’.

Coretan ikhlas

MM

* Gambar hiasan
—————————————————————————————————————–

P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] dan WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.

Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.