TAKLIMAT SINERGI MEDIA WORLD #QURANHOUR 1444H SATUKAN RAKAN MEDIA BAWA MISI SURAH AL-INSAN

SHAH ALAM : Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan rakan sinergi media kembali bergabung  di Majlis Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1444H di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 30 Mac 2023.

World #QuranHour sebagai kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal akan diadakan di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 13 April 2023, bersamaan 22 Ramadan 1444H.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata objektif majlis tersebut adalah tanda kesatuan hati semua pihak media di negara ini untuk bersinergi dalam membawakan Misi Al-Quran, Surah Al Insan, untuk memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar.

Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF

Perjumpaan tahunan dalam kalangan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan kempen #QuranHour telah bermula sejak tahun 2016 sempena penganjuran World #QuranHour yang julung kali diadakan ketika itu.

Antara rakan Sinergi Media yang bergabung dalam misi mengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah seperti Sinar Harian, Bernama, RTM, Astro Oasis, Astro Awani, Radio IKIM, Utusan TV, Utusan Malaysia, Nu Ideaktiv, Zayan FM, New Straits Time, Berita Harian, Harian Metro, TV3, Media Prima, TV9 dan Denaihati.com.

Program berinteraksi dengan al-Quran ini dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama UIAM, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.

Antara wakil media yang hadir pada Majlis Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1444H.

Tahun ini, Astro Oasis kembali sebagai penyiar utama bagi World #QuranHour untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. Rakan media lain turut dialu-alukan untuk bersiaran serentak di platform masing-masing.

Sejak 2020 hingga 2022, TV AlHijrah menjadi penyiar utama #QuranHour dan bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ketika negara dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid 19.

“Rakan Sinergi Media mengambil tanggungjawab kemanusiaan dengan menguar-uarkan kempen #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dalam mengimarahkan al-Quran yang menjadi panduan kehidupan manusia sejagat di platform media masing-masing.

“Gabungan media telah melahirkan impak perkembangan misi Baca, Faham, Amal al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia. Sehingga tahun 2022 capaian media sosial telah terkumpul sebanyak 3.46 bilion.

“Kesan dari sini juga banyak Rumah Ngaji dan Quran Corner dibuka bukan sekadar di Malaysia tetapi di Indonesia hingga Makkah dengan kaedah memahami isi al-Quran agar berlaku perubahan kerangka fikir dengan al-Quran.”

Kata beliau lagi, untuk tahun 2023, Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema “Memanusiakan Ummah” (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga.

Bagi mencapai misi Masuk Syurga Sekeluarga melalui panduan Surah al-Insan, terdapat dua perkara penting yang perlu diselaraskan dalam diri setiap umat manusia iaitu :

  1. Kerangka Fikir : Menyedari bahawa manusia adalah hamba ALLAH SWT (76 : 1 – 2)
  2. Sistem Operasi Diri (Self-Operating System) : Menjadikan Al-Quran sebagai panduan kehidupan (76 : 3, 23)

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.” (Terjemahan Surah Al-Insan, 76:3)

Ayat 3  dalam Surah Al-Insan, ALLAH menjelaskan bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk dan panduan bagi orang-orang beriman. Justeru, kita perlulah berpegang teguh dan menjadikan al-Quran sebagai sistem operasi diri agar kita termasuk di dalam golongan hamba- Nya yang bersyukur dan bukan golongan yang kufur.

 

11 CIRI AL-ABRAR

Terdapat 11 karakter yang perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi Insan berkebajikan (Al-Abrar). Ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia sesama manusia seperti yang dijelaskan di bawah:

  1. Memenuhi nazar/janji kepada ALLAH SWT dan sesama manusia (76:7)
  2. Takut azab Allah SWT (76:7)
  3. Memberi makan apa yang disukainya (76:8)
  4. Ikhlas (76:9)
  5. Beriman kepada hari akhirat (76:10)
  6. Berpegang teguh dengan al-Quran (76:23)
  7. Sabar (76:24)
  8. Menahan diri daripada melakukan dosa (76:24)
  9. Menunaikan solat fardu (76:25)
  10. Menunaikan solat tahajjud (76:26)
  11. Bertasbih (76:26)

World #QuranHour kembali diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM sebagai lokasi perdana selepas tiga tahun, akibat pandemik Covid-19 sejak 2020. Pada masa sama, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab untuk menjadi penganjur lokasi utama bagi program #QuranHour di studio TV AlHijrah.

Ini penting kerana penganjuran World #QuranHour pertama kali mendapat kerjasama rapat dengan UIAM termasuk alumni, pensyarah dan pelajarnya. Ia juga menjadi tapak mula gelombang al-Quran yang terus berkembang dari Malaysia ke seluruh dunia.

World #QuranHour menampilkan bacaan daripada  qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah Al-Insan dari ayat 1 hingga 31. Dalam perkongsian tadabbur, para pendengar akan dibawa untuk menghayati mesej dari Surah Al-Insan dengan harapan ia dapat melahirkan insan al-Abrar yang ikhlas dan sabar dalam menunaikan hak ALLAH dan menunaikan hak sesama manusia sehingga kelak dilayan oleh ALLAH SWT di Syurga bersama seisi keluarga (Serve to be served).

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini berkenan berangkat ke World #QuranHour yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, 2019

Menurut Marhaini, Surah Al-Insan akan dipasakkan di beberapa momentum besar pada tahun 2023 ini bermula dengan World #QuranHour pada 13 April bersamaan 22 Ramadan 1444H, Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijah, Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos dan World #QuranConvention pada 1 hingga 2 Disember dengan isi kandungan Al-Insan daripada sudut berbeza.

“Bagi mendapatkan mutiara daripada Surah Al-Insan untuk melakukan perubahan kerangka fikir dan terus menyerap dengan Surah Al-Insan ini, kami di WUIF bukan sahaja melibatkan pengkaji dalaman kami, tetapi juga asatizah di dalam dan luar negara.

“Kami komited untuk bukan sekadar membaca dan memahami Surah Al-Insan  tetapi melakukan kajian demi kajian agar surah tersebut dapat dibumikan dalam keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.

“Kami berharap misi Al-Insan ini menjadi misi bersama yang amat berharga untuk memanusiawikan manusia.”

Melalui jemputan UIAM, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah mengampuni perkenan untuk berangkat buat kali kedua ke program World #QuranHour.

Selain itu, tetamu yang menyatakan kehadiran pada World #QuranHour 1444H ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar; Rektor UIA, Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris; dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad. Manakala, turut sama hadir daripada pihak kedutaan dari Turkiye, Libya, Yemen, Azerbaijan, dan Senegal.

Untuk bahan promosi World #QuranHour ini sila klik di: https://bit.ly/PROMOWQH1444H. Orang ramai yang ingin menjadi peserta World #QuranHour di lokasi perdana UIAM, boleh mendaftar di https://bit.ly/KEHADIRANWQH1444H2023.

Manakala mana-mana pihak termasuk individu, NGO, agensi kerajaan, swasta, dan usahawan dialu-alukan menganjur di lokasi masing-masing dan daftar hotspot di: https://bit.ly/HOTSPOTWQH2023

Antara rakan media yang hadir pada Majlis Taklimat Sinergi Media 2023 ialah:

1. Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ikhlas (WUIF)
2. Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Timbalan Pengerusi WUIF
3. Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF
4. Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
5. Ashwad Ismail, Ketua Pengarang Astro Awani
6. Nadirah Karim, Pengurus Saluran Astro Oasis
7. Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran TV9
8. Maslina Alias, Pengurus Berita Radio IKIM
9. Suzliana Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
10. Muhamad Razlan Muhamad Zainy, Penerbit Rancangan RTM
11. Meen Tahrin, Editor Sinar Islam Plus
12. Ruwaida Md Zin, wakil Berita Harian/Harian Metro
13. Qaaf, wakil Majalah Nona
14. Khairah, wakil Sinar Daily

INFO: YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS

Bermula 2013, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bernaung di bawah

Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menjalankan inisiatif untuk menjadikan al- Quran sebagai manual kehidupan. WUIF memberi pendekatan melalui:

  1.  Rumah Ngaji sebagai pusat pembelajaran al-Quran secara percuma
  2. Kempen #QuranHour (World #QuranHour, Malaysia #QuranHour, Haramain #QuranHour, My Family #QuranHour)
  3. Sahabah al-Quran iaitu individu,keluarga atau organisasi sebagai ejen perubahan bersama visi membangun legasi akhlak al-Quran

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/WorldQuranHour/.

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.