Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyambut dengan tangan terbuka untuk menerima al-Quran wakaf, hasil sumbangan orang ramai melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
Ketua Unit Dakwah dan Promosi, MAINS, Ustazah Noor Hazwani Mohd Zulanafi berkata, pihak MAINS menerima 230 kotak al-Quran wakaf. Pada masa kini, pengagihan al-Quran tersebut disampaikan kepada 50 jabatan di MAINS untuk mewujudkan Quran Corner. Manakalah selebihnya, MAINS menyalurkan kepada masjid-masjid yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
“Pihak kami turut menyampaikan al-Quran wakaf kepada masjid dan surau yang terletak di kawasan pedalaman. Kebanyakan al-Quran yang sedia ada sudah lama dan koyak dan perlu diganti baru.
“Sumbangan al-Quran turut dimanfaatkan oleh madrasah dan pusat tahfiz bagi keperluan pelajarnya. Selain itu, warga Kompleks Saadah untuk mualaf, Darul Asnaf di Kuala Pilah dan Sendayan turut berkongsi manfaat melalui wakaf al-Quran.
“Kita ada Jabatan Wakaf dan Sumber yang sedia terima wakaf tunai untuk membelikan al-Quran. Sumbangan wakaf ini sangat digalakkan kepada orang ramai untuk menyebarluaskan penggunaan al-Quran.
“Kelebihan berwakaf adalah mendapat pahala berpanjangan, selagi orang membacanya.
“Sumbangan wakaf bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk ibu bapa, saudara mara atau orang tersayang. Ini kerana ia merupakan sumbangan terbaik di dunia. Selain itu amalan berwakaf dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Wakaf al-Quran untuk Ummah, sila layari:
https://www.facebook.com/1739273219622995/posts/2617161565167485/
#wacanaalquran
#bacafahamamal
#sahabahalquran