KISAH MYQT0002
Setiap hari, saya akan wakafkan Al-Quran, senaskhah sehari. Saya niatkan atas nama anak saya.
Saya yakin suatu saat ALLAH akan kabulkan doa saya agar anak saya menjadi harta untuk agama ini. Sekarang ini, saya melihat dia semakin baik. Alhamdulillah.
Anak saya, sejak kecil saya didik dia dengan ilmu yang baik. Dia hafal beberapa surah dalam al-Quran, sentiasa menjadi imam semasa di sekolah dan cemerlang dalam pelajarannya.

Dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh dan tiba-tiba karakternya berubah. Beberapa tahun setelah dia di universiti baru saya tahu dia pernah dibuli semasa di asrama.
Dia sering memberontak dan semakin sukar saya fahami. Pernah dia meluahkan perasaan, dia berasa tidak berguna dan lebih baik mati saja.
Seorang kiyai yang saya jumpa menasihatkan saya agar banyak bersedekah, beristighfar buat anak saya dan terus mendoakan dia. Itu yang saya lakukan.
Saya wakafkan al-Quran atas namanya, setiap hari. Saya yakin pada formula daripada ALLAH SWT. Dan saya ingin menjadi sebahagian dari misi ini.
Walaupun anak saya belum lagi sepertimana yang saya harapkan, untuk kembali menjadi imam kepada adik-adiknya tetapi dia semakin baik dari sebelum ini. Saya tidak akan putus asa daripada Rahmat ALLAH, insya-ALLAH.
Semoga misi menghidupkan nilai-nilai dari al-Quran terus semarak. Doakan anak saya, ALLAH pilih untuk bersama-sama menjadi pejuang al-Quran nanti. Insya-Allah.
Daripada
AY, Shah Alam
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
*********************************************************************
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah