ISTIMEWA SURAH AL-HAJJ KUKUHKAN TAKWA DUYUFURRAHMAN

ALHAMDULILLAH dan tahniah kepada semua tetamu ALLAH yang dijemput untuk menunaikan haji pada tahun ini. Peluang melakukan ibadah lebih 30 hari memerlukan komitmen diri dari segi persediaan untuk melakukan yang terbaik di Tanah Suci. Harapan menggunung untuk pulang dengan haji mabrur. Ibadah haji bermatlamat ketaatan kepada ALLAH.

Pengurus Cawangan Ipoh MKM Ticketing Travel & Tours, Ustaz Zainuri Abd Aziz berkongsi pandangan mengenai peranan haji dalam membina umat. Menurut beliau, satu ciri istimewa yang dimiliki Surah Al-Haj adalah ia merupakan satu-satunya surah yang dinamakan dengan salah satu daripada Rukun Islam.

Ustaz Zainuri

“Ibadah haji merupakan topik asasi bagi surah Al-Hajj. Di sini, kita dapat lihat betapa tingginya nilai ibadah haji dalam kehidupan seorang Muslim. Pada permulaan Surah Al-Hajj, ia menceritakan hari kiamat, hari kebangkitan dan tempat kembali. Seterusnya ia menyentuh topik berjihad di jalan ALLAH, pengabdian dan ketundukan yang sebenar kepada ALLAH SWT.

“Sesungguhnya seorang Muslim perlu memahami maksud dalam Surah Al-Hajj dengan melaksanakan ibadah haji, mahupun bersama para jemaaah haji. Haji merupakan ibadah yang berperanan sebagai asas pembinaan ummah.

“Antara mesej yang mempunyai peranan yang asasi di dalam pembinaan ummah adalah tunaikan haji yang sahih sebagaimana cara Rasulullah SAW, membina diri. keluarga, masyarakat dan seluruh ummah dengan memaknai asasi dan bertindak secara praktikal di sebalik ibadah haji tersebut,” katanya.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya goncangan hari kiamat itu sangat besar.” (Surah Al-Hajj: 1)

Sesungguhnya ibadah haji secara keseluruhannya mengingatkan tentang hari kiamat, dari Arafah ke Muzdalifah untuk melontar jamrah dalam keadaan yang amat panas, bersesak-sesak, dan penantian yang lama. Setiap manusia berharap kepada ALLAH dengan doa, dan mengucapkan ” labbaika Allahumma labbaik “, memakai pakaian haji yang mengingatkan kita tentang kain kafan yang dipakai oleh mayat. Setiap perkara tersebut mengingatkan kita tentang hari kiamat. Kepanasan, kesesakan , dan tenggelam di dalam kepanasan matahari hari kiamat.

Ayat seterusnya menyifatkan keadaan hari kiamat seakan-akan berlaku di depan mata kita. ALLAH SWT berfirman: “Ingatlah pada hari ketika kamu melihatnya (goncangan itu) semua perempuan yang menyusui anaknya akan lupa terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab ALLAH itu sangat pedih.” (Surah Al-Hajj: 2)

Kemudian berpindah pula kepada ayat yang berkaitan dengan kebangkitan. Ketika manusia dikeluarkan dari kubur-kubur mereka dalam keadaan muka dan jasad mereka dipenuhi debu dan tanah mengingatkan kita asal kejadian manusia daripada tanah.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! Jika kamu ragu-ragu dengan hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis air mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada segumpal  daging yang sempurna kejadiannya …” (Surah Al-Hajj: 5)

Ketika menunggu untuk membuka pakaian ihram, kamu akan melihat seakan-akan kamu telah menjadi sebahagian daripada tanah. Di Muzdalifah, kamu melihat ramai manusia kepenatan. Apabila terbit fajar, manusia bangun seperti dibangunkan dari kubur. Masing-masing memakai pakaian putih dan bergerak untuk melontar jamrah.

ALLAH SWT berfirman: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tiada keraguan padanya dan sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan sesiapa sahaja yang ada dalam kubur.” (Surah Al-Hajj: 7)

Di Muzdalifah kamu akan melihat ramai manusia seperti mayat yang kepenatan malah ada diantara mereka yang kelihatan seperti sudah menjadi mayat. Apabila tiba waktu fajar, manusia bangun seperti dibangkitkan dari kubur. Setiap mereka memakai pakaian serba putih dan bergerak untuk melontar jamrah. Inilah kesan tarbiah haji mengenai hari kiamat dan persediaan untuk menghadapinya.

Kesan haji kepada taqwa

 ALLAH SWT berfirman: “Demikianlah perintah ALLAH. Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar ALLAH, maka sesungguhnya hal itu timbul daripada ketakwaan hati.” (Surah Al-Hajj: 32).

Apakah rahsia Allah mensyariatkan ibadah yang amat agung ini? Sesungguhnya sepanjang ibadah haji ada perkara yang tertentu yang perlu ditunaikan. Sekiranya tidak ditunaikan dengan sempurna, ia akan merosakkan haji tersebut. Seorang Muslim yang sedang menunaikan haji akan bertawaf mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali, berlari-lari anak diantara dua bukit sebanyak tujuh kali, kemudian ketika melontar jamrah.

Ibadah haji dilakukan atas ketaatan dan tunduk kepada ALLAH SWT. Ia merupakan puncak pengabdian dan ketaatan kepada ALLAH, seterusnya menjadi latihan jihad ke jalan ALLAH.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya ALLAH membela orang yang beriman. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang khianat dan mengkufuri nikmat.” (Surah Al-Hajj: 38)

Haji merupakan suatu latihan asasi kepada jihad fi sabilillah. Ia diibaratkan daripada gerakan yang sukar dan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Haji merupakan suatu ibadah yang paling tinggi di mana seorang Muslim meninggalkan kebanyakan rutin hariannya bagi membina diri dan menjadikannya seorang yang bersungguh-sungguh dan tahan lasak.

Mendapat haji mabrur menjadi dambaan para jemaah. – Gambar hiasan

Pada hari Arafah, kita akan merasakan bahawa bukan kita sahaja yang sujud kepada ALLAH, tetapi seluruh alam ini turut bersujud dan tunduk kepada-Nya.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung.” (Surah Al-Hajj: 77).

Sementara itu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menggerakkan kempen Arafah #QuranHour pada 9 Zulhijjah 1443H. Bertemakan “Haji membina ummah”, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal kali ini mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj untuk mengajak seluruh manusia bersujud kepada ALLAH SWT.

Arafah #QuranHour mengambil momentum perhimpunan terbesar umat Islam menyelusuri Surah Al-Baqarah, Surah Al-Hajj dan ayat-ayat pilihan dari Al-Quran sebagai asas pembinaan sebuah karakter. Bertitik tolak dari sini,lahirnya nilai-nilai pembinaan sebuah tamadun bangsa “God centered” kesan dari Haji yang Mabrur yang diformulasikan daripada al-Quran.

Orang ramai dijemput sertai sertai Arafah #QuranHour dengan mendaftar di https://bit.ly/ArafahQH.

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.