HAMBA TERPILIH DI SURAH MARYAM YANG MENDAHULUKAN IMAN DALAM KEHIDUPAN

Al-Quran memberi barakah dalam kehidupan dengan syarat kita perlu baca, faham dan amal. Lebih banyak kita berinteraksi dengan al-Quran, lebih dekat dengan ALLAH SWT dan lebih banyak menerima rahmat-Nya.

Daripada Uthman bin Affan RA, Rasululullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasul menjawab, “Para ahli al-Quran. Merekalah keluarga ALLAH dan hamba pilihan-Nya” (Riwayat Ahmad)

Kaedah tadabbur dan tazakkur al-Quran mampu memberi penghayatan terhadap mesej ALLAH SWT. Inisiatif tersebut turut diambil oleh Nur ‘Ala Nur Academy yang menganjurkan Jewels of Quran 10 : Surah Maryam bersama Ustazah Aisha Altaf dari Institute Al-Huda di IAIS Malaysia, Jalan Ilmu, Petaling Jaya, 7 hingga 9 Ogos 2019

Peserta Jewels of Quran 10 mempelajari isi kandungan Surah Maryam.

Ayat 1 Surah Maryam dimulakan dengan huruf Muqatha’ah, iaitu Kaaf Haa Yaa ‘Ain Shaad. Ini menunjukkan kita sebagai hamba ALLAH tidak tahu apa-apa melainkan ALLAH yang Maha Mengetahui. ALLAH memberi khabar melalui al-Quran untuk kita mengetahui perkara yang lepas, sekarang dan akan datang.

Dalam Surah Maryam, ALLAH SWT menceritakan kebesaran-Nya yang memberi rahmat hamba-Nya dalam beberapa kisah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita:

  1. Kisah Nabi Zakaria AS (ayat 2 hingga 15)

Nabi Zakaria berdoa dengan suara yang lembut kepada ALLAH SWT untuk dikurniakan zuriat. Sebelum menyampaikan hajatnya, Nabi Zakaria dengan rendah hati menyatakan keuzuran tubuh badannya yang lemah dan rambut dipenuhi uban, namun tidak pernah putus asa untuk terus berdoa kepada ALLAH SWT.

Dalam doa tersebut, Nabi Zakaria melahirkan rasa kebimbangan kesinambungan legasinya untuk menyampaikan dakwah, sedangkan isterinya mandul. Oleh itu, Baginda AS memohon dikurniakan anak lelaki yang diredai ALLAH.

Dengan rahmat dan kekuasaan ALLAH SWT, Nabi Zakaria dianugerahkan anak bernama Nabi Yahya AS, yang diberi hikmah (kebijaksanaan), berkasih sayang, bertakwa dan baik terhadap kedua orang tuanya .

Ternyata kuasa doa itu amat penting dalam kehidupan manusia. ALLAH mendengar doa hamba-Nya secara perlahan atau kuat. Doa juga menunjukkan sifat kehambaan kita yang mengharapkan bantuan ALLAH yang Maha Berkuasa. Antara tip untuk doa dimakbulkan ALLAH, kita hendaklah mematuhi perintah ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

  1. Kisah Maryam (ayat 16 hingga 40)

ALLAH menceritakan kisah Maryam, anak kepada pasangan Imran dan Hannan, keluarga yang dimuliakan dan dicatatkan dalam al-Quran. Ibu Maryam telah bernazar jika dapat zuriat, mewakafkan anaknya untuk berkhidmat di Baitulmaqis. Maryam menjadi idola kepada golongan wanita yang memfokuskan diri untuk belajar dan ikhlas beribadah kepada ALLAH SWT.

Kebanyakan wanita hari ini terutama kalangan mereka yang muda dan bujang lebih tertarik dengan kisah romantis, bersosial dan bermain gajet. Berbanding dengan Maryam yang mengasingkan diri daripada dunia luar agar lebih fokus beribadah.

Namun dengan rahmat ALLAH, Maryam dianugerahkan anak lelaki bernama Nabi Isa AS kepada Maryam tanpa berkahwin. Apabila ALLAH berkehendak serta menghendakinya, adalah mudah bagi-Nya, “Kun Fayakuun”. Ini menunjukkan kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta.

ALLAH SWT berfirman: “Tidak patut bagi ALLAH mempunyai anak. Maha Suci ALLAH, apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!”, maka jadilah sesesuatu itu.” (Surah Maryam : 35)

Peserta Jewels of Quran 10 mempelajari isi kandungan Surah Maryam
  1. Kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS (ayat 41 hingga 50)

ALLAH mengisahkan Nabi Ibrahim sebagai orang yang sangat mencintai kebenaran  dan seorang nabi. Baginda AS yang juga dikenali sebagai “Amirul Sadiq menentang bapa dan kaumnya yang menyembah berhala.

Untuk bercakap sesuatu yang benar bukan mudah terutama dengan orang yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada kita. Nabi Ibrahim AS menegur bapanya  secara berhikmah, hormat dan sopan untuk menyampaikan kebenaran. Baginda AS memanggil bapanya dengan ikhlas dan kasih sayang, “Ya abati”.

Kesan Nabi Ibrahim AS mengasihi dan menghormati ibu bapa serta doa, menjemput Rahmat ALLAH. ALLAH SWT yang Maha Penyayang menganugerahi zuriat dan keturunannya kalangan para nabi seperti Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS sehingga utusan terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Apabila kita mengharapkan keredaan dan mengutamakan ALLAH, ALLAH akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa positif kepada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan doa dan ibadah. Apabila berdoa, jangan mementingkan diri. Sebaliknya, kita berdoa untuk zuriat dan keturunan kita dan apa harapan kita.

  1. Kisah para nabi (ayat 51 hingga 57)

ALLAH SWT menyebut beberapa nabi. Antaranya, Nabi Musa AS sebagai orang terpilih, nabi dan rasul yang berbicara secara langsung dengan ALLAH. ALLAH dengan rahmat-Nya juga memilih saudara Nabi Musa AS, Harun sebagai nabi.

Turut dinukilkan dalam Surah Maryam, Nabi Ismail sebagai nabi dan rasul benar-benar menepati janjinya dan diredai ALLAH. Baginda AS menyuruh keluarganya untuk mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Nama Nabi Idris AS turut dinyatakan oleh ALLAH dalam al-Quran sebagai nabi dan sangat mencintai kebenaran serta mendapat martabat yang tinggi.

ALLAH SWT berfirman: “Mereka itulah orang yang telah diberi nikmat oleh ALLAH, iaitu daripada golongan para nabi, daripada keturunan Adam, dan daripada orang yang Kami bawa di dalam kapal bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israel, dan daripada orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka akan tunduk sujud dan menangis.” (Surah Maryam ayat 58)

Kisah para nabi yang disebut oleh ALLAH adalah kalangan mereka yang benar. Oleh itu, apa yang kita cakap, lakukan dan niatkan hendaklah benar berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Kebenaran adalah satu perjuangan untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan.

Apabila kita cintakan al-Quran, al-Quran jadi mudah untuk dipelajari, difahami dan diamalkan. Insya-ALLAH. Sesiapa menolak al-Quran bermakna menolak ALLAH SWT. Nauzubillah.

  1. Kisah alam akhirat (ayat 59 hingga 98)

Al-Quran memberi panduan kepada kita tentang kepentingan iman dan hubungan kita dengan ALLAH. Orang yang mengabaikan solat dan mengikut hawa nafsu akan tersesat. Jika mereka bertaubat dan melakukan kebaikan, mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga ‘Adn.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar. Syurga adalah milik orang bertakwa. ALLAH SWT menanamkan rasa kasih sayang ke dalam hati orang beriman. Manakala golongan orang kafir dan zalim akan dikumpulkan bersama syaitan ke neraka jahanam kerana mengingkari ALLAH SWT. Mereka berasa dahaga, dan tidak mendapat syafaat kecuali mereka patuh perintah ALLAH.

Manusia sentiasa diuji dalam kehidupan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Oleh itu kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk bertaubat dan memohon bimbingan ALLAH SWT untuk ke syurga selagi hayat masih ada. Kita juga bertanggungjawab untuk selamatkan ahli keluarga dari api neraka.

ALLAH SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah At-Tahrim:6)

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.