SFC 25, 26 & 27:  JUAL IKAN BEKOK, JADI SUMBER REZEKI KELUARGA

Oleh: AMIRAH AUNI BINTI ALIMAR SHIDI

“Biarpun pelbagai keperitan ujian yang menimpa, namun ia semakin mendekatkan diri saya dengan ALLAH,” luah seorang isteri kepada suami yang sakit OKU mental sejak 5 tahun lalu.

Kisah Arina Manidi dari Tumpat, Kelantan menjadi pemanggil Soul Fitness Clinic menyentuh hati pendengar dan pasukan produksi program.  Ibu kepada empat anak ini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan.

Anak sulung juga merupakan OKU dan mengalami masalah pembelajaran. Bagi menampung kehidupan keluarga, Arina berniaga sabun basuh baju. Selain itu, beliau menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO setempat bagi mengurangkan beban.

Untuk menambah pendapatan, Arina berniaga Ikan Bekok atau ikan kering secara dalam talian dan menghantar terus ke rumah pelanggan. Beliau ingin melebarkan sayap perniagaan Ikan Bekok jika ada rezeki.

“Walaupun kehidupan saya tidak semewah orang lain, syukur ke hadrat Ilahi kerana jualan Ikan Bekok masih mendapat sambutan pelanggan dari negeri Selangor, Pahang dan Perak.

“Anak-anak menjadi sumber kekuatan. Walaupun amat berat beban ditanggung, namun kehidupan saya lebih tenang melazimi solat tahajud dan bacaan al-Quran. Saya juga mengamalkan zikir Nabi Yunus AS.

Sesiapa ingin membeli Ikan Bekok, sila hubungi 014-2982096 atau melawat halaman Facebook Arina Manidi. Untuk membantu Arina, boleh salurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional 0300841000135755.

 

SUAMI ISTERI GIIGIH BEKERJA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP

Ibu kepada dua anak dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan berasa terkesan akibat pandemik Covid-19. Rosziana Mansor berniaga pakaian bundle secara kecil-kecilan untuk membantu suami menyara hidup keluarga.

Pemanggil Soul Fitness Clinic Episod 10 ini mengakui sumber pendapatan terjejas sejak musim PKP. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memajukan perniagaannya termasuk menjual secara dalam talian pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika ada rezeki, beliau berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya.

Mereka yang kini menetap di rumah felda peninggalan arwah ibu bapanya meneruskan kerja di kampung. Suami Rosziana mengerjakan kebun kelapa sawit, kebun durian dan ambil upah mesin rumput.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Rosziana, boleh menyumbang terus ke akaun Bank Islam 05030020338100.

<a href='https://www.freepik.com/photos/business'>Business photo created by jcomp - www.freepik.com</a>
Berjinak-jinak berniaga secara online untuk tambah pendapatan di musim PKP. – Gambar hiasan.

AMBIL TINDAKAN PANTAS UNTUK CARI REZEKI

Peniaga pakaian terpakai, Sulaiha Agus Hudi dari Segambut mengambil langkah pantas untuk berniaga apabila suaminya berhenti kerja di kilang apabila pandemik Covid-19 mula melanda.

Beliau yang merupakan pemanggil Soul Fitness Clinic mempunyai tiga anak yang berusia antara 1 hingga 7 tahun. Hampir sebulan beliau sekeluarga kehilangan sumber pendapatan.

“Jika kita rasa sedih dan susah, ingatlah ALLAH. Usahakan untuk bersedekah, insya-ALLAH rezeki tidak putus. Kini suami bekerja di sebuah pasar raya.

“Saya cuba mencari pendapatan sendiri melalui jualan pakaian bundle secara dalam talian dan LIVE di Facebook. Hasil jualan tersebut dapatlah saya untuk membeli keperluan anak seperti susu dan lampin pakai buang selain modal untuk berniaga.

“Syukur walaupun hidup tidak mewah tapi cukup untuk menampung keperluan keluarga dan terus berniaga. Saya juga menjual pakaian dengan harga lebih murah dengan niat untuk bersedekah.”

Sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada Sulaiha, boleh salurkan ke akaun bank Hong Leong 40100081431.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.