KEMPEN REBOOT HARMONY: KEMBALIKAN KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT

Kehidupan kita di akhir zaman banyak berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan. Untuk hidup berdaya saing, adakalanya kita begitu mementingkan diri, sehingga terhakis akhlak mulia yang diungguli sebagai Muslim.

Untuk mengajak orang ramai kembali menjadi bangsa berbudi penyayang, kempen Reboot towards Malaysia & Global Harmony digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bermula tahun 1441H dan 2020.

Pelajar-pelajar dari Jabatan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa dan Jabatan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh menyahut kempen tersebut dengan menganjurkan Seminar Reboot Politeness dengan kerjasama WUIF dan Rumah Ngaji.

Seminar tersebut bertemakan “Kembalikan Kesantunan menuju keharmonian Malaysia dan Global”akan diadakan di Dewan Konvensyen, Hub Pendidikan Tinggi, Pagoh, pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari, 23 November ini.

Aktiviti dimulakan dengan pengisian dengan Pesan Kesantunan oleh Ulama, Datuk Dr Nooh Gadot Ulamak, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, diikuti dengan Sesi Tadabbur & Tazakkur bersama Fazrul Ismail, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, perkongsian daripada anak muda, Afiq Ismail, moderator Akhmal Hakim Mohamad dan persembahan hos dan selebriti agama, Raqib Majid.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata program tersebut menjadi momentum penting untuk menggerakkan kempen Reboot Malaysia & Global Harmony ke arah World #QuranHour pada 13 Mei 2020 bersama 20 Ramadan 1441H dan Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2020.

“Tema #QuranHour kali ini membawa Surah Rahman dan Surah Al-Kahf ayat 19 yang menunjukkan nilai kesantunan, termasuk sifat lemah lembut, berbuat baik, belas kasihan dan berhemah.

“Kita bimbang apabila hilang kesantunan dalam berbahasa, ia boleh mengakibatkan kemarahan dan perpecahan dalam keluarga dan masyarakat. Semoga mesej kesantunan yang akan dikongsikan oleh pentadabbur, tokoh ulama dan anak muda dapat dimanfaatkan seterusnya mewujudkan keharmonian rakyat di negara ini.”

Sempena Seminar Reboot Politeness Towards Malaysia, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Pendek Reboot Politeness turut diadakan pada hari tersebut. Pertandingan tersebut yang mengangkat nilai kesopanan dibuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara sehingga 15 November ini.

Selain itu, orang ramai dijemput hadir ke program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH 10.0) bertajuk Legasi ke Syurga di Musollah Mahallah Zaid Harithah, UIAM Kampus Pagoh, jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi pada hari tersebut. Tetamu jemputan, Pengarah Urusan Mak Siti Products (M) Sdn Bhd, Siti Khawa Jannah Nasuha akan berkongsi pengalaman beliau dalam sesi Bersama Tokoh pada RICH tersebut.

Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, objektif Seminar Reboot Politeness Towards Malaysia & Global Harmony adalah membangkitkan kesopanan yang ditonjolkan dalam Surah Al-Kahf ayat 19 dan Surah Ar-Rahman yang menyebut Al-Bayyan (nikmat pertuturan yang membawa kepada kesantunan bahasa di dalam percakapan).

“Kesantunan dalam kemanusiaan sebagai nilai universal yang diambil daripada perspektif al-Quran diharapkan dapat memberi semangat kepada orang Islam dan bukan Islam, khususnya kalangan generasi pelajar, pensyarakt dan ibu bapa.

“Surah Al-Kahf merupakan surah perjuangan. Jadi, kita perlu beri perhatian bahawa semakin seseorang itu berjuang untuk keluarga, bangsa dan agama, semakinlah dia bersopan agar orang tertarik dengan perjuangan tersebut.

“Pendekatan untuk menanamkan kesantunan dalam masyarakat adalah pertama, masukkan nilai tauhid kepada ALLAH SWT; kedua, merujuk kepada sumber agama yang membawa kebaikan iaitu al-Quran dan Hadis; dan ketiga, ciri pemuda al-Kahf yang perlu diajarkan kepada anak untuk menjadi orang beradab,” katanya.

Beliau menambah, dalam Surah Al-Kahf menceritakan sekumpulan pemuda yang ditidurkan di dalam gua selama 309 tahun. Apabila mereka bangun dan ingin keluar untuk membeli makanan, ada yang mengingatkan agar menjaga kesantunan. Ini menunjukkan sifat kesantunan yang disebut di tengah-tengah isi al-Quran memberi mesej besar daripada ALLAH SWT.

Penasihat Seminar Reboot Politeness ialah Dr Arina Johari dan Dr Nor Zainiyah Norita Mokhtar yang juga pensyarah kanan dari Kuliah Bahasa dan Pengurusan, UIAM, manakala pengarah program, Fiffy Nur Adila Mohamed Feroz ialah pelajar Kursus Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa.

Arina, Pensyarah kanan, Jabatan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa berkata, seminar tersebut merupakan projek bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus BMCO 3102 Kesantunan Berbahasa; BMCO 2107 Pragmatik dan Wacana bagi  Program Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa dan ENCO 3101 Semantics bagi Program Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa.

“Seminar Reboot Politeness menepati matlamat untuk menyemarakkan sifat santun serta mengembalikan nilai santun dalam diri setiap individu, iaitu berbuat baik, menjaga lisan dan menasihati perkara yang baik di antara satu sama lain dalam menjalani hidup bermasyarakat sekaligus dapat melestarikan keharmonian yang berkekalan.

“Program RICH menepati visi UIAM sebagait pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa dalam semua disiplin ilmu dengan mengembalikan peranan umat Islam dalam semua cabang ilmu.

“Golongan sasaran bagi kedua program tersebut adalah pelajar UIAM (Pagoh dan Gombak), Universiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik, sekolah, badan kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, Nor Zainiyah, Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa berkata, penganjuran Seminar Reboot Politeness memberi peluang kepada pelajar untuk pendedahan dengan dunia pekerjaan.

“Pengamalan ilmu di kuliah tidak sama di luar. Aktiviti tersebut menjadi penting dalam menanam nilai kesantunan yang bersumberkan ilmu dari langit (al-Quran), seterusnya dipraktikkan di tengah masyarakat,” katanya.

Fify Nur Adila berkata seramai 77 pelajar dari Kursus Kesantunan Berbahasa, Pragmatik dan Wacana, dan Semantik untuk Kursus Bahasa Malayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab terlibat untuk melaksanakan Seminar Reboot Politeness.

“Kami berusaha untuk mencari dana, mendapatkan peserta, mempromosikan program serta menyelaraskan tugasan untuk merealisasikan seminar tersebut dalam tempoh dua bulan ini

“Diharapkan program tersebut dapat membantu pihak WUIF dalam menyebarluaskan mesej nilai kesopanan bagi kempen Reboot towads Malaysia & Global Harmony bagi World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour tahun hadapan.”

 

Orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan bagi menjayakan Seminar Reboot Politeness towards Malaysia & Global Harmony melalui UIAM Operating Account, Bank Muamalat 1407-0000004-71-6 dan boleh hubungi 013-6616313.

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.