KISAH MYQT0014
Setiap orang mempunyai impian yang belum terlaksana. Impian saya ialah untuk belajar mentadabbur Al Quran, tetapi saya selalu memikirkan untuk melakukannya selepas saya bersara. Dari zaman universiti lagi saya memang sentiasa membaca al-Quran tetapi tidak belajar mendalami isi al-Quran itu, hanya sekadar membaca terjemahan.
Dulu, saya selalu fikir jika mahu pergi ke kelas tadabbur perlukan komitmen atau masa yang sesuai membuatkan saya asyik menangguhkan impian saya kerana masih berkerjaya. Alhamdulillah tahun 2020, ALLAH mengurniakan saya dan kita semua suatu nikmat yang amat besar iaitu belajar tadabbur di rumah melalui program MyQurantime.
Kalimah `Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan?’ itu ALLAH ulangi sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar Rahman. Rupa-rupanya menjadi asbab untuk kita meneruskan sesi tadabbur kita sejak 20 Mac sehingga terhasilnya program My #Qurantime.
Bukankah itu suatu nikmat masa dan kelapangan yang kita dapat manfaatkan semasa PKP? Tambahan pula, nikmat itu ALLAH kurniakan lagi apabila program MQT ini diteruskan bermula dari 8 Jun yang akan membawa kita menyelami Kalam ALLAH di 604 halaman ini satu persatu dengan pentadabbur dan Qari yang hebat.
Nikmat ibadah dalam talian melalui Waqaf Al Quran itu adalah satu-satunya cara untuk kita menyuci diri dengan menyebarkan hadiah daripada ALLAH kepada yang memerlukan. Bermula dari hospital-hospital, pejabat-pejabat barisan hadapan kini ke seluruh pelusuk alam; InshaAllah. Saya harap Waqaf al-Quran ini juga dapat disebarkan ke Madrasah Tahfiz dan pondok Tahfiz agar kita dapat melahirkan generasi Tahfiz yang fasih mentadabbur dari kalangan mereka.
Mungkin suatu hari, kitab boleh edarkan kitab terjemahan al-Quran ini ke hotel-hotel terkemuka kerana kadang-kadang bila kita ke luar negara hanya ada kitab Injil di dalam laci. Mungkin ini juga adalah salah satu uslub dakwah yang dapat kita sama-sama lakukan sebagai tanggungjawab kita untuk menyampaikan Kalam ALLAH.
Sentiasa mengamalkan wakaf AlQuran untuk diri dan keluarga kerana saya yakin dan percaya jika kita memelihara dan menjaga mukjizat ALLAH ini, ALLAH akan jaga kita. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Adil kerana Islam adalah cara hidup, dan al-Quran adalah SOP atau panduan untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Rezeki itu milik ALLAHh, maka berlumba-lumbalah kamu kepada kebaikan kerana dengan Waqaf Al Quran ia menjadi wasilah kamu bila berada di alam baqa’.
Coretan ikhlas
MM
* Gambar hiasan
—————————————————————————————————————–
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada sah[email protected] dan WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah