Khutbah Jumaat Siri 2/2024 : Hayati Jumaat

Kisah seorang diliputi ketakutan terhadap azab ALLAH SWT. Dia di sepanjang hayatnya tidak banyak melakukan kebaikan. Ketika di usia lanjut, kematian semakin dekat, lelaki ini berpesan kepada anak-anaknya:

“Wahai anak-anakku, sekiranya aku meninggal dunia, bakarlah jenazahku. Hancurkan tulang-tulangku dan terbangkan debunya ke seluruh penjuru angin.”

Pesanan ini datang daripada rasa ketakutan yang amat mendalam, kerana dia merasakan dia tidak layak untuk dihadapkan kepada ALLAH disebabkan amal ibadahnya yang sedikit. Namun, apabila tiba hari kebangkitan, ALLAH SWT membangkitkan lelaki ini dan bertanya kepadanya:

“Mengapa kamu sanggup melakukan perkara itu?”

Jawapan lelaki ini sungguh mengundang rahmat serta kasih sayang Allah SWT.

“Wahai Tuhanku, aku lakukan ini kerana terlalu takut kepada-Mu.”

Jawapan lelaki yang hatinya tulus dan ikhlas ini menjemput rahmat ALLAH SWT, seterusnya para malaikat diperintahkan untuk mengiringi lelaki ini ke dalam syurga. Betapa besarnya rahmat ALLAH yang meliputi segala sesuatu, bahkan dalam ketakutan dan kelemahan seorang hamba, ALLAH SWT masih memberi keampunan dan nikmat syurga.

Perasaan takut adalah fitrah manusia yang mengharapkan pertolongan ALLAH SWT Maha Berkuasa.

Kisah ini mengajar kita bahawa tiada sesiapa yang sempurna di sisi ALLAH. Walaupun kita berasakan banyak dosa, namun rahmat ALLAH SWT lebih besar. Apa yang penting, kita sentiasa kembali kepada-Nya dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan. Semoga ALLAH SWT menerima amal kita, memaafkan kesilapan kita, dan mengurniakan kita rahmat-Nya di dunia dan di akhirat. Amin, ya Rabbal Alamin.

Berdasarkan kisah tersebut, pengajaran penting adalah betapa betapa besarnya rahmat ALLAH yang melangkaui segala kekurangan kita sebagai hamba. Rasa takut kepada ALLAH merupakan tanda iman yang ikhlas, yang boleh mendatangkan kasih sayang-Nya. ALLAH SWT melihat kepada hati kita, dan bukan semata-mata kepada jumlah amal perbuatan kita. Meskipun lelaki ini merasa kurang beramal, rasa takutnya kepada Allah telah menjadi penyelamatnya.

Kedua, ketakutan kepada azab ALLAH adalah perasaan yang wajar wujud dalam diri setiap mukmin. Ia menjadi pemangkin untuk kita berbuat lebih baik dan mendekatkan diri kepada ALLAH. Dalam Islam, kita diajarkan untuk sentiasa berada antara rasa takut (khauf) dan harapan (raja’) – takut kepada hukuman Allah, tetapi juga berharap kepada rahmat-Nya yang tiada batas.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita diseru untuk sentiasa bertaubat dan berharap kepada rahmat ALLAH. Hari Jumaat yang mulia ini menjadi peluang baik untuk kita memperbanyakkan doa, memohon ampun, dan memohon petunjuk daripada-Nya.

ALLAH SWT berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepda-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah :186)

ALLAH SWT amat dekat dengan hamba-Nya. Setiap kali kita memohon kepada-Nya, Dia mendengar dan memberikan apa yang terbaik untuk kita.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan bersama-samalah kamu dengan orang yang benar.” (Surah Al-Taubah: 119).

Perintah ini adalah seruan ALLAH kepada kita semua agar meneladani kehidupan orang-orang yang benar dalam iman dan ketakwaan, serta menjadikan taqwa sebagai landasan hidup.

Dalam kisah para nabi, termasuk Nabi Nuh AS dan Nabi Isa AS, mereka semua diutuskan kepada umat mereka dengan membawa bukti yang nyata. Setiap keterangan yang dibawa oleh nabi-nabi ini datang bersama hikmah besar, bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya kebenaran.

ALLAH SWT berfirman: “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang Ummiyyin (tidak tahu membaca dan menulis), seorang rasul (Nabi Muhammad SAW) daripada kaum mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat ALLAH (yang membuktikan keesaan ALLAH dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada iktiqad  yang sesat) serta mengajarkan Kitab ALLAH (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hakam syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Al-Jumu’ah: 2)

Kisah Ja’far ibn Abi Talib

Ketika perwakilan dari Mekah, dipimpin oleh Ja’far ibn Abi Talib, sampai di Habasyah dan berhadapan dengan Raja Najasyi, mereka menceritakan bagaimana kehidupan kaum mereka sebelum Islam. Ja’far berkata, “Wahai Raja, kami adalah kaum jahiliah. Kami menyembah berhala yang kami ukir sendiri, memakan bangkai, melakukan pelbagai kejahatan dan kezaliman, serta mengkhianati jiran tetangga kami.” Kisah ini menggambarkan betapa gelapnya kehidupan manusia sebelum datangnya cahaya Islam.

Ja’far juga menukilkan kata-kata Nabi Ibrahim AS ketika bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayahku, apakah patut kamu menjadikan berhala sebagai sembahanmu, sedangkan aku melihat kamu dan kaum kamu berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Maryam: 42).

Ayat ini menjadi peringatan bahawa kesesatan itu begitu jelas. Dengan bimbingan para nabi, manusia dapat kembali kepada jalan yang benar.

Kehadiran umat Islam pada hari Jumaat ini bukan sekadar perhimpunan biasa. ALLAH SWT memberi peluang untuk kita memperbaharui iman dan takwa. Kita berkumpul bukan untuk perkara sia-sia, tetapi untuk mendapatkan ilmu, memperbaiki jiwa, dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Khutbah Jumaat Sinar Al-Jumu’ah siri 2 yang bertajuk “Hayati Jumaat”, disampaikan oleh Khatib Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, Editor Kanan, Penerbitan al-Quran, Karya Bestar di Surau Karangkraf, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Shah Alam, pada 12 Januari 2024.

Ikuti siaran semula Khutbah Jumaat Siri 2/2024 : Hayati Jumaat di https://youtu.be/eU8MYa3ZGh8?si=9hbmst7k4roYi73k

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.