BERI PELUANG BERWAKAF AL-QURAN SECARA ONLINE DI MUSIM PKP

KISAH MYQT0015

Pengalaman saya bersedekah di Tanah Suci memberi kesan mendalam kepada diri saya. Ketika itu saya menunaikan umrah pada tahun 1990an. Sebaik keluar dari Masjidil Haram, saya dapati ramai peminta sedekah mendekati saya, dan ada juga yang datang merangkak.

Saya yang pertama kali menunaikan umrah sangat teruja untuk bersedekah. Mereka  berlumba-lumba menghulurkan tangan kepada saya. Oleh kerana terlalu ramai,  duit kecil di tangan saya sudah habis diberikan kepada sebahagian peminta sedekah. Isteri saya cuba menarik tangan untuk melepaskan daripada kelompok mereka.

Gerak hati saya untuk memohon bantuan ALLAH, “Ya ALLAH, aku bukan tak nak  bersedekah, tapi duit kecil sudah, tinggal duit besar.”

Sebaik selesai berdoa, saya mendapati kumpulan peminta sedekah yang begitu ramai seperti semut yang mengerumuni gula terus menghilang. Dari situ, saya mendapat petunjuk dan keyakinan dengan kekuasaan ALLAH yang Maha Agung apabila melihat kejadian tersebut.

Saya mengamalkan sedekah, wakaf dan infaq sejak muda lagi. Tidak banyak, sedikit pun jadi asalkan dapat memanjang rezeki kepada mereka yang memerlukan. Berwakaf dan bersedekah sedikit demi sedikit akhirnya menjadi amalan dalam hidup saya.

Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia menjadi sukar bagi saya untuk melakukan amalan bersedekah di masjid atau di mana-mana sahaja tabung disediakan. Tambahan pula, anak tidak membenarkan saya yang kini bergelar warga emas untuk keluar rumah untuk mengelakkan daripada terkena penyakit Covid-19.

Kesempatan menonton program My #QuranTime yang memaparkan Wakaf al-Quran memberi ruang untuk saya berwakaf secara online. Alhamdulillah, selain berwakaf, saya juga dapat manfaatkan program bertadabbur tersebut pada jam 12 tengah hari. Ia adalah masa yang sangat sesuai bagi saya sementara menunggu masuk waktu solat Zohor.

Dari situ, saya mempelajari cara bacaan al-Quran yang betul beserta tajwid yang disampaikan oleh Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmzi Ali. Saya juga dapat memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih jelas dan mudah melalui sesi tadabbur yang disampaikan oleh Ustaz Fazrul, serta tetamu jemputan yang lain.

Jika tidak berkesempatan waktu tengah hari, saya ikuti siaran ulangan pada waktu malam atau di YouTube My #QuranTime. Sebelum ini, saya selalu mengaji dan mengikuti kelas pengajian al-Quran. Dengan mengikuti My #QuranTime, ia dapat memberi pengisian masa saya di sepanjang PKP.

Daripada

Tuan Haji Ahmad Awaluddin bin Md Rejab

Seberang Jaya, Pulau Pinang

 

*Gambar hiasan

———————————————————————————————————-

P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan dan gambar anda kepada [email protected] dan WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.

Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.